AWAS! Mangsa Keganasan Rumah Tangga Berisiko Mati Akibat Goncangan Kepala

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Shaken baby sindrom atau sindrom bayi digoncang ialah salah satu punca bayi meninggal dunia akibat digoncang secara keterlaluan oleh pendera.

Sindrom yang berlaku akibat keganasan rumah tangga ini juga boleh berlaku kepada orang dewasa.

Sindrom bayi digoncang (Shaken baby syndrome)

Sindrom bayi digoncang merupakan sejenis kecederaan otak serius yang boleh terjadi kepada kanak-kanak akibat digoncang dengan penuh amarah oleh orang dewasa seperti ibu bapa ataupun penjaga bayi.

Disebabkan bayi mempunyai otot leher yang masih lembut, goncangan yang dilakukan secara keterlaluan terhadap bayi boleh mengakibatkan kecederaan kekal pada kepala bayi.

Sindrom goncang bayi merupakan salah satu bentuk penderaan kanak-kanak yang boleh menyebabkan bayi yang digoncang maut ataupun mengalami kecederaan kekal pada otak.

Selalunya, ibu bapa, penjaga ataupun saudara dekat yang menjaga bayi tersebut adalah individu yang bertanggungjawab atas kecederaan yang dialami bayi.

Mereka bertindak menggoncang bayi dengan kasar untuk hentikan tangisan si kecil. Individu tersebut mungkin rasa tertekan dan rimas dengan bayi yang kerap menangis.

Kadangkala, selepas digoncang, bayi mungkin akan terjatuh, terhantuk pada permukaan dinding atau dicampak pula ke atas lantai oleh individu yang mendera mereka.

The National Center on Shaken Baby Syndrome di Amerika Syarikat menganggarkan lebih kurang 600 hingga 1,400 kes berlaku di negara tersebut setiap tahun.

Disebabkan tiada cara yang berkesan untuk mengumpul data mengenai kes ini, jumlah kecederaan bayi yang terlibat dengan shaken baby syndrome tidak dapat dikenal pasti.

Sindrom ini merupakan salah satu punca kematian bayi yang paling kerap berlaku akibat menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan dera.

Lebih sedih lagi, banyak kes dera begini terlepas begitu sahaja tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak yang bertanggungjawab.

Anda mungkin juga berminat:

Simptom bayi digoncang kerana menjadi mangsa keganasan rumah tangga

keganasan rumah tangga

Kadangkala, ibu terpaksa tinggalkan anak bersama penjaga, ahli keluarga terdekat ataupun kenalan rapat. Disebabkan simptom goncang bayi ini boleh membawa maut, penting untuk ibu bapa terus peka dan tahu tanda-tanda bayi digoncang.

Antara gejala yang dialami oleh bayi yang telah digoncang ialah:

  1. Bayi nampak resah
  2. Mempunyai masalah pernafasan
  3. Tidak lalu makan
  4. Sukar untuk kekal berjaga
  5. Muntah-muntah
  6. Muka pucat atau kebiruan
  7. Sawan
  8. Lumpuh
  9. Koma

Sindrom goncang bayi juga boleh berlaku kepada orang dewasa

Shaken baby syndrome bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak, malah ia boleh juga berlaku kepada orang dewasa.

Terdapat kes orang dewasa mengalami sindrom bayi digoncang kerana menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pada kanak-kanak, kesan goncangan ini boleh akibatkan pendarahan pada mata, bengkak ataupun kesan darah beku dalam otak dan lebam pada kawasan lengan.

Wanita yang telah menjadi mangsa sindrom ini tiba di hospital dengan beberapa kecederaan yang sama seperti kecederaan yang dialami oleh bayi yang digoncang.

Dia juga mengadu penglihatannya kabur dan sering muntah-muntah.

Selain itu, wanita tersebut juga mengalami luka akibat kesan cucuhan rokok pada kawasan muka dan lengan. Doktor telah mendiagnosis wanita tersebut dengan ‘adult shaken syndrome’ berdasarkan kecederaan yang dialami.

Seperti mangsa dera yang lain, wanita ini tidak mengaku didera walaupun berkali-kali dinasihatkan oleh doktor untuk membuat laporan polis.

Hanya 48 jam kemudian barulah wanita tersebut mengalah dan mengaku bahawa dia telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

2 minggu kemudian, wanita tersebut masih lagi mengalami simptom konkusi. Kecederaan pada sebelah matanya juga tidak baik-baik walaupun setelah 3 bulan.

Keganasan rumah tangga: Jangan takut untuk panggil polis

keganasan rumah tangga

Kes keganasan rumah tangga selalunya tidak akan dilaporkan kepada pihak berkuasa disebabkan pelakunya ialah orang yang rapat dengan mangsa seperti pasangan ataupun ahli keluarga sendiri.

Hospital kerajaan mempunyai ‘One Stop Crisis Center’ atau OSCC yang bertindak sebagai pusat perlindungan sementara untuk mangsa keganasan domestik.

OSCC juga boleh berikan pandangan dan nasihat dari segi undang-undang dan juga kaunseling.

Sukar untuk mangsa bertindak meninggalkan individu yang mendera mereka.

Mangsa bukan sahaja mempunyai fikiran yang bercelaru, malah mereka telah terlalu lama hidup di bawah cengkaman rasa takut yang amat sangat hinggakan tidak tahu apa yang dialami ialah sesuatu yang tidak normal.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyediakan khidmat perlindungan kepada mangsa dera.

JKM boleh memberikan arahan perlindungan kecemasan (emergency protection order EPO) melalui Talian Nur 15999 ataupun dengan cara mengunjungi pejabat JKM yang terdekat.

Bersama, kita boleh putuskan rantai yang membelenggu mangsa dera.

Hanya dengan cara menjauhkan pendera daripada mangsa sahaja yang terbukti benar-benar berkesan untuk menyelamatkan mangsa keganasan rumah tangga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tip Menangani Keganasan Rumah Tangga

Keganasan rumah tangga merujuk kepada penderaan yang berlaku dalam hubungan intim. Ia berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk penderaan fizikal, seksual dan mental. Keganasan rumah tangga boleh menjejaskan semua ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 06/12/2018 . 2 minit bacaan

Kajian ACEs: Impak Zaman Kanak-kanak yang Wajib Anda Ketahui

Kajian tentang impak ‘Adverse Childhood Experiences’ atau pengalaman buruk zaman kanak-kanak merupakan antara kajian kesihatan awam yang paling besar dan penting di abad ini. Anda mungkin tidak pernah ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/08/2018 . 3 minit bacaan

Mengapa Mangsa Keganasan Rumah Tangga Tidak Meninggalkan Pasangan Mereka?

“Mesti dia berbohong – kalau benar berlaku penderaan, sudah tentu dia lari dari dahulu lagi.” Anda pasti pernah mendengar konotasi ini. Bilamana seseorang membawa tuduhan keganasan rumah tangga ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 13/06/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Kenapa Bila Ada Kemalangan, Ramai Pilih Untuk ‘Lihat’ Saja Dari Membantu? Ia Kerana Kesan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/03/2020 . 4 minit bacaan
dera suami

Dalam Diam, Suami Juga Boleh Didera Oleh Isteri, Kesannya Boleh Buat BUNUH DIRI!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 09/02/2020 . 4 minit bacaan
rumah-tangga

Kongsi Info Ini Jika Anda Dapati Berlakunya Sebarang Kes Keganasan Rumah Tangga di Sekitar Anda 

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/10/2019 . 3 minit bacaan
Keganasan Rumah Tangga

Bagaimana Membantu Rakan Anda Yang Berdepan Keganasan Rumah Tangga?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/03/2019 . 3 minit bacaan