Automated External Defibrillator, Apakah Fungsinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Alat AED ataupun Automated External Defibrillator mempunyai fungsi sebagai alat yang digunakan untuk menyelamatkan pesakit yang diserang sakit jantung secara-tiba-tiba di tempat awam. 

Apabila seseorang tiada nadi dan pernafasan, serta kehilangan kesedaran, keadaan ini dikenali sebagai serangan jantung secara tiba-tiba atau Sudden Cardiac Arrest (SCA).

Dalam keadaan ini, pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) dan perangkat sengatan jantung amat diperlukan. CPR yang meliputi tekanan dada dan pernafasan bantuan bertujuan untuk memastikan aliran oksigen ke dalam otak dan mengelakkan kematian otak kepada mangsa.

Perangkat sengatan jantung atau Automated External Defibrillator, merupakan sesuatu arus elektrik yang dipakai ke atas dada mangsa untuk membantu jantung dalam mengepam darah semula.

Apa itu Automated External Defibrillator?

Alat AED

Automated External Defibrillator (AED) atau alat defibrillator merupakan suatu peranti yang dapat menganalisis denyutan jantung dan memberi nasihat kepada penyelamat sama ada untuk menyampaikan arus kejutan kepada mangsa. Pad elektrod AED akan ditampalkan ke dada mangsa dan shock akan disampaikan selepas analisis alat tersebut.

Sesetengah alat defibrillator yang canggih mempunyai fungsi untuk mengenal pasti keberkesanan CPR dengan memberi maklum balas kepada tekanan dada yang dilakukan oleh penyelamat. Jika kedua-dua alat AED dan CPR dipakai sekali, hal ini boleh meningkatkan peluang hidup mangsa.

Bagaimanakah Cara untuk Menggunakan Automated External Defibrillator ?

  1. Apabila mendapat AED, pasangkan dan buka penutupnya.
  2. Keluarkan semua pakaian mangsa pada bahagian dada. Pastikan dada adalah kering dan bersihkan rambut yang berlebihan.
  3. Keluarkan pad elektrod dan letak ke atas dada mangsa. Pastikan tanda “+” adalah di bahagian tengah dada.
  4. Apabila AED sedang menganalisis denyutan jantung mangsa, pastikan tiada sesiapa yang menyentuhnya.
  5. Jika AED memberi nasihat untuk menyampaikan shock kepada mangsa, tekan butang shock (Pastikan tiada sesiapa yang menyentuh mangsa)
  6. Kalau alat AED tidak memberi nasihat untuk menyampaikan shock, lakukan CPR dengan segera. Selepas satu kitaran CPR (30 tekanan dada dan 2 pernafasan bantuan), AED akan menganalisis denyutan jantung mangsa sekali, dan akan memberi nasihat untuk menyampaikan shock atau lakukan CPR secara berterusan.
  7. Ikuti arahan yang diberi oleh AED sehingga mangsa sedar semula atau ambulans sampai.

Kepentingan dan fungsi alat defibrillator 

fungsi defibrillator

Alat AED boleh meningkatkan peluang hidup mangsa apabila SCA berlaku. Hal ini demikian kerana ambulans dan peranti perubatan mungkin tidak dapat sampai ke tempat kejadian tepat pada masanya.

Walau bagaimanapun, di Malaysia hanya lapangan terbang dan sesetengah pusat membeli-belah yang mempunyai alat ini. Alat AED hendaklah ditempatkan di tempat awam, tempat kerja, serta tempat kediaman.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pelik Tapi Benar, Inilah Penyakit Takayasu, Penyakit Individu Tanpa Nadi!

Pada tahun 1830, Rokushu Yamamoto merekodkan satu kes dalam laporan amalan perubatan beliau, memperincikan tentang seorang pesakit lelaki berusia 45 tahun dengan tanda dan simptom yang cukup aneh. Lelaki tersebut ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/03/2019 . 2 minit bacaan

Tahap Celik Kesihatan Rakyat Malaysia Membimbangkan

Kesihatan adalah satu aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran sesuatu masyarakat atau negara. Tanpa kesihatan yang baik, semua bidang lain akan terbantut. Oleh sebab itu, kesihatan adalah antara kayu ukur ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 10/08/2018 . 2 minit bacaan

Mengapa Budak Kampung Jarang Menghidap Penyakit Asma?

Penyakit asma dianggarkan dialami oleh lebih kurang 235 juta individu di seluruh dunia, dan lebih banyak berlaku di negara maju. Contohnya, dalam data yang dilaporkan Global Initivative for Asthma (GINA), peratusan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 24/07/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

nafas

Masih Resah Walaupun Guna Teknik Bernafas Yang Betul?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
depresi

Mengharungi Sekolah Perubatan Dengan Depresi

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/10/2019 . 3 minit bacaan
pernafasan

Sakit Mata Atau Alami Masalah Berkaitan Pernafasan? Ia Mungkin Angkara Jerebu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/09/2019 . 2 minit bacaan
virus nipah

Bagaimana Virus Nipah Menjangkiti Manusia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 10/05/2019 . 3 minit bacaan