Kenali Organ-Organ Anda: Buah Pinggang

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Semua orang tahu bahawa sesetengah organ adalah penting untuk kemandirian anda: Otak, Jantung, Paru-paru, Buah pinggang….

BUAH PINGGANG? Tepat sekali. Walaupun anda tidak akan jumpa kad hari Valentine yang mempunyai gambar buah pinggang padanya, ianya sama penting dengan jantung anda. Anda perlukan sekurang-kurangnya satu buah pinggang untuk hidup.

Buah pinggang datang dalam sepasang dan sekiranya anda pernah melihat kacang ‘kidney’, anda mempunyai gambaran bagaimana bentuk organ ini. Setiap buah pinggang adalah sekitar 5 inci (dalam 12 cm) panjang dan sekitar 3 inci (8 cm) lebar, sekitar saiz tetikus.

Untuk menentukan kedudukan buah pinggangn anda, letakkan tangan anda di pinggang anda, tarik ke atas hingga anda terasa tulang rusuk anda. Sekarang, letak ibu jari anda pada bahagian belakang badan, itu lokasi buah pinggang anda. Anda tidak boleh merasainya tetapi ianya di situ. Baca lebih lanjut untuk mengetahui lebih tentang buah pinggang anda.

Kerja Pembersihan

Salah satu tugas utama organ ini adalah untuk menapis bahan toksisk dan sisa dalam darah. Bagaimana ianya boleh ada dalam darah? Darah menghantar nutrien kepada bahagian badan yang lain. Tindak balas kimia berlaku dalam sel yang membabitkan pembebasan bahan sisa yang terhasil akibat proses tadi, ke dalam darah. Apabila kitaran darah ini sampai ke buah pinggang, ianya akan menapis bahan-bahan tersebut untuk dibuang.

Darah dibekalkan kepada buah pinggang melalui arteri renal (apa-apa yang berakait dengan organ ini akan disebut sebagai ‘renal’). Manusia biasa mempunyai purata, 1 sehingga satu setengah gallon darah mengalir dalam badan mereka. Buah Pinggang menapis darah ini sebanyak 400 kali sehari. Lebih satu juta struktur penapis kecil dalam buah pinggang memainkan peranan ini. Penapis yang dipanggil sebagai nefron ini, adalah sangat kecil sehinggakan anda hanya mampu melihatnya menggunakan mikroskop berkuasa tinggi.

Penghasilan Air Kencing

Bahan sisa yang telah ditapis, apabila bercampur dengan air yang dibuang, membentuk air kencing. Kedua-dua buah pinggang yang menghasilkan air kencing ini kemudiannya mengalirkan air ini ke punding kencing melalui saluran yang disebut sebagai Ureter. Apabila pundi kencing separa penuh, badan kita akan memberi signal bahawa anda perlu pergi ke tandas untuk kencing. Daripada pundi kencing, air kencing yang tersimpan di dalamnya akan keluar melalui satu saluran yang diberi nama Uretra, keluar daripada badan.

Buah pinggang, pundi kencing dan saluran-saluran mereka membentuk satu sistem yang diberi nama sistem urinari. Ini merupakan senarai bahagian yang terlibat dalam sistem urinari:

• Buah pinggang: tapis bahan sisa dan toksik dalam darah dan membentuk air kencing
• Ureter: saluran yang membawa air kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing
• Pundi kencing: karung yang mengumpul dan menyimpan air kencing
• Uretra: saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing, keluar daripada badan

the kidneys

Mengekalkan Keseimbangan

Buah pinggang memastikan juga isipadu cecair dan mineral dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang. Keadaan seimbang ini disebut sebagai Homeostasis.

Jika anda meletakkan semua air yang anda masukkan ke dalam badan anda di satu bahagian neraca dan semua air yang anda buang di bahagian yang lagi satu, anda akan mendapati neraca ini seimbang. Badan anda mendapat air melalui minuman dan juga sesetengah makan seperti buah atau sayur-sayuran.

Air meninggalkan badan kita melalui beberapa cara. Ia boleh keluar melalui peluh, melalui mulut atau hidung bila anda bernafas atau yang paling jelas, melalui uretra anda bila anda kencing. Terdapat juga pembuangan air dalam proses membuang air besar.

Bila anda merasa haus, otak anda sedang memberi tahu anda untuk dapatkan lebih air supaya isipadu dan jumlah air dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang. Dalam masa yang sama, otak anda akan berkomunikasi dengan buah pinggang anda untuk merembeskan beberapa hormon yang akan menyebabkan anda tidak hilang air. Bila anda minum, paras hormon ini akan turun dan air yang dipegang akan dilepaskan daripada badan.

Anda mungkin perasan kadang kala, air kencing anda berwarna lebih gelap atau pekat berbanding biasa. Ingat, air kencing diperbuat daripada air dan bahan sisa dalam darah. Jika anda tidak minum air yang banyak atau berpeluh terlalu banyak, air kencing akan menjadi lebih pekat daripada biasa, memberi warna yang lebih gelap dan pekat.

Apa lagi tugas buah pinggang?

Buah pinggang kita sentiasa sibuk. Selain menapis dan mengimbangkan bilangan air dalam badan setiap saat, ia juga sentiasa peka kepada hormon yang wujud dalam darah dan dilepaskan. Buah pinggang juga mampu menghasilkan hormonnya yang tersendiri iaitu hormon yang menghasilkan sel darah merah.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    DARI PAKAR Morteza Tafakory

    Saraf Siatik

    Saraf Siatik Saraf siatik adalah saraf besar yang berasal dari saraf tunjang distal dan memanjang sepanjang hampir seluruh anggota badan belakang. Dalam kebanyakan vertebrata, ia adalah cabang utama dari pleksus ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory
    the-sciatic-nerve

    Kenali Organ-Organ Anda: Buah Pinggang

    Semua orang tahu bahawa sesetengah organ adalah penting untuk kemandirian anda: Otak, Jantung, Paru-paru, Buah pinggang…. BUAH PINGGANG? Tepat sekali. Walaupun anda tidak akan jumpa kad hari Valentine yang ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory
    buah pinggang

    Fleksibiliti Tubuh Badan

    Jika anda mengalami masalah dalam fleksibiliti tubuh badan, anda tidak keseorangan. Otot hamstring, bahu atau otot lain tegang Badan berasa keras dan sukar untuk bergerak Pergerakan fizikal terbatas Kebanyakan ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

    Banyak kempen derma darah di Malaysia. Jika anda hendak derma darah, pastikan anda memenuhi 9 kriteria ini sebelum melakukannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

    Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Aduh! Asyik Kerap Nak Terkencing, Ini 8 Makanan Perlu Ambil & Harus Dielakkan

    Kencing terlalu kerap disebabkan oleh penyakit pundi kencing terlalu aktif. Klik artikel untuk tahu jenis makanan yang boleh membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

    Masih KURANG! Hanya 1% Rakyat Malaysia Mendaftar Sebagai Penderma Organ

    Prosedur pemindahan organ boleh menyelamatkan nyawa. Namun, hanya sekitar 1% rakyat Malaysia yang baru mendaftar untuk derma organ.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 20/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerap buang air kecil

    Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu sepsis

    Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    punca batu karang

    Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
    buang air kecil

    Tembak Asyik Miss, Jangan Biarkan Jika Kencing Bercabang, Ada Yang Bahaya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan