Berat Badan: Antara Keperluan dan Keinginan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Berat badan adalah antara faktor yang penting dalam kesihatan tubuh seseorang. Jika ingin menilai tahap kesihatan, berat badan adalah antara perkara yang diukur. Jika di luar lingkungan normal (lebih atau kurang), ia mungkin petanda kepada masalah kesihatan tertentu.

Dalam tempoh 20 ke 30 tahun yang lalu, dunia telah menyaksikan peningkatan hampir dua kali ganda dalam bilangan obesiti. Lebih 30% daripada rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. Angka ini adalah antara yang tertinggi di Asia.

Sistem lapar dan kenyang

Badan manusia diciptakan untuk bekerja dan bergerak. Untuk melakukan hal tersebut, ia memerlukan tenaga yang diambil dalam bentuk makanan sebelum diuraikan di dalam badan menjadi nutrisi dan zat tertentu.

Sebelum seseorang itu makan, rasa lapar harus hadir terlebih dahulu. Jika tidak, dia tidak akan mempunyai keinginan. Kemudian, rasa kenyang pula akan membuatkan seseorang berhenti makan. Rasa lapar (hunger) dan kenyang (satiety) ini adalah sebahagian daripada sistem badan bagi mengawal selera serta jumlah makanan yang masuk ke dalam badan.

Apakah yang membuatkan seseorang lapar dan kenyang?

Rasa lapar dan kenyang dikawal oleh beberapa faktor di dalam badan:

  1. Saraf vagus – terletak di dinding perut. Perut yang kosong akan dikesan oleh saraf vagus. Kemudian, isyarat dihantar ke otak (bahagian hypothalamus) untuk menghasilkan rasa lapar. Apabila perut penuh pula, isyarat kenyang akan dihantar ke otak.
  2. Hormon – ghrelin adalah hormon yang bertanggungjawab menimbulkan rasa lapar. Manakala GLP-1, CCK dan PYY adalah antara hormon yang menghasilkan rasa kenyang.
  3. Metabolik – kadar gula darah yang rendah (hypoglycaemia) memberikan rasa lapar manakala kadar yang tinggi (hyperglycaemia) pula sebaliknya.

Bahagian utama yang mengawal sistem ini adalah otak di bahagian hypothalamus. Selain daripada 3 faktor (homeostatik) yang disebutkan di atas, terdapat satu lagi faktor yang disebut sebagai hedonic yang melibatkan laluan ganjaran (reward pathway).

Pengambilan makanan di luar keperluan

Reward pathway bagi makanan telah menjadi faktor utama pengambilan makanan oleh masyarakat pada hari ini. Laluan ini tidak sepenuhnya tergantung kepada keperluan tenaga oleh badan, tetapi lebih kepada nikmat dan keseronokan yang diperoleh daripada makanan tersebut.

Iklan dan promosi makanan secara berlebihan membuatkan otak sentiasa memberikan isyarat lapar meskipun saraf, hormon dan metabolik memberikan isyarat sebaliknya. Ini adalah kerana keinginan yang dicetuskan oleh reward pathway telah mengatasi isyarat lain. Hasilnya, pengambilan makanan melebihi keperluan sehingga membuatkan berat badan meningkat.

Menyedari akan hal ini, masyarakat harus lebih bijak dalam membuat keputusan. Jangan terlalu mengikutkan perasaan dalam pemakanan. Anda mungkin tidak boleh mengawal penjual tetapi sudah pasti anda boleh mengawal diri anda.

Jadilah pengguna yang bijak. Ambil bila perlu sahaja!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Tak semua orang gemar makan sayuran, tetapi masih ramai mahu mengamalkan cara diet sihat. Artikel ini mampu bantu anda yang bencikan sayur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

    Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Sediakan Payung Sebelum Hujan! Ini 7 Nutrien PENTING Untuk Wanita Muda!

    Anda wanita bekerjaya? Ikuti tips kesihatan kami untuk mengetahui makanan kesihatan wanita yang TERBAIK untuk anda amalkan setiap hari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 18/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rasa lapar false hunger

    Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    makanan diet malam

    Orang Nak Kurus Tak Boleh Makan Malam? SALAH! 6 Snek Ini Buat Anda Kenyang & Mudah Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    maksud obesiti

    Individu Obes Tak Sama Dengan Golongan Lebih Berat Badan! Jangan Silap Nilai Orang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan