5 Persoalan Mengenai Vaksin HPV

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Serviks adalah kawasan tubuh wanita antara faraj dan uterus. Apabila sel-sel di dalam serviks tidak normal dan membiak dengan cepat, boleh menyebabkan berlakunya kanser serviks. Kanser serviks ini boleh mengancam nyawa sekiranya ia tidak dapat dikesan atau dirawat.

1. Kenapakah vaksin HPV penting?

HPV genital adalah virus biasa yang tersebar daripada seseorang kepada seseorang secara langsung melalui hubungan seksual. Orang yang aktif secara seksual akan mendapat HPV pada masa tertentu, walaupun kebanyakannya tidak tahu dan ia paling biasa bagi orang berusia awal dan lewat 20-an.

Terdapat kira-kira 40 HPV yang boleh menjangkiti kawasan alat kelamin lelaki dan wanita. Kebanyakan jenis HPV tidak menyebabkan simptom dan akan hilang sendiri. Tetapi terdapat beberapa jenis yang boleh menyebabkan kanser serviks pada wanita dan kanser kurang biasa seperti kanser dubur, zakar, faraj, vulva dan orofarinks (bahagian farinks yang berada di antara lelangit lembut dan tulang hioid).

Jenis HPV lain boleh menyebabkan ketuat pada bahagian alat kelamin lelaki dan wanita, yang dikenali sebagai ketuat genital. Ketuat genital tidak mengancam nyawa, tetapi ia boleh menyebabkan tekanan emosi dan rawatannya boleh menjadi sangat tidak selesa.

2. Siapakah yang perlu mendapatkan vaksin HPV?

Vaksin HPV disyorkan untuk kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun. Ia juga disyorkan untuk remaja dan wanita berumur 13 hingga 26 tahun yang masih belum diberi vaksin atau menyelesaikan suntikan vaksin. Vaksin HPV juga boleh diberikan kepada kanak-kanak perempuan bermula pada umur 9 tahun.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan kanak-kanak berusia 11 hingga 12 tahun mendapatkan dua dos vaksin HPV untuk melindungi daripada kanser yang disebabkan oleh HPV.

3. Perlukah imbasan kanser serviks dilakukan sebelum mendapatkan vaksin HPV?

Kanak-kanak perempuan dan wanita tidak perlu melakukan ujian HPV atau ujian Pap untuk mengetahui sama ada mereka perlu mendapatkan vaksin atau sebaliknya. Bagaimanapun, adalah penting bagi wanita meneruskan imbasan kanser serviks walaupun selepas mendapat semua suntikan vaksin HPV. Ini kerana vaksin tidak melindungi terhadap semua jenis kanser serviks.

4. Sejauh manakah keberkesanan vaksin HPV?

Vaksin HPV mensasarkan jenis HPV yang biasanya menyebabkan kanser serviks dan boleh menyebabkan beberapa kansar lain seperti kanser kanser dubur, zakar, faraj, vulva dan orofarinks. Ia juga melindungi daripada jenis HPV yang menyebabkan ketuat genital. Vaksin HPV sangat berkesan dalam mencegah jenis HPV yang disasarkan serta kebanyakan masalah kesihatan yang disebabkan olehnya.

Vaksin kurang berkesan dalam mencegah penyakit HPV yang berkaitan dengan wanita muda yang telah terdedah kepada satu atau lebih jenis HPV. Ini kerana vaksin mencegah HPV adalah sebelum seseorang terdedah kepadanya. Vaksin HPV tidak merawat jangkitan HPV yang sedia ada atau penyakit berkaitan HPV.

5. Berapa lamakah perlindungan vaksin HPV?

Penyelidikan menunjukkan bahawa perlindungan vaksin adalah tahan lama. Kajian semasa telah mengikuti individu yang divaksinasi selama sepuluh tahun, dan menunjukkan bahawa tiada bukti perlindungan yang lemah dari semasa ke semasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

    Kenyataan ini mungkin sukar diterima, tapi para wanita senang terdedah dengan masalah kesihatan faraj atas beberapa faktor, ini termasuklah radang serviks.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Belum Berkahwin & Masih Dara, Bolehkah Lakukan Ujian Pap Smear?

    Ujian pap smear adalah ujian yang dijalankan bagi memastikan kesihatan rahim dan serviks, namun adakah anak dara juga boleh melakukannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks, Tapi Boleh Juga Ke Wanita Nak Check Kanser Ovari?

    Anda mungkin tahu prosedur pap smear boleh mengesan kanser serviks pada peringkat awal. Namun, bolehkah ia mendiagnosis masalah kanser ovari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Nak Faham Keputusan Ujian Pap Smear, Tak Normal Bermakna Ada Kanser Serviks?

    Ujian saringan pap smear penting bagi mengesan kanser serviks. Walau bagaimanapun, keputusan tidak normal tidak bermakna anda mempunyai kanser tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    warna darah haid

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    punca kanser serviks

    Selain Jangkitan HPV, Ini Punca Lain Yang Boleh Menyebabkan Kanser Serviks, Anda Wajib Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan
    kesan buang rahim

    Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan