Cara Melembutkan Rambut Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Rambut lembut dan bersinar adalah matlamat yang sama bagi kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, kehidupan boleh mempengaruhi rambut anda sama ada disebabkan oleh penuaan, amalan gaya hidup, atau teknik penjagaan rambut. Bagaimana untuk mendapatkan keadaan rambut yang diimpikan? Sila baca artikel ini untuk mengetahui berkenaan cara melembutkan rambut secara semulajadi.

Cara Melembutkan Rambut Secara Semulajadi

1. Minyak kelapa

Minyak kelapa menjadi semakin berleluasa dalam produk kecantikan. Walaupun penyelidikan telah menunjukkan bahawa minyak kelapa memberi manfaat kepada kulit kering, mungkin ada juga beberapa kemungkinan berpotensi melembutkan rambut anda. Minyak kelapa itu sendiri boleh menembusi jauh ke dalam kulit dan beberapa kesan yang sama dapat dilihat pada rambut.

Anda boleh mencari produk yang mengandungi minyak kelapa, atau anda boleh menyapu minyak kelapa asli untuk rambut anda selepas anda syampu. Sekiranya hasilnya terlalu berminyak, cuba tumpu pada hujung rambut anda sahaja dan gunakan minyak setiap hari.

2. Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah diketahui kesannya yang baik terhadap kesihatan dalaman, tetapi penyelidikan juga mendapati peranannya dalam penjagaan rambut. Minyak zaitun boleh bertindak sebagai penghalang terhadap air, yang dapat membantu mencegah molekul air daripada meregangkan dan merosakkan kutikel.

Kelemahan adalah menyebabkan rambut anda berminyak. Untuk hasil yang terbaik, gunakan sedikit minyak zaitun dalam lapisan yang nipis, walaupun di hujung rambut anda sekali seminggu.

3. Jangan basuh dengan air panas

Air panas boleh menyebabkan kerosakan kepada rambut yang kusam dan kering. Jadi, pilih air suam. Anda juga boleh membuatkan rambut lebih lembut dan bersinar dengan membilas rambut anda dengan air sejuk apabila anda selesai merapikannya. Ini akan membantu membilas apa-apa lebihan produk tanpa membuang kelembapan.

4. Kerap mebasuh bila diperlukan

Pada usia muda, kita diajar untuk mencuci rambut setiap hari. Tetapi apabila anda semakin berusia, rambut anda boleh berubah, dan anda mungkin tidak memerlukan syampu setiap hari. Malah, orang yang rambutnya sangat kering hanya memerlukan syampu mingguan adalah yang terbaik. Sebaliknya, jika anda mempunyai kulit kepala berminyak, anda mungkin perlu mencuci rambut setiap hari.

5. Dapatkan rawatan

Apabila anda mendapat rawatan rambut yang berkualiti, hasilnya boleh menyebabkan ketagihan. Anda mungkin akan tergoda untuk mendapatkan rawatan lain selepas beberapa minggu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara memilih produk untuk penjagaan rambut, ikuti artikel berikut: https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/sihat-bergaya/bagaimana-memilih-produk-terbaik-untuk-rambut/.

Rawatan rambut profesional boleh membuat rambut anda lembut dan berkilat, tetapi kesannya hanya sementara. Pada setiap rawatan adalah bahan kimia, yang boleh mengeringkan dan merosakkan rambut anda selepas beberapa ketika. Sebaiknya dapatkan rawatan rambut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    Tip Penjagaan Rambut Berminyak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 13/09/2018 . 2 minit bacaan

    Rawatan Sampingan Terbaik untuk Rambut Kering

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 18/04/2018 . 2 minit bacaan