backup og meta

Tip Penjagaan Rambut Berminyak

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    Tip Penjagaan Rambut Berminyak

    Rambut berminyak kelihatan berat, tidak bermaya dan kotor jadi selalunya dianggap sebagai masalah dalam penampilan seseorang. Sebenarnya, rambut berminyak adalah hasil daripada pengeluaran minyak yang berlebihan. Kelenjar sebum di akar rambut merembeskan sebum yang memberi manfaat kepada rambut dengan mengekalkan rambut yang sihat, licin dan menghalang daripada pengeringan dan rambut gugur. Terdapat banyak sebab pengeluaran sebum yang berlebihan, seperti: keturunan, perubahan hormon, makan terlalu banyak makanan berminyak dan kurang penjagaan rambut. Selain itu, punca-punca lain rambut berminyak termasuklah perubahan musim, perubahan iklim atau tekanan. Adalah sangat penting untuk mengawal keadaan ini untuk kelihatan lebih baik. Terdapat beberapa tip untuk rambut berminyak anda agar kelihatan cantik dan terurus.

    Gunakan bedak bayi

    Jika anda tidak mempunyai masa untuk mencuci rambut anda, taburkan sedikit pada akar rambut dan gosok, biarkan selama lima minit dan sikat dengan baik. Bedak akan menyerap minyak yang berlebihan dan juga membuat rambut anda berbau enak. Sekiranya anda mempunyai rambut gelap, hanya berus beberapa bronzer ke akar rambut atau campurkan bedak dengan koko. Simpan bedak dalam bekas penggoncang dan taburkan terus ke akar rambut setiap kali anda perlukan. Atau anda boleh menggunakan berus solek yang bersih untuk menyapunya atau menggunakan hujung jari untuk mengurut produk ke akar rambut.

    Cuba syampu kering

    Sama seperti bedak bayi, syampu kering merupakan penyelamat bagi wanita sibuk dengan rambut berminyak. Produk-produk ini bukan sahaja menyerap minyak berlebihan tetapi juga memastikan rambut anda berbau segar dan bersih tanpa air. Ia sangat mudah digunakan tiap kali anda keluar rumah, hanya pergi ke bilik air seketika dan rambut anda akan kembali cantik dan bersih lagi. Jangan lupa untuk menguji beberapa produk sebelum memilih yang paling sesuai dan selamat untuk rambut anda.

    Basuh dengan kurang kerap

    Anda mungkin tidak mempercayainya, tetapi semakin kerap minyak disingkirkan daripada kulit kepala, semakin cepat kulit kepala bertindak balas menggantikan minyak yang dikeluarkan. Dan ini hanya memburukkan keadaan- rambut menjadi lebih berminyak. Dan cuba untuk menggunakan syampu yang lembut dan dirumus khas untuk rambut berminyak dan basuh setiap tiga atau empat hari. Semasa mencuci, urut kulit kepala anda dengan teliti agar kulit kepala anda bersih daripada minyak dan kotoran yang melekat.

    Syampu buatan sendiri dengan Aloe Vera

    Gel Aloe Vera adalah rawatan semulajadi terbaik untuk rambut berminyak. Enzim, mineral dan vitamin dalam Aloe Vera membantu menghilangkan rambut berminyak dengan mengurangkan dan mengawal rembesan minyak di samping menyuburkan akar rambut. Campur secawan syampu lembut, satu sudu jus lemon dan satu sudu teh segar Aloe Vera gel. Basuh tangan anda dan biarkan  syampu pada rambut anda untuk beberapa minit sebelum mencuci. Ia boleh disimpan sehingga seminggu dalam peti sejuk.

    Cuba gaya rambut yang berbeza

    Semakin kerap anda meluruskan rambut atau membiarkan rambut anda kekal lurus, semakin berminyak rambut anda. Rambut lurus membiarkan minyak sampai terus ke helaian rambut dan menyebabkannya kelihatan lebih ketara. Jadi, penyelesaiannya adalah dengan mengkerintingkan rambut anda atau biarkan rambut beralun semula jadi anda kekal sebegitu untuk mengelakkan rembesan minyak ke bawah.

    Mempunyai rambut berminyak boleh menyebabkan kejengkelan hati. Ini adalah beberapa petua untuk membantu menangani rambut berminyak dalam masa singkat. Walau bagaimanapun, pastikan diri anda tidak tertekan dan kekalkan diet yang sihat untuk menjadikan rambut anda sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan