Jangan tertekan mengenainya. Dr Stuebe menyatakan, ia bukan mesej bahawa anda akan mendapat kanser payudara jika tidak menyusu.
Jangan lupa bahawa mungkin salah satu cara yang paling berkesan untuk membantu mengurangkan risiko kanser adalah melalui amalan gaya hidup sihat. Laporan 2008 yang diterbitkan oleh National Institutes of Health menyatakan satu fakta mudah yang perlu diulang:
“Hanya 5-10 peratus daripada semua kes kanser boleh disebabkan oleh kecacatan genetik, manakala selebihnya 90-95 peratus adalah asas dalam persekitaran dan gaya hidup,” katanya.
Ini bermakna, menyusu bukanlah satu-satunya cara untuk mengurangkan risiko kanser payudara. Senaman dan pemakanan sihat juga boleh membantu anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen