Perubahan cuaca dan musim sering membuatkan kulit kering, terutamanya bibir. Kini, anda boleh cuba cara mengatasi bibir kering dengan mengikut lima tip berikut ini, mudah dan sangat berkesan!
Cara mengatasi bibir kering
1. Jangan jilat bibir anda
Anda mungkin selalu membasahkan bibir dengan air liur dengan harapan ia membantu mengatasi bibir yang kering. Tindakan ini sebenarnya sebaliknya membuatkan bibir menjadi lebih kering.
Air liur mengandungi asid yang merengsa bibir. Tambahan pula, menjilat bibir secara berterusan boleh membuang lapisan minyak semula jadi pada bibir, menjadikannya lebih kering.
2. Gunakan balsem bibir
Balsem bibir membantu memberikan kelembapan pada bibir anda. Selain menggunakannya ketika di luar rumah, anda juga boleh menggunakannya sebelum mencuci muka kerana pencuci muka anda mungkin boleh mengeringkan bibir anda.
3. Minum banyak air
Salah satu sebab bibir kering adalah kurang air. Hidratkan badan anda dengan mengambil air sebanyak yang boleh.
Tapi jangan banyakkan ambil air kopi yang mengandungi kafein. Ia hanya akan membuatkan badan anda hilang lebih banyak air kerana kerap ke tandas untuk membuang air kecil.
4. Gunakan minyak badam
Sama ada menggunakan minyak badam secara langsung atau menggunakan balsem bibir yang mengandungi minyak badam.
5. Jumpa doktor
Jika semuanya tidak mendatangkan hasil, anda mungkin mengalami keadaan kesihatan tertentu seperti alahan. Anda perlu dapatkan bantuan perubatan dari doktor.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
[embed-health-tool-bmi]