Boleh Ke Probiotik Merawat Masalah Kulit Ekzema? Ini Jawapan Menurut Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ekzema adalah masalah kulit yang merangkumi kegatalan, bengkak serta ruam merah. Kini, penggunaan probiotik semakin banyak digunakan dalam merawat kondisi ini.

Namun, yang menjadi persoalannya di sini, sejauh manakah ia berkesan dalam merawat masalah ekzema?

Apa itu ekzema?

Ekzema, juga dikenali sebagai dermatitis atopik biasanya terjadi pada bayi serta kanak kanak.

Masalah keradangan pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah ini kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair.

Selain itu, ekzema selalunya berlaku di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat masalah kulit ekzema sebelum berumur 5 tahun.

Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma, dan anda juga perlu tahu ia bukanlah sejenis jangkitan.

Beberapa faktor boleh menjadi punca ekzema, antaranya ialah:

  • Keturunan
  • Bukan alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
  • Infeksi virus
  • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi
  • Lain lain jenis jangkitan
  • Alahan atau alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan

Bagaimana probiotik berfungsi?

Probiotik adalah bakteria hidup dan yis yang menambah bakteria baik di dalam usus kita, menyokong sistem pencernaan yang sihat.

Sebilangan makanan secara semula jadi kaya dengan probiotik. Ini termasuk:

  • Yogurt
  • Kimchi
  • Coklat gelap
  • Miso
  • Keju mentah
  • Cuka epal

Bakteria hidup dalam probiotik akan melekat pada dinding usus, meninggalkan ruang yang lebih sedikit untuk bakteria yang tidak diingini atau buruk tumbuh.

Justeru, ia akan mendorong keseimbangan bakteria yang sihat dalam sistem pencernaan dan meningkatkan fungsinya.

Di samping itu, pengambilan probiotik turut boleh:

Penggunaan probiotik dalam merawat ekzema

Ekzema juga mempunyai beberapa jenis, tetapi jenis yang paling biasa terjadi adalah dermatitis atopik.

Dermatitis atopik boleh diperburuk oleh faktor persekitaran dan perengsa, tetapi ini bukan penyebabnya.

Penyebabnya adalah tindak balas imun yang salah, menyebabkan kulit meradang, kering, dan merekah.

Disebabkan ia berpunca daripada tindak balas sistem imun badan, ia akan membuatkan anda mungkin tertanya-tanya, bagaimana cara untuk merawatnya.

Salah satu kaedah yang telah dikaji adalah, probiotik dikatakan dapat merawat dan menyokong sistem imun yang sihat.

Ini kerana, keseimbangan bakteria dalam sistem pencernaan adalah salah satu faktor yang mempengaruhi sistem imun seseorang.

Justeru, probiotik dipercayai dapat meningkatkan jumlah bakteria usus yang sihat, sekali gus dapat mengubati masalah kulit ekzema.

Betul ke berkesan?

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan dengan memberi kanak-kanak probiotik, ia dapat membantu mencegah mereka daripada terkena ekzema.

Kajian pada tahun 2010 mendapati, kanak-kanak dengan penyakit alahan seperti dermatitis atopik mempunyai gut glora (mikroorganisma yang hidup dalam usus) yang sangat berbeza dengan kanak-kanak yang sihat.

Penemuan ini menyokong idea bahawa pengambilan suplemen probiotik untuk memperbaiki bakteria usus mungkin bermanfaat.

Kajian yang sama juga mendapati sedikit peningkatan klinikal terhadap masalah dermatitis atopik dengan penggunaan probiotik.

Walau bagaimanapun, penemuan itu tidak cukup signifikan untuk mengatakan dengan pasti bahawa probiotik adalah rawatan yang berkesan dalam merawat ekzema.

Satu kajian pada tahun 2016 menyatakan, terdapat beberapa penyelidikan yang menunjukkan probiotik mungkin mempunyai kesan positif terhadap rawatan dermatitis atopik.

Kesan ini bergantung kepada:

  • Strain probiotik tertentu yang digunakan
  • Tempoh pendedahan
  • Dos

Kajian ini turut menyatakan masih terdapat kekurangan bukti yang boleh dipercayai untuk menyokong penggunaan probiotik dalam rawatan ekzema.

Oleh sebab itu, penyelidikan lebih lanjut diperlukan sebelum probiotik menjadi rawatan yang disarankan bagi masalah kulit ini.

Rawatan-rawatan lain

Terdapat beberapa jenis rawatan lain yang boleh dilakukan untuk merawat ekzema. Ini termasuk:

  • Emolien (pelembap) yang boleh digunakan setiap hari untuk mengelakkan masalah kekeringan kulit
  • Krim kortikosteroid topikal yang mengurangkan bengkak dan kemerahan
  • Antihistamin untuk mengurangkan kegatalan
  • Penggunaan pembalut untuk membolehkan kawasan yang terjejas sembuh

Selain rawatan perubatan di atas, perubahan gaya hidup juga harus dilakukan oleh orang yang menderita masalah ini bagi mengelakkan kondisi bertambah buruk, antaranya:

  • Memakai kain semula jadi seperti sutera dan kapas untuk mengurangkan kegatalan pada kulit
  • Memastikan suhu persekitaran sejuk dan nyaman jika cuaca panas menjadi faktor perengsa
  • Mengelakkan sabun, detergen atau losyen badan yang tidak sesuai bagi pesakit ekzema
  • Elak makan makanan yang mencetuskan alahan

Kesimpulannya

Hubungan antara bakteria yang sihat dan tindak balas imun terhadap ekzema menyokong idea bahawa probiotik mungkin boleh menjadi pilihan rawatan yang baik.

Terdapat beberapa petunjuk klinikal yang positif menyokong kes ini untuk penyelidikan lebih lanjut.

Walau bagaimanapun, melihat penyelidikan kini, sukar untuk menyimpulkan probiotik mampu menjadi rawatan yang berkesan dalam merawat masalah kulit ini.

Akhir kata, bagi para pembaca yang mempunyai ekzema dinasihatkan untuk terus menggunakan rawatan yang telah disyorkan oleh doktor, agar sebarang komplikasi yang tidak diingini dapat dielakkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

Penyakit radang usus sebenarnya turut beri kesan kepada kulit. Jom ketahui 13 masalah kulit yang boleh berlaku bagi pesakit radang usus ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

Sistem imun berfungsi melindungi tubuh daripada jangkitan. Tapi, mempunyai penyakit autoimun seperti psoriasis, boleh ganggu sistem kekebalan badan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Penyakit Kulit, Pusat Kesihatan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

Kulit adalah pengukur hebat keadaan dalam badan anda. Namun adakah masalah kulit boleh menjadi petanda keadaan usus kotor? Ikuti penjelasan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 05/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kulit gatal

Badan Naik Ruam Akibat Cahaya Matahari? Ini Sebab Alahan Ataupun Memang Puteri Lilin?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun lemah

FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
masalah kulit bagi penyakit jantung

Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
susu kultur

Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Ibu Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan