backup og meta

Mengambil Ubat Kolesterol Sebelum Makanan Berlemak: Patut atau Tidak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 22/04/2022

    Mengambil Ubat Kolesterol Sebelum Makanan Berlemak: Patut atau Tidak?

    Sesetengah orang mempunyai tabiat mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol sebelum mengambil makanan berlemak. Adakah ini benar-benar perlu? Artikel di bawah akan memberikan anda maklumat lanjut mengenai perkara ini.

    Apa itu kolesterol?

    Jangan tersalah anggap bahawa semua kolesterol adalah tidak elok. Kolesterol dalam ikan contohnya adalah kolesterol baik, iaitu lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL yang benar-benar boleh membantu badan anda berfungsi dengan baik. Tetapi kolesterol walaupun bermanfaat pada satu tahap, jika diambil dalam kadar yang banyak boleh meningkatkan risiko  serangan jantung, penyakit jantung, atau strok.

    Apakah itu ubat kolesterol?

    Ubat-ubatan kolesterol digunakan untuk membantu mereka yang mengalami paras kolesterol yang tinggi.

    Walaupun mengambil ubat-ubatan kolesterol boleh membantu dengan tahap kolesterol anda, sama dengan mana-mana jenis ubat-ubatan, ia mempunyai kesan sampingan. Bergantung kepada setiap individu dan keadaan kesihatan, tahap kesan sampingan boleh berbeza-beza. Sama ada cirit-birit, sakit perut, loya, sembelit, sakit otot serta rasa lemah.

    Apa yang perlu diawasi apabila mengambil ubat kolesterol?

    Sebaik sahaja anda mula mengambil ubat kolesterol, anda perlu mematuhi arahan doktor dengan sebaiknya.

    Bila patut mengambil ubat: Menurut British Heart Foundation, ubat statin disyorkan diambil  sebelum tidur. Selepas tengah malam, pengeluaran kolesterol dalam hati anda mencapai tahap tertinggi. Sebaliknya, semasa waktu pagi dan awal petang, pengeluaran kolesterol anda akan berada pada tahap yang paling rendah. Oleh itu, sebelum melelapkan mata, jangan lupa untuk  mengambil ubat anda.

    Apakah cara alternatif untuk mengurangkan tahap kolesterol?

    Jika anda ingin menurunkan kolesterol anda secara semula jadi tanpa bantuan perubatan, satu-satunya cara adalah dengan mengubah gaya hidup anda.

    Anda boleh memulakan dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari pada kebanyakan hari dalam seminggu, dengan sebarang senaman yang anda rasa sesuai. Diet yang sihat dan seimbang juga penting. Perlu diingat bahawa memandangkan sasaran anda adalah untuk menurunkan tahap kolesterol, anda harus mengelak daripada memakan makanan yang tinggi kolesterol, lemak, natrium (garam). Anda juga perlu belajar bagaimana untuk menguruskan tekanan dan berhenti merokok.

    Jika perubahan berikut berkesan, maka anda mungkin bersedia untuk berhenti mengambil ubat-ubatan, atau memilih ubat-ubatan yang lebih ringan (yang bermakna kurang kesan sampingan).

    Walaupun anda membuat keputusan untuk mengambil ubat kolesterol tetapi amalan-amalan tersebut masih penting dalam mengekalkan tahap kolesterol yang seimbang.

    Oleh itu, anda hanya boleh mengambil ubat mengikut ketetapan doktor untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini dan juga komplikasi lain. Sementara alternatifnya juga berkesan untuk anda cuba agar tahap kolesterol dalam darah menurun.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan