Jangan Abaikan Sarapan Pagi Ya? Ini Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Skip Breakfast!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sarapan pagi mungkin merupakan hidangan paling penting dalam satu hari kerana ia adalah makanan pertama yang anda ambil selepas bangun daripada tidur.

Permulaan hari yang baik bermula daripada sarapan yang berkualiti.

Banyak kajian telah menemui hubungan antara sarapan pagi dengan kesihatan yang baik termasuk memori dan fokus meningkat, kadar kolesterol LDL lebih rendah dan kurang risiko kencing manis, penyakit jantung dan terlebih berat badan.

Sarapan pagi mengawal pola makan anda

sarapan pagi

Selepas bangun dari tidur, kadar gula dalam darah adalah rendah untuk otak dan otot berfungsi dengan baik.

Hidangan yang diambil semasa sarapan pagi akan memberikan gula serta tenaga.

Jika melangkau sarapan, anda akan kekurangan tenaga untuk bekerja dan fokus.

Kesannya, anda akan cepat lapar dan mengambil banyak snek kurang berkhasiat sebelum tiba waktu makan tengah hari.

Anda juga mungkin akan makan dalam kadar yang lebih banyak di waktu tengah hari.

Ramai orang yang memberi alasan tidak cukup masa untuk mengambil sarapan di waktu pagi kerana berkejar ke tempat kerja atau sekolah.

Apa pun alasannya, hidangan ini perlu diberikan prioriti untuk memastikan tenaga dan pola makan yang sihat.

Ia sangat penting khususnya bagi kanak-kanak dan remaja

sarapan pagi

Menurut tinjauan yang dilakukan di peringkat nasional, sarapan adalah waktu makan paling kerap ditinggalkan oleh remaja sekolah menengah di Malaysia, iaitu sebanyak 7 daripada 10 remaja.

Apabila mereka gagal mengisi perut di waktu pagi, prestasi di sekolah akan merudum kerana mereka kurang tenaga dan fokus.

Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung mengambil makanan ringan dan berisiko mengalami berat badan berlebihan.

Umur kanak-kanak dan remaja adalah saat yang penting dalam proses pembesaran fizikal dan mental.

Jika mereka tidak mahu makan sarapan di rumah, berikan mereka bekal untuk dibawa ke sekolah supaya boleh dimakan antara kelas.

Sekurang-kurangnya anda memberikan mereka makanan yang berkhasiat.

Oleh itu, jangan sesekali anda sengaja meninggalkan sarapan lagi kerana tanpanya maka mungkin hari anda akan terjejas!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sarapan Percuma Untuk Murid Sekolah Rendah, Ini Jenis Makanan yang Disarankan

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 hingga RM3 bilion setahun untuk keperluan sarapan percuma bagi 2.7 juta pelajar sekolah rendah. Bagus bukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Penjagaan Kanak-kanak, Pemakanan Kanak-kanak 09/10/2019 . 3 minit bacaan

Jangan Makan 10 Makanan Ini Semasa Sarapan Pagi Kalau Tak Nak Perut Meragam!

Adakah anda tahu, bukan semua jenis makanan sesuai diambil sebagai menu sarapan pagi. Ingin tahu apakah jenis-jenis makanan tersebut? Ikutinya di sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 01/10/2019 . 3 minit bacaan

Sarapan: Apakah Makanan Yang Perlu Anda Elakkan?

Walaupun sedang menjalani diet, anda masih perlu mengambil sarapan. Apa yang anda makan untuk sarapan boleh memberikan nutrien untuk tubuh sepanjang hari.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/04/2019 . 3 minit bacaan

Lawan Lemak, Melawan Kanser Payudara

Kanser payudara adalah masalah kesihatan awam yang mencabar di dunia. Kajian mendapati bahawa lemak dikaitkan dengan risiko kanser payudara.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Pusat Kesihatan, Kanser Paru Paru 15/04/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

menu sarapan pagi

Keliru Nak Sarapan Apa? Jom Try Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Sedap Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/01/2020 . 4 minit bacaan
sarapan pagi

Anda Tahu, Mengapa Sarapan Pagi Adalah Makanan Yang Paling Penting Setiap Hari?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan
sarapan

Ambil Sarapan Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/12/2019 . 3 minit bacaan

Bersenam Dulu Sebelum Breakfast Lebih Banyak Manfaat, Kajian Berjaya Sahkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/10/2019 . 2 minit bacaan