backup og meta

5 Kesilapan Yang Boleh Menjejaskan Bacaan Tekanan Darah Anda


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/09/2021

    5 Kesilapan Yang Boleh Menjejaskan Bacaan Tekanan Darah Anda

    Pemeriksaan tekanan darah adalah penting dilakukan secara berkala, terutamanya bagi mereka yang berumur, mempunyai sejarah darah tinggi dalam keluarga atau yang mempunyai masalah buah pinggang.

    Namun, dalam melakukan pemeriksaan tekanan darah, terdapat beberapa kesilapan yang boleh, secara teknikal, menjejaskan bacaan tekanan darah anda.

    1. Pundi kencing penuh

    Jangan lakukan pemeriksaan tekanan darah dalam keadaan nak terkencing. Pundi kencing yang penuh boleh menambahkan bacaan sebanyak 10 ke 15 mmHg. Selesaikan urusan di tandas dahulu sebelum membuat bacaan.

    2. Kaki tergantung tanpa sokongan

    Mengambil bacaan dengan kaki tergantung dan bahagian belakang yang tidak disokong boleh menambah bacaan sebanyak enam ke 10 mmHg. Pastikan anda duduk bersandar di atas kerusi dan kaki diletakkan di atas lantai.

    3. Kedudukan kaki

    Posisi kaki bersilang boleh menambahkan bacaan sebanyak dua ke lapan mmHg.

    4. Tangan tergantung

    Jika bacaan dibuat dalam keadaan lengan tergantung atau anda memegang lengan anda, bacaan mungkin bertambah sehingga 10 mmHg. Pastikan tangan anda diletakkan di atas meja.

    5. Saiz cuff pada alat pengukur tekanan darah tidak sesuai

    Cuff ialah bahagian yang dililit pada lengan anda semasa membuat bacaan. Saiz yang sesuai harus digunakan mengikut ukur lilit lengan anda. Jika terlalu besar, ia akan memberikan bacaan yang lebih rendah dari yang sepatutnya. Sebaliknya jika terlalu kecil, bacaannya akan tinggi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan