Benarkah Kunyit Baik Untuk Kulit?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kunyit adalah antara rempah yang sering digunakan dalam masakan Asia. Rempah berwarna oren-kekuningan ini memberikan rasa yang tersendiri dalam setiap masakan. Sama seperti bahan semula jadi yang lain, kunyit juga dikatakan menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit. Namun, benarkah kunyit baik untuk kulit anda?

Apa itu kunyit?

Merupakan antara herba yang paling dikaji dalam sains, kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa, menawar manfaat kesihatan, terutamanya kurkumin – komponen bioaktif, yang bersifat anti-radang dan antioksidan.

Dalam satu kajian yang dijalankan, 1 auns kunyit memberikan 26% daripada keperluan mangan (manganese) atau batu kawi, elemen kimia yang diperlukan setiap hari dan 16% daripada keperluan zat besi harian. Tumbuhan ini juga merupakan sumber serat, kalium, vitamin B6, magnesium, dan vitamin C.

Berikut adalah beberapa cara kunyit boleh memberikan manfaat kepada kulit anda:

  1. Perbaiki kulit

Komponen antioksidan dan anti-radang yang terkandung dalam kunyit dikatakan dapat memberikan kilauan dan cahaya pada kulit serta memulihkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan kemerahan akibat jerawat dan memberikan kelegaan pada kulit bermasalah seperti ekzema dan rosacea.

Anda boleh mencuba membuat masker di rumah untuk melihat keberkesanan kunyit pada kulit anda. Campur sedikit yogurt Greek, madu dan kunyit, gaul rata dan sapukan pada kulit muka anda. Biarkan selama 15 minit sebelum anda membilasnya dengan air.

  1. Melawan jerawat

Kunyit sangat berkesan untuk melawan jerawat kerana ia mengandungi antiseptik semula jadi dan membantu mencegah penyebaran bakteria. Ia amat berkesan apabila dicampurkan dengan cuka epal yang mempunyai ciri-ciri astrigen – yang memainkan peranan sama seperti toner biasa.

  1. Memperlahankan penuaan

Kunyit mengandungi pigmen curcuminoid yang merangsang gen yang meningkatkan sintesis antioksidan tubuh. Ia akan melindungi sel otak dan kulit dari kerosakan yang disebabkan radikal bebas, dan melambatkan pembetukan kedutan dan garis halus.

  1. Menyembuhkan luka

Kurkumin – komponen yang membuatkan kunyit berwarna oren-kekuningan – yang terdapat dalam kunyit dikatakan boleh membantu menyembuhkan luka dengan mengurangkan keradangan dan pengoksidaan. Ia juga mengurangkan tindak balas anda terhadap luka kulit.

Kajian juga menyatakan kunyit boleh mendatangkan kesan terhadap tisu dan kolagen tubuh. Sekali gus membantu membuatkan luka anda lebih cepat sembuh.

  1. Kurangkan lingkaran gelap

Oleh kerana kunyit bersifat anti-radang dan agen pencerahan kulit, ia sesuai untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata serta tompokan hitam yang disebabkan sinaran matahari. Ini kerana ia dapat merangsang peredaran darah, sekali gus membantu mengurangkan kegelapan.

  1. Merawat psoriasis

Psoriasis ada satu masalah kulit – muncul tompok putih yang tebal, menyebabkan gatal-gatal yang serius. Dan kunyit dikatakan dapat mengawal simptom ini dengan menghalang enzim keradangan dan menurunkan tahap sitokin – yang merangsang keradangan sel.

Menurut Yayasan Psoriasis Kebangsaan, ia boleh digunakan sebagai suplemen atau ditambah ke dalam makanan. Sebaiknya, berbincang dengan pakar sebelum mencuba kaedah ini untuk mendapatkan dos yang lebih tepat.

  1. Merawat parut dan tanda regangan

Sekali lagi, terima kasih kepada kurkumin, yang dapat menyerap masuk ke membran sel dan memperbaiki sifat fizikal membran sel – kesannya ia merawat tanda regangan. Anda boleh gabungkan kunyit dengan krim atau yogurt dan sapukan ke bahagian perut dan pinggang sebelum anda mandi. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan bersih semasa mandi. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk merawat parut.

Walau bagaimanapun, terdapat risiko dalam menggunakan kunyit untuk merawat masalah kulit anda. Sebelum menggunakan kunyit, anda perlu berhati-hati dengan kuantiti yang hendak digunakan, jenis produk dan tindak balas yang mungkin berlaku terhadap ubatan yang anda ambil.

Sebaiknya, elakkan mengambil kunyit dalam kuantiti yang besar dan banyak. Cuba sapukan sedikit kunyit pada bahagian bawah lengan anda  dan biarkan selama 24 hingga 48 jam untuk melihat sama ada wujudkan reaksi alahan atau tidak sebelum menggunakannya pada kulit anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Katakan Hello kepada Mesonutrien! Komponen Nutrien Hebat yang Patut Anda Kenali

    Dalam bahasa Yunani, makro- bermakna besar, mikro- bermakna kecil dan meso- secara literalnya bermakna di dalam. Anda mungkin pernah mendengar istilah makronutrien yang merujuk kepada protein, lemak dan karbohidrat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 31/01/2019 . 2 minit bacaan

    Jerawat Masalah Umum Ketika Akil Baligh. TAPI Usah Bimbang, Ada Cara Merawatnya

    Jerawat remaja keadaan paling biasa berlaku ketika anak muda belasan tahun. Ikuti artikel ini untuk lebih faham tentang jerawat tempoh akil baligh ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 12/12/2018 . 2 minit bacaan

    Manfaat ‘Masker’ Kunyit Kepada Kulit?

    Kunyit  merupakan tumbuhan berasal dari Asia dan sering digunakan dalam masakan. Ada juga yang menggunakannya untuk perawatan kulit alternatif semula jadi seperti menjadikannya masker kunyit. Namun, apakah manfaat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Kulit, Sihat Bergaya 06/12/2018 . 3 minit bacaan

    Kunyit: Peranannya Bukan Sekadar Penyeri di Dapur

    Kunyit adalah sejenis rempah yang berasal daripada tumbuhan kunyit. Akarnya digunakan secara meluas untuk membuat ubat selain untuk tujuan masakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/05/2018 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kunyit hidup

    Lepas Kangkung, Kini Kunyit Pula Dikatakan Boleh Ubati Virus Korona, Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/03/2020 . 4 minit bacaan
    suami songsang

    Oops! Suami Asyik Tolak Ajakan Bersama? Baik Anda Semak 5 Tanda BAHAYA Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/02/2020 . 4 minit bacaan
    Awas! Kunyit Ancam Kesihatan - Kajian

    Awas! Kunyit Ancam Kesihatan – Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/09/2019 . 2 minit bacaan
    masker kunyit

    Masker Kunyit Untuk Merawat Wajah, Tapi Hati-Hati Dengan Keburukannya Juga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/08/2019 . 4 minit bacaan