Ramuan Semulajadi Untuk Kulit Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mempunyai kulit yang sihat, berseri adalah apa yang diinginkan oleh semua orang. Dalam artikel ini menunjukkan beberapa cara semulajadi yang berkesan dan tanpa memerlukan kos yang tinggi, boleh menawarkan kulit yang berseri.

Madu

Untuk menjadikan kulit kelihatan licin dan lembap, anda boleh menggunakan madu sebagai topeng muka (mask). Madu tidak hanya melembapkan, tetapi ia juga melawan bakteria dan jangkitan dengan sangat berkesan. Ia sangat baik untuk orang yang mengalami jerawat.

  • Sapukan madu terus ke kulit anda, biarkan ia kering secara semulajadi, dan basuh muka anda menggunakan air suam. Ramuan ini boleh digunakan setiap hari.
  • Sebagai alternatif, anda juga boleh menggabungkan madu dengan dua sudu susu dan satu sudu teh tepung. Ramuan ini juga akan membuatkan kulit anda menjadi lebih berseri dan santai.

Lidah buaya/Aloe vera

Lidah buaya telah diketahui sangat baik untuk kulit. Ia mengandungi sifat-sifat antibakteria yang dapat menyembuhkan jerawat, zat-zat astringen yang dapat menyembuhkan bekas luka dan sifat anti-radang yang dapat meredakan kulit yang teriritasi. Selain itu, lidah buaya juga melembapkan kulit dengan baik.

  • Ekstrak gel daripada daun lidah buaya, sapukan muka anda dengan bebola kapas. Biarkan ia kering secara semulajadi selama kira-kira setengah jam, kemudian bilas dengan air suam. Ramuan ini boleh digunakan beberapa kali seminggu.

Serbuk penaik/Baking soda

Serbuk penaik mengekalkan tahap pH yang sesuai pada kulit, mengandungi bahan antiseptik ringan dan anti-radang yang menyembuhkan jerawat dan bintik-bintik. Ia juga boleh digunakan sebagai pengelupasan untuk menghilangkan semua kotoran, sel kulit mati, dan solekan yang tersisa di wajah anda.

  • Anda boleh membuat topeng muka (mask) dengan satu sudu teh serbuk penaik dan satu sudu teh jus lemon atau air. Sapukan pada kulit anda, biarkan ia kering secara semulajadi, dan perlahan-lahan membasuhnya dengan air suam. Anda boleh menggunakan ramuan ini dua atau tiga kali seminggu supaya kulit anda kelihatan licin dan bertenaga.
  • Sebagai alternatif, anda boleh menggantikan jus lemon atau air dengan madu mentah untuk meningkatkan kesan penyembuhan bagi kulit jerawat. Sapukan campuran secara langsung ke kulit anda, dengan perlahan mengurut wajah anda dalam gerakan bulat selama satu minit. Kemudian basuh dengan air suam. Akhirnya, percikkan air sejuk di muka anda untuk menutup liang pori.

Timun

Timun sangat baik dalam menghidrat, menyuburkan dan memperbaiki sel-sel kulit mati. Di samping itu, ia juga mempunyai bahan astringen yang boleh memperbaiki keadaan keseluruhan kulit dan mengeluarkan sel-sel kulit mati.

  • Pilih timun yang segar, bersihkan dengan teliti dan potong ke dalam kepingan tebal. Gosokkan kepingan timun pada seluruh kulit anda supaya ia dapat menyerap gel timun. Biarkan ia kering secara semulajadi semalaman, kemudian basuhnya dengan air suam pada waktu pagi. Ramuan ini boleh digunakan setiap hari sebelum tidur.
  • Sebagai alternatif, anda boleh mencampurkan jus timun dengan jus lemon untuk kegunaan harian.

Amalkan ramuan mudah ini beberapa kali seminggu, anda akan mempunyai kulit yang sihat dan berseri dalam masa yang singkat!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jaga-jaga Jika Gemar Berkebun & Ada Kucing Di Rumah? Anda Berisiko Kena JANGKITAN Ini

    Asyik menggaru tangan sebab gatal & keadaan kulit tangan seakan cacing merayap bawah kulit? Itu masalah kulit CLM yang perlu diberikan perhatian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

    Lambakan produk penjagaan kulit di pasaran, jadi anda mungkin keliru memilih yang terbaik. Bagaimana dengan produk berasaskan niacinamide, ada manfaat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

    Menopaus boleh sebabkan perubahan pada kondisi kulit anda, badan anda juga akan berhenti menghasilkan kolagen dan ini bukanlah saat yang ditunggu wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Pelik Jika Ada Stretch Mark Pada Bahu, Ia Boleh Muncul Di SEMUA Tempat! Ini Puncanya

    Apa itu stretch mark? Ramai yang tahu tentang perkara ini namun mengapa ia boleh muncul pada semua tempat termasuk bahu? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kulit

    Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah jerawat

    Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    ekzema zakar

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan