Selalu Orang Kata Perut Jadi Buncit Kalau Mandi Lepas Makan, Adakah Ia Mengarut Atau Benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu, sama ada lelaki atau wanita mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos dan kepercayaan berkaitan kesihatan perut ini.

5 mitos berkaitan perut buncit

Diet pemakanan yang seimbang merupakan antara faktor penting dalam penjagaan kesihatan. Ia dapat membantu anda untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. 

Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat beberapa perkara tertentu berkaitan pemakanan yang boleh mengakibatkan anda mengalami perut buncit, betul ke?

Berikut adalah 5 mitos popular yang mengaitkan masalah perut buncit:

1. Tidur selepas makan

Kebanyakan individu takut untuk tidur selepas makan kerana bimbang akan kenaikan berat badan atau kegemukan. Namun, sebenarnya tabiat tidur boleh mengundang masalah lain berkaitan kesihatan. 

Menurut Jurulatih Bertauliah dan Pakar Pemakanan Peribadi, Kevin Zahri, kenaikan berat boleh berlaku akibat makan selepas tidur adalah tidak tepat. Ini kerana proses kenaikan atau penurunan berat badan tidak bergantung kepada jarak anda makan dan tidur. 

Sebaliknya anda boleh menjadi gemuk bergantung kepada kadar pengambilan kalori sepanjang hari. Jika kalori masuk adalah lebih tinggi berbanding kalori yang keluar, maka kecenderungan untuk berat badan meningkat adalah tinggi.

Umumnya, tidur selepas makan dalam keadaan perut kenyang boleh menyebabkan masalah seperti pedih ulu hati dan peningkatan risiko strok. Pakar mencadangkan 2 jam selepas makan adalah tempoh terbaik untuk tidur.

2. Makan bersulam air

Pernah tidak anda dimarahi kerana makan bersulam dengan minum? Kononnya boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Tetapi kalau makanan itu pedas, bagaimana pula?

Mungkin ada benarnya perut akan menjadi buncit, tetapi untuk tempoh sementara sahaja. Ini kerana menurut Kevin, lebih banyak isipadu air yang diminum, maka akan lebih buncit perut anda.

Tetapi isipadu air itu akan dicerna dan diserap oleh badan dalam proses pencernaan makanan. Keadaan ini sekali gus akan menghilangkan masalah buncit yang dialami.

perut-buncit-dan-masalah-kesihatan

3. Mandi selepas makan

1 mitos paling popular berkaitan makan adalah dilarang mandi selepas mengambil sesuatu hidangan makanan berat, kononnya boleh mengakibatkan perut buncit. Ini kerana proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi, betul ke?

Mengarut sangat! Ia adalah mitos semata-mata. Tidak terdapat langsung hubungan atau kaitan antara mandi sama ada air sejuk atau air panas, selepas makan dengan perut yang buncit. Jadi selepas ini, jangan guna alasan ini untuk mengelakkan mandi, okay?

4. Tabiat merokok

Ada sesetengah perokok mengelak daripada merokok kononnya sebab tidak mahu menjadi buncit. Tetapi adakah kepercayaan itu sahih?

Umumnya, merokok sememangnya berbahaya untuk kesihatan. Namun, secara faktanya tabiat merokok sejurus selepas makan adalah sama seperti merokok 10 batang rokok. Jadi, ia tidak menyebabkan perut menjadi buncit, tetapi akan meningkatkan risiko masalah penyakit lain. 

Nasihat daripada kami di Hello Doktor, berhenti merokok adalah 1 pilihan terbaik untuk kesihatan anda.

5. Kena bersenam selepas makan

Selepas makan perlu terus bersenam kalau tidak mahu mengalami masalah buncit. Seriously? Anda baru lepas makan dan kekenyangan, kemudian kena pula bersenam seperti berlari atau turun naik tangga untuk mengelakkan buncit?

Kenapa mahu menyeksa diri? Bersenam dalam keadaan perut yang kenyang dan penuh dengan makanan hanya akan menyebabkan masalah ketidakselesaan pada perut. Anda berisiko untuk mengalami loya serta masalah kesihatan lain yang berbahaya. 

Jadi kalau anda masih ingin bersenam selepas makan, kerana takut gemuk atau buncit, sebaiknya lakukan senaman ringan seperti berjalan perlahan-lahan. Atau lebih baik, lakukan sebarang aktiviti fizikal 4 jam selepas makan.

Masalah perut buncit dan kesihatan

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Berikut disenaraikan 3 punca lazim perut membuncit:

  • Angin atau gas

Merupakan faktor penyebab utama perut menjadi buncit. Keadaan itu berlaku kerana terdapat angin yang terhasil dalam saluran pencernaan apabila makanan tidak dapat dicernakan dengan sempurna. 

Perkara ini selalu berlaku dalam kalangan individu yang mengalami masalah lactose intolerance atau tidak tahan dengan laktosa serta penyakit Coeliac iaitu alahan pada gluten.

Walau bagaimanapun, gejala itu hanyalah bersifat sementara sahaja dan berlaku apabila wujudnya makanan sebagai pencetus simptom.

  • Hormon 

Perubahan hormon seperti mengalami menopaus, akan membuatkan penghasilan hormon seks estrogen berkurangan. Keadaan ini akan menyebabkan pengumpulan lemak pada bahagian perut. 

Masalah lemak yang tidak sekata boleh mengakibatkan perut menjadi buncit. Selain itu perubahan hormon ketika kedatangan haid juga boleh menyebabkan masalah buncit serta penghadaman.

  • Gemuk 

Sudah tentu perut yang buncit berlaku disebabkan masalah berat badan yang semakin meningkat. Pengambilan makanan yang berlemak dengan kandungan karbohidrat berlebihan boleh menyebabkan masalah obesiti serta peningkatan risiko penyakit kronik, seperti masalah berkaitan kesihatan jantung. 

perut-buncit-dan-masalah-kesihatan

Kesimpulannya 

Masalah perut buncit boleh berlaku walaupun bukan selepas makan. Ia terjadi disebabkan banyak faktor seperti masalah perubatan atau pengamalan diet rendah lemak. 

Jadi kebanyakan mitos selepas makan sebagai penyebab buncit adalah tidak benar sama sekali. Paling utama, jagalah kesihatan badan dan pastikan bersenam, okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

Jika anda alami salah satu daripada 11 perkara ini, bermaksud anda sedang alami penyakit bulimia nervosa. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit bulimia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Nafsu Makan Tiba-tiba Memuncak? Ia Bukan Sekadar Tabiat, Tapi Sejenis Gangguan Pemakanan!

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan makan binge eating? Bagaimanakah ia berlaku dan adakah gangguan pemakanan ini berisiko kepada kesihatan kita?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 04/09/2020 . 3 minit bacaan

Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

Dikatakan seorang wanita perokok pasif - dikelilingi pasangan, keluarga atau rakan sekerja yang merokok - boleh menjadi punca sukar hamil, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

Kesukaran untuk mendapat anak ada kalanya berpunca daripada sperma lelaki yang tidak subur. Disebabkan itu pentingnya untuk menjalani ujian air mani.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

maksud obesiti

Individu Obes Tak Sama Dengan Golongan Lebih Berat Badan! Jangan Silap Nilai Orang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah pernafasan

Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
punca gemuk

AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
kencing manis jenis 2

Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan