Setelah berkeluarga, waktu anda akan lebih banyak dihabiskan untuk menguruskan anak-anak. Sama ada anda suka atau tidak, kadangkala pasangan anda sendiri diabaikan agar urusan anak-anak anda dapat diutamakan. Hal ini kadangkala membuatkan kemesraan antara anda dan pasangan kian basi, bahkan hilang begitu saja. Padahal sewaktu awal perkahwinan anda berdua sudah berjanji untuk tetap saling mencintai sehingga ke akhir hayat. Kalau sudah begini, apa yang patut dilakukan?
Tidak usah risau! Baca penyelesaiannya di sini agar anda tetap boleh bermesra dengan suami dan memastikan api asmara tetap menyala setelah anak-anak dewasa dan berdikari.
Cara agar kembali mesra dengan suami setelah anak berdikari
Setelah bertahun-tahun hidup bersama, mengembalikan kemesraan seperti sewaktu kali pertama bercinta memang tidak semudah membalikkan telapak tangan. Rasa kaku dan canggung pasti muncul di awal waktu anda kembali hidup berduaan di rumah setelah anak berdikari, sama ada anak belajar dan bekerja mahupun berkeluarga sendiri. Apatah lagi jika anda dan pasangan sudah terlalu lama berjarak kerana sibuk mengurus tanggungjawab masing-masing.
Namun, mengutip Huffington Post, sudah banyak penelitian yang membuktikan bahawa kebahagiaan dan keharmonian malah akan berada di puncaknya setelah anak-anak meninggalkan rumah. Berikut pelbagai strategi yang boleh anda dan suami lakukan untuk mengembalikan kemesraan yang memudar:
1. Sempatkan waktu untuk bersembang berdua setiap hari
Kalau sudah sekian tahun hidup bersama, anda mungkin sangat mengenali siapa pasangan anda seperti bayangan sendiri. Bermula daripada rutin hariannya, makanan kesukaan, hingga maklumat terperinci seperti apa yang membuatnya cepat marah atau sedih. Begitu juga sebaliknya. Pasangan anda adalah orang yang paling memahami siapa anda.
Ini boleh membuatkan bahan bualan kian terbatas. Mungkin yang biasa anda berdua sembangkan adalah hal-hal berulang tentang keadaan anak, rumah, kewangan dan pekerjaan. Cuba anda ingati semula, bilakah anda dan pasangan kali terakhir duduk santai dan bersembang seperti zaman bercinta dahulu?
Oleh itu, cubalah untuk memulakan tabiat bersembang hal-hal yang remeh walaupun kurang penting. Tidak ada salahnya untuk menghabiskan waktu bersembang memandangakan tanggungjawab anda berdua sebagai ibu bapa sudah jauh berkurang.
Bahkan, tidak ada salahnya untuk membicarakan seks dengan menyelitkan senda gurau ringan agar tidak kekok. Namun sebaik-baiknya, elakkan topik sekitar anak dan rumah, ya!
Siapa tahu dengan bersembang ringan seperti ini, anda berdua boleh kembali mesra dengan berkongsi fikiran, perasaan, mimpi, malah ketakutan dan kekecewaan Anda.
2. Tidak mengapa bermanja-manja lagi dengan pasangan
Ramai yang mengatakan jarak itu memisahkan. Jarak di sini maksudnya adalah kedekatan emosi atau ikatan batin antara anda dan pasangan. Semakin lama menikah, anda mungkin berasa semakin “jauh” dengan pasangan karena disibukkan rutin masing-masing. Lama kelamaan ini tidak hanya akan menjauhkan batin, tapi juga fizikal anda.
Untuk mengubahnya, cuba melakukan inisiatif yang sederhana namun spontan. Contohnya, memegang tangansi dia dan menyandarkan kepala pada bahunya sewaktu santai menonton TV berduaan di rumah. Atau, kejutkan dirinya dengan sesekali memberi kucupan di pipi atau pelukan hangat daripada belakang.
Walaupun kelihatan kecil, sentuhan fizikal seperti ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa anda menghargai dirinya sehingga membuatkan pasangan berasa kewujudannya dihargai. Pasangan anda juga akan termotivasi untuk selalu berusaha “membalas” memanjakan anda.
3. Cari idea berdating yang baru
Seiring berjalannya waktu, anda mungkin mula bosan dan berasa jenuh menjalani hubungan tersebut. Namun, jangan biarkannya berlarutan. Manfaatkan ketiadaan anak-anak di rumah untuk kembali mesra dengan pasangan melalui pelbagai aktiviti yang selama ini anda sukai atau ingin cuba tapi tidak pernah berkesempatan.
Contohnya, menonton filem bersama, makan malam istimewa di tempat kali pertama bertemu janji, pergi bercuti untuk “honeymoon kedua”, bersenam di luar, serta kegiatan lain yang boleh membuat anda kembali mesra dengan pasangan.
Pasangan yang menikmati quality time berdua dilaporkan lebih bahagia dalam waktu yang lama.
4. Hargai pasangan
Bertahun hidup bersama mungkin membuat anda lupa untuk menghargai pasangan selama ini. Padahal, menghargai pasangan adalah salah satu asas untuk sebuah hubungan yang bahagia.
Mulakanlah dengan hal sederhana, seperti dengan berterima kasih atas semua pengorbanan dan kerja keras yang selama ini telah dilakukannya untuk anda. Selain itu, jadi seorang pendengar yang baik ketika dia meluahkan perasaan kepada anda.
Hal ini bukan sahaja akan membuatkan pasangan berasa dihargai, tapi juga dapat menggalakkan masing-masing melihat hal-hal positif daripada diri masing-masing, sekaligus memotivasi anda berdua untuk selalu berusaha memberikan yang terbaik bagi satu sama lain.
[embed-health-tool-ovulation]