3 Tip Berpuasa Bagi Pesakit Radang Usus

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Radang usus adalah keadaan di mana usus mengalami inflamasi atau keradangan. Radang usus sendiri sering kali digunakan untuk menerangkan dua jenis penyakit, iaitu kolitis ulseratif dan penyakit Crohn (jenis penyakit radang usus). Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh keradangan kronik pada bahagian gastrousus (sistem pencernaan). Keadaan ini terjadi kerana reaksi keliru daripada sistem kekebalan tubuh terhadap rangkaian pencernaan yang normal dan sihat.

Jadi adakah pesakit radang usus masih boleh berpuasa? Jika boleh, bagaimana menjalani puasa semasa radang usus?

Pola pemakanan meningkatkan risiko seseorang menderita radang usus

Radang usus adalah penyakit jangka panjang dengan simptom yang biasanya muncul dan menghilang selama beberapa waktu. Tahap kronik simptom yang muncul bergantung pada bahagian mana yang mengalami keradangan sahaja.

Perlu diingat bahawa simptom yang muncul tidak sama pada setiap orang. Beberapa orang mungkin akan mengalami muntah-muntah, anemia, dan demam panas. Keadaan ini akan datang dan pergi dalam tempoh yang lama. Ketika berulang, simptom boleh ringan atau sangat teruk.

Hingga kini, radang usus belum diketahui penyebab asasnya. Pola pemakanan dan tahap stres seseorang boleh meningkatkan risiko seseorang menderita radang usus, tetapi kedua-duanya bukanlah penyebab utama. Kerosakan sistem kekebalan tubuh yang menyebabkan keradangan mungkin penyebab utama. Namun, belum diketahui apa penyebab kekeliruan sistem imun tubuh.

Selain itu, faktor keturunan juga dikatakan mempengaruhi radang usus. Risiko lebih tinggi apabila ada keluarga terdekat yang menderita radang usus.

Penduan berpuasa semasa radang usus

Jika radang usus tidak meluturkan niat anda untuk tetap semangat menjalankan ibadah puasa, ada beberapa perkara yang harus dititikberatkan untuk anda teruskan puasa semasa radang usus. Dengan memnitikberatkan perkara berikut, ibadah puasa anda akan tetap lancar dan tidak terganggu.

1. Titikberatkan pola pemakanan semasa sahur dan berbuka puasa

Jika mengalami radang usus adalah sangat disarankan untuk makan dengan hidangan yang lebih kecil tetapi kerap. Mengapa? Kerana beberapa jadual diet atau pola makan untuk pesakit radang usus adalah dengan memastikan pengambilan makanan yang dimakan tidak membebani kerja usus yang sedang meradang. Makan dengan hidangan yang lebih kecil namun kerap kali dapat membantu meringankan kerja usus.

Untuk mengurangi beban usus bagi pesakit radang usus, beberapa jenis makanan yang sebenarnya baik memerlukan pengawasan yang ketat jika anda ingin memakannnya. Prinsip pola pemakanan untuk sahur dan berbuka puasa untuk anda yang memiliki radang usus antara lain adalah:

  • Rendah serat. Makanan yang dimakan mestilah rendah serat, seperti sayuran berdaun hijau, jagung, kentang, brokoli, asparagus, buah buahan seperti epal, pisang, pir, betik yang termasuk tinggi serat perlu dikurangkan.
  • Rendah lemak. Produk santan, makanan bersantan, kekacang, biji-bijian sebaiknya dikurangkan bagi pesakit radang usus.
  • Kurangkan makanan pedas.
  • Kurangkan makanan masam.

2. Banyakkan memakan makanan atau minuman yang mengandungi probiotik

Perbiotik penting untuk anda yang menghidap radang usus. Probiotik adalah bakteria hidup yang mirip dengan bakteria baik yang biasanya berada dalam usus. Bakteria ini membantu memulihkan keadaan bakteria baik dalam saluran pencernaan, yang memiliki fungsi meningkatkan pencernaan, penyerapan dan pengolahan makanan melalui saluran pencernaan.

Anda boleh makan makanan yang kaya akan probiotik seperti yogurt, tempe dan teh kombucha. Makanan atau minuman anda boleh jadikan menu sahur dan berbuka. Memakan makanan dan minuman ini membantu anda menueruskan puasa semasa radang usus.

Disarankan untuk ambil suplemen probiotik yang mengandung organisme L. acidophilus dan L. bifidus, yang keduanya meningkatkan kesihatan pencernaan. Anda boleh bincang dengan doktor mengenai suplemen yang sesuat.

3. Dapatkan vitamin D secukupnya

Pasakit radang usus sering mempunyai kadar vitamin D yang rendah. Sebuah kajian 2010 yang dilakukan di Universiti McGill dan Universiti Montreal menunjukkan bahwa kekurangan vitamin D merupakan penyebab utama dari penyakit Crohn (jenis penyakit radang usus).

Para penyelidik percaya bahawa vitamin D memainkan peranan dalam tindak balas kekebalan tubuh dan juga dapat meredakan keradangan dan simptom penyakit Crohn.

  • Sumber terbaik vitamin D adalah matahari yang mengaktifkan pengeluaran vitamin D tubuh. Cuba dapatkan cahaya matahari pagi untuk tubuh.
  • Makan makanan yang kaya vitamin D seperti hati lembu, kuning telur, ikan sardin, salmon, udang, ikan kod dan susu yang kaya vitamin D.
  • Anda juga boleh mengambil 800 IU suplemen vitamin D setiap hari. Bincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa suplemen.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mahukan Sistem Penghadaman Yang Bagus? Ambil Serat! – Ini 5 Manfaatnya

    Tidak kira usia dan jantina, sistem penghadaman yang bagus perlu dimiliki oleh setiap manusia. Disebabkan itu, kita sangat memerlukan manfaat serat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 01/03/2019 . 2 minit bacaan

    Tekanan Perasaan Dan Gangguan Usus

    Pernahkah anda terfikir bahawa tekanan perasaan dan gangguan emosi boleh mendatangkan kesan kepada tahap kesihatan dan kesejahteraan anda? Malah tekanan yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah terhadap mental ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/12/2018 . 2 minit bacaan

    Manfaat Senaman Terhadap Kesihatan Pencernaan

    Sistem pencernaan yang kuat adalah penting untuk kesihatan anda. Jika makanan tidak dicerna dengan betul, ia boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan. Sebahagiannya termasuk pedih ulu hati, masalah gastrousus ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 21/08/2018 . 2 minit bacaan

    Apendisitis Akut

    Kenali apa itu Apendisitis Akut . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 23/05/2018 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    usus kecil

    Selalu Buang Angin & Sakit Perut? Haaa… Itu Tanda Banyak Bakteria Dalam Usus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    ibd

    Penyakit Radang Usus (IBD) Sebabkan Wanita Tidak Subur, Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
    usus

    Jangkitan Usus Pencetus Penyakit Parkinson, Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/07/2019 . 4 minit bacaan
    pencernaan

    Tip Menjaga Sistem Pencernaan Semasa Puasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 10/05/2019 . 2 minit bacaan