backup og meta

5 Tip Buang Lemak Badan pada Hari Raya Aidilfitri

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    5 Tip Buang Lemak Badan pada Hari Raya Aidilfitri

    Hidangan makanan berlemak pada hari raya seperti lemang, ketupat, rendang, lontong dan bermacam lagi sudah pasti menyelerakan dan tidak mampu ditolak. Jika di ambil mengikut nafsu makan boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Jadi, bagaimana untuk mengawalnya? Sila baca artikel ini.

    1. Minum air putih sebelum makan

    Sebelum mula makan, disarankan untuk minum air putih sekurang-kurangnya satu atau dua gelas atau memakan buah-buahan. Air putih dan buah dapat menjaga serta menahan keinginan badan untuk makan secara berlebihan. Ini kerana kandungan serat daripada buah serta kandungan air yang ada membuatkan perut anda terisi sedikit.

    2. Makan mengikut waktu

    Kebiasaannya semasa hari raya, amalan kunjung-mengunjungi rumah saudara mara dan rakan tidak mengira waktu dan sudah pasti anda akan dihidangkan dengan pelbagai makanan. Jadi, elakkan makan makanan berat sekiranya waktu tersebut bukan masa pengambilan makanan berat. Anda boleh makan biskut atau kuih/kek yang disediakan.

    3. Jangan ambil dalam kuantiti yang banyak

    Disiplinkan diri dengan aturan masa pemakanan sangat bagus, tetapi anda juga perlu pastikan saiz hidangan yang anda ambil semasa hari raya tidak terlalu banyak. Walaupun terdapat pelbagai hidangan yang disediakan, pastikan anda tidak mengambil semuanya dalam satu pinggang dan memakannya sekaligus. Sebaliknya jika anda sangat inginkannya berhenti seketika sebelum meneruskan hidangan seterusnya bagi memberi masa untuk tubuh anda mencerna makanan terlebih dahulu.

    4. Pastikan komponen makanan seimbang

    Kebanyakan hidangan hari raya berlemak, pedas dan bersantan. Jarang ada sayuran dan buahan yang merupakan menu penting untuk menyeimbangkan kadar lemak dan kolesterol di dalam tubuh. Jadi, pastikan komponen makanan yang anda makan adalah seimbang yang merangkumi karbohidrat, serat, protein dan vitamin. Elakkan makan terlalu banyak daging dan yang paling penting pastikan ada sayuran dan buahan dalam menu anda.

    5. Makan nenas dan epal

    Nenas dan epal adalah buah yang disyorkan untuk dimakan sebelum dan sesudah makan. Buah nenas lebih disyorkan untuk diambil sebelum makan kerana buah nenas kaya dengan serat sehingga dapat membuat perut menjadi cepat kenyang. Sementara buah epal lebih disyorkan untuk diambil setelah makan. Buah epal berfungsi untuk detoks badan anda dan ia juga dapat membantu tubuh anda untuk membuang lemak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan