backup og meta

Jaga Kesihatan Diri Sebelum Menyesal di Kemudian Hari!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 19/10/2022

    Jaga Kesihatan Diri Sebelum Menyesal di Kemudian Hari!

    Kesihatan diri ialah nikmat paling besar bagi seorang individu. Tanpa tubuh yang sihat, semua perkara tidak dapat dilakukan.

    Biarpun anda mempunyai duit yang banyak, ia bukan jaminan kepada kesihatan yang baik. Belum tentu duit tersebut mampu membeli tubuh yang sihat.

    Penjagaan kesihatan diri bermula semasa anda masih sihat

    kesihatan diri

    Jangan tunggu sudah sakit baru ingin menjaga kesihatan. Pada ketika itu, keadaan mungkin sudah agak terlambat. Mulakan hari ini semasa badan masih segar dan sihat, sama seperti orang yang ingin mengambil insuran.

    Cuba anda bertanya kepada mereka yang menghadapi penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

    Jika mereka diberi peluang, pasti semuanya ingin kembali ke masa lampau untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan.

    Bukanlah semua penyakit tersebut disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang salah. Namun ia merupakan faktor yang besar.

    Anda ingin hidup dengan tubuh anda lebih lama

    Ia tidak berlaku dalam satu malam. Oleh itu, penjagaan kesihatan diri pun harus bermula berpuluh tahun sebelumnya.

    Cuba fikirkan impak yang akan berlaku jika anda mendapat penyakit pada usia yang agak muda. Bukan sahaja memberikan beban kepada anda, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat, dan negara.

    Keluarga anda perlu menjaga diri anda yang sedang sakit. Masyarakat dan negara pula perlu mengeluarkan duit yang banyak bagi menampung kos-kos tertentu.

    Kita tidak bercakap tentang penyakit yang di luar kawalan seperti penyakit sejak lahir. Tetapi yang menjadi fokus adalah penyakit yang boleh dikawal.

    Diabetes, penyakit jantung, dan strok yang menjadi pembunuh utama di negara ini boleh dikawal dengan pemakanan serta gaya hidup yang sihat.

    Kurangkan gula dan garam serta tinggalkan amalan merokok. Keseronokan sementara yang dinikmati hari ini mungkin akan mendatangkan beban kepada anda di masa hadapan.

    Tidak salah untuk menikmati makanan yang sedap serta gaya hidup tertentu tetapi nikmatilah ia dengan sihat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 19/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan