Belia Dewasa Dengan PTSD Berisiko Alami Strok Di Usia Pertengahan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah dengar mengenai PTSD? Ada kajian mengatakan individu belia dengan PTSD berisiko alami strok di usia pertengahan, adakah ia benar? Teruskan membaca perkongsian artikel ini. 

PTSD dan Strok

Hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam Stroke, sebuah jurnal American Stroke Association menyatakan individu belia dewasa mengalami gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD) adalah berisiko untuk berdepan kecenderungan mengalami serangan transient ischemic attack (TIA) atau alami strok utama di usia pertengahan.

Menurut penulis utama kajian dan penolong profesor perubatan kardiologi di University of North Carolina School of Medicine di Chapel Hill, Dr Lindsey Rosman, “Strok mempunyai kesan buruk kepada pesakit muda dan keluarga mereka. 10 hingga 14 peratus TIA berlaku kepada individu berusia 18 hingga 45 tahun dan kita tidak mempunyai pemahaman yang baik mengenai faktor risiko dalam kumpulan usia ini.”

PTSD sememangnya telah dibuktikan mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok pada individu dewasa lebih berusia. Namun kajian yang dilakukan ini adalah yang pertama menunjukkan hubung kait antara gangguan tekanan disebabkan trauma dan risiko TIA pada individu belia dewasa dan dewasa pertengahan usia. Kedua-duanya merupakan kumpulan usia yang mengalami peningkatan ketara dalam serangan strok sepanjang dekad yang lalu. 

Penyelidikan 13 tahun

Kajian ini melibatkan analisis data perubatan daripada lebih satu juta veteran muda dan pertengahan umur yang mendaftar dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh Pentadbiran Kesihatan Veteran (Veteran Health Administration).

Kebanyakan data ini adalah melibatkan anggota keselamatan lelaki yang berusia antara 18 hingga 60 tahun yang tidak pernah mengalami TIA atau strok. Purata usia individu yang terlibat adalah 30 tahun dan telah berkhidmat dalam konflik peperangan di Iraq dan Afghanistan.

Hasil keputusan analisis selama 13 tahun ini mendapati:

  • Seramai 766 veteran mengidap TIA dan 1,877 alami strok iskemia
  • 29 peratus didiagnosis dengan PTSD dan veteran dengan PTSD adalah dua kali lebih berisiko mengalami TIA
  • Veteran dengan PTSD adalah 62 peratus lebih cenderung mempunyai strok
  • Veteran dengan PTSD cenderung untuk melakukan tingkah laku tidak sihat seperti merokok dan kurang bersenam – meningkatkan risiko strok
  • Walaupun dapat mengatasi masalah pelbagai faktor risiko strok, gangguan psikiatri seperti kemurungan dan anxiety, veteran dengan PTSD adalah 61 peratus berkemungkinan untuk mengalami TIA dan 36 peratus berisiko untuk menghidap strok berbanding veteran tanpa PTSD
  • Terdapat hubungan kuat antara PTSD dan strok pada individu lelaki berbanding wanita

Dialami semua individu

Dr Lindsey menjelaskan, walaupun kajian yang dilakukan hanya melibatkan veteran, tetapi PTSD merupakan satu keadaan mental yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Individu yang melihat atau mengalami peristiwa traumatik seperti serangan seksual, keganasan senjata, pertempuran ketenteraan, bencana alam berkemungkinan akan mengalami simptom kegelisahan, pengasingan diri, mimpi buruk, kemarahan atau imbasan kenangan lalu untuk tempoh yang panjang. 

Penyelidik kajian ini menyarankan para doktor untuk menyedari bahawa masalah PTSD adalah semakin meruncing dalam kalangan belia muda dan mempunyai implikasi besar untuk berisiko mengalami strok. 

Hasil kajian ini telah menimbulkan persoalan penting sama ada pengesanan awal dan rawatan PTSD dapat mencegah atau mengurangkan kecenderungan untuk mengembangkan risiko strok. Ini khususnya kepada individu yang terdedah kepada keganasan, trauma dan pengalaman hidup yang sukar.

Kesimpulannya

Walaupun kajian ini dapat membuktikan hubungan yang kuat antara PTSD dan TIA serta strok, namun tujuan asal kajian bukan untuk menunjukkan bahawa PTSD adalah punca kepada kedua-dua keadaan kesihatan ini. 

Walau bagaimanapun, kajian ini membuktikan adalah penting untuk mengurangkan risiko strok dalam kalangan individu belia dewasa dengan meningkatkan program pengesanan awal serta langkah pencegahan mengikut usia. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

    Stres pasca trauma merupakan salah satu jenis gangguan emosi yang dideritai oleh individu yang kerap teringat akan tragedi masa lampau.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Ada Masalah Gusi? JAGA-JAGA! Risiko Untuk Anda Terkena Penyakit Strok TINGGI

    Terdahulu, kebanyakan pakar perubatan di seluruh dunia sedar, terdapat kaitan antara penyakit gusi dan masalah strok. Namun, bagaimana keduanya berkait?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Angin Ahmar/Strok, Pusat Kesihatan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Simptom Sama, Tapi Lain Penyakit! Ini Cara Nak Bezakan Strok dan Sklerosis Berbilang!

    Simptom sklerosis berbilang dan angin ahmar sukar dibezakan dan hampir sama. Namun, strok merupakan penyakit yang lebih bahaya dan perlu rawatan awal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Angin Ahmar/Strok, Pusat Kesihatan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Muka Senget, Sebelah Badan Lemah Selepas Seks, Ini Punca Strok Selepas Bersenggama

    Penyakit strok selepas hubungan seks, walaupun jarang berlaku, mereka yang mempunyai faktor risiko tertentu boleh mengalaminya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 15/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit strok

    Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 5 minit bacaan
    wabak koronavirus dan PTSD

    Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit strok

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan