Jangkitan Usus Pencetus Penyakit Parkinson, Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum mengenai penyakit parkinson, namun yang sering menjadi tanda tanya adalah apakah punca sebenar penyakit ini? Ada yang mengatakan bahawa ia disebabkan oleh gangguan pada otak dan ada pula yang mengatakan bahawa ia disebabkan oleh jangkitan pada usus. Persoalannya, yang mana satu adalah puncanya? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui jawapan yang tepat!

Parkinson di dunia

Dari tahun 1990 sehingga 2016, jumlah penderita penyakit parkinson di seluruh dunia telah meningkat lebih dua kali ganda. Untuk lebih spesifik, jumlahnya meningkat daripada 2.5 juta ke 6.1 juta. Angka yang sangat membimbangkan ini disyaki akan meningkat lagi sebanyak 12 juta menjelang tahun 2050. Disebabkan itu, pelbagai kajian perlu dilakukan untuk mengenali punca sebenar penyakit ini sekali gus menemukan rawatan yang sesuai.

Untuk pengetahuan anda, penyakit parkinson dikaitkan dengan gangguan otak kronik dan progresif yang mengakibatkan kehilangan keupayaan untuk otak mengawal otot. Di Amerika Syarikat sahaja, penyakit ini telah menjejaskan kehidupan kira-kira satu juta orang!

Yayasan Penyakit Parkinson menyatakan bahawa penyakit ini adalah disebabkan oleh kerosakan dan kematian sel-sel saraf penting terdapat di dalam otak. Menurut mereka lagi, penyakit ini mungkin berpunca dari kekurangan sel dopamin – yang membantu mengawal pergerakan dan koordinasi tubuh badan.

Buat anda yang belum tahu, berikut merupakan beberapa tanda-tanda awal penyakit Parkinson:

Cuba lihat gejala di atas dan bandingkannya dengan diri anda. Jika anda mendapati bahawa diri anda mengalami beberapa atau kesemua simptom yang tertera di atas, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor, ya?

Jadi, mungkin kita sudah mendapat idea awal bahawa penyakit ini berpunca akibat gangguan pada sistem otak kita. Namun, ada kajian yang mengatakan bahawa ada sebab lain yang turut menyebabkan kondisi kesihatan ini, iaitu jangkitan usus. Adakah ia benar atau mitos semata-mata?

Kajian terbaharu mengenainya

Baru-baru ini, sebuah kajian berkenaan kaitan penyakit parkinson dengan jangkitan pada usus telah diterbitkan di dalam majalah “Nature”. Kajian ini merupakan hasil kerjasama antara para saintis dari Kanada yang diketuai oleh Michel Desjardins dan Louis-Eric Trudeau dari Université de Montréal, dibantu oleh Heidi McBride dari Montreal Neurological Institute, serta Samantha Gruenheid dari McGill University.

Dengan menggunakan tikus sebagai haiwan ujikaji, para saintis ini menemukan bahawa penyakit ini mungkin adalah disebabkan oleh jangkitan pada komponen utama sistem imun iaitu usus.

Benarkah jangkitan usus boleh menyebabkan parkinson?

Sebanyak 10 peratus kes parkinson adalah disebabkan oleh mutasi di dalam kod genetik seperti PINK1 dan Parkin di dalam usus, yang akan memberi kesan kepada mitochondria iaitu sel yang menghasilkan tenaga. Pesakit yang mengalami mutasi ini berisiko menghidapi parkinson pada usia yang lebih muda.

Pun begitu, ujian yang dijalankan terhadap tikus menunjukkan bahawa mutasi yang sama berlaku di dalam usus tidak akan mengakibatkan sebarang simptom parkinson. Ini menyebabkan ramai pengkaji menyimpulkan bahawa tikus adalah tidak sesuai dijadikan sebagai haiwan uji kaji untuk kajian penyakit parkinson.

usus

Apa kata pakar?

Trudeau dan McBride yang merupakan dua pakar di dalam bidang kajian penyakit parkinson, tidak bersetuju dengan kesimpulan tersebut lalu mendedahkan bahawa kajian terbaharu ini mungkin akan menjelaskan ketaksamaan ini. Menurut mereka, haiwan ini kebiasaannya disimpan di dalam fasiliti yang bebas kuman, kondisi yang tidak sama dengan manusia yang sering terdedah kepada pelbagai mikroorganisma yang berbahaya.

Gruheid yang merupakan seorang pakar mikrobiologi pula yakin bahawa kaitan antara jangkitan pada usus dan parkinson akan mengembangkan lagi kajian mengenai tindak balas sistem imun dengan penyakit ini, lalu menyebabkan para pengkaji untuk melakukan pendekatan rawatan lain pula, iaitu pendekatan rawatan terapeutik.

Penyakit ini berlaku disebabkan kematian progresif subset neuron di dalam otak yang dikenali sebagai neuron dopaminergik. Kehilangan neuron ini adalah penyebab kepada simptom motor tipikal yang sering terjadi kepada pesakit parkinson termasuklah gegaran dan ketegaran. Pun begitu, punca sebenar kematian neuron dopaminergik ini masih belum diketahui.

Menurut Trudeau, kebanyakan model kajian parkinson adalah berdasarkan kepada kepercayaan neuron mati akibat elemen toksik yang berkumpul di dalamnya. Menurut beliau lagi, ini tidak menjelaskan bahawa penyakit parkinson telah lama wujud di dalam pesakit beberapa tahun sebelum munculnya simptom seperti kecacatan pada motor dan kehilangan pelbagai lagi neuron yang lain.

Puncanya dipercayai mungkin dapat diterangkan oleh keputusan kajian yang terbaharu ini. Para pengkaji ini telah berjaya membuktikan bahawa jangkitan pada usus tikus boleh menjadi penyebab kepada simptom parkinson di dalam haiwan ini pada masa akan datang.

Simptom parkinson sebenarnya boleh dihentikan buat sementara dengan pengambilan L-DOPA, iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat pesakit parkinson. Menurut Desjardins dan Diana Matheoud yang merupakan pakar imunologi dari University of Montreal Hospital Research Centre (CRCHUM), sistem imun tikus yang normal akan bergerak balas dengan jangkitan pada usus.

Namun, tikus yang tidak memiliki genetik PINK1 dan tidak mempunyai kaitan dengan parkinson, sistem imunnya akan terlebih reaksi dan menyebabkan autoimuniti, satu proses yang mengakibatkan sistem imun menyerang sel yang sihat di dalam organisma. 

Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa penghapusan neuron dopaminergik yang melibatkan sel imun adalah lebih baik daripada perkumpulan toksik dalam tubuh badan. Bagi tikus yang mengalami mutasi, toksik T lymphocytes telah dibuktikan wujud di dalam otak dan mampu menyerang neuron yang sihat.

Pembantu penerbit kajian ini iaitu Matheoud dan Tyler Cannon yang merupakan graduan dalam mikrobiologi, menyatakan bahawa simptom parkinson ini adalah disebabkan oleh penyakit autoimun yang bermula dari usus beberapa tahun sebelum penderita penyakit ini perasan sebarang simptom pada motor. Ini sekali gus membuktikan bahawa sebenarnya terdapat banyak masa untuk mencari rawatan untuk mencegah penyakit ini.

Pun begitu, kajian ini hanya menyatakan ia mungkin akan berlaku kepada haiwan tikus, namun belum terbukti untuk manusia. Dalam erti kata yang lebih mudah, kajian ini memerlukan kajian lanjutan yang lebih mendalam.

Konklusi

Kesimpulannya, jangkitan usus mungkin mengakibatkan parkinson. Namun, kajian ini hanya berfokuskan kepada haiwan tikus dan bukan manusia. Jadi, ia masih memerlukan kajian lanjutan untuk benar-benar tahu kesahihannya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Elak Pergi Gim Sepanjang PKPP Ini? Apa Kata Lakukan Meditasi Berjalan, Mudah & Banyak Manfaat

    Terdapat pelbagai variasi meditasi boleh diamalkan seperti berjalan. Berita baiknya banyak manfaat meditasi berjalan yang bagus untuk tahap kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Adakah niat atau perasaan ingin bunuh diri itu dianggap sebagai satu penyakit otak? Atau sekadar kesan gangguan mental? Ini penjelasan yang anda mesti tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Klimaks seks merupakan salah satu daripada cara untuk meningkatkan perkembangan otak manusia. Hormon yang dirembeskan mampu memberikan kesan positif ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Mudah Terlupa? Sebenarnya Memori Boleh Lebih Teruk Pada Waktu Pagi! Ini Sebabnya…

    Adakah manusia susah untuk ingat pada waktu pagi, petang ataupun malam? Betul ke memori jangka pendek bergantung pada masa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/01/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pedih ulu hati

    Aduh, Sakit Pedih Ulu Hati Pula Pagi-Pagi Ini! Jom Atasinya Dengan 5 Cara, PASTI Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    hilang ingatan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    usus kecil

    Selalu Buang Angin & Sakit Perut? Haaa… Itu Tanda Banyak Bakteria Dalam Usus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    ibd

    Penyakit Radang Usus (IBD) Sebabkan Wanita Tidak Subur, Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan