Rahsia Kulit Wajah Cantik Orang Korea, Teknik Double Cleansing, 2x Cuci Muka, Perlu Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Merupakan impian setiap wanita untuk memiliki kulit yang bersih, glowing dan berseri-seri namun bolehkah ia dikecapi hanya dengan mencuci muka?

Ini bukan kaedah mencuci muka sembarangan kerana artikel ini bakal mengupas kaedah pencucian yang paling hot dan diikuti ramai pada masa ini, double cleasing atau kaedah pembersihan berganda.

Kaedah mencuci muka double cleansing- trend baru orang Korea

Kaedah ini amat popular dan dicetuskan oleh negara Korea Selatan dan Jepun, seiring dengan trend K-pop sekarang yang menjadi kegilaan orang ramai di seluruh pelosok dunia.

Selain itu, kulit yang bersih dan glowing yang dimiliki oleh para artis Korea, baik perempuan dan lelaki menjadi dambaan ramai terutamanya bagi mereka yang mementingkan penjagaan kulit!

Teknik double cleansing ini diperkenalkan seiring dengan kaedah-kaedah rejim perawatan kulit yang amat popular dikenali sebagai 10 Steps Korean Skincare Routine.

Untuk teknik mencuci muka ini, caranya cukup mudah! Anda hanya memerlukan pencuci muka berasaskan 2 jenis cecair iaitu minyak dan sabun, krim, gel ataupun losyen mengikut kesesuaian jenis kulit anda.

Pembersih berasaskan minyak diguna untuk menghilangkan kekotoran berasaskan minyak, termasuk solekan, pelindung matahari, sebum, dan pencemaran.

Dengan membuang kotoran-kotoran ini terlebih dahulu, pembersih berasaskan air akan benar-benar dapat masuk ke dalam kulit, menghilangkan segala kotoran dan peluh.

Pembersihan berganda bukan hanya untuk mencuci dengan lebih teliti, tetapi juga dapat menghidupkan kembali kulit kusam dan membolehkan produk penjagaan kulit lain berfungsi dengan lebih berkesan.

Siapa yang harus melakukan pembersihan berganda?

mencuci muka

Konsep di sebalik teknik mencuci muka ini adalah untuk menghilangkan makeup dan kotoran pada langkah pertama menggunakan minyak sehingga ia mampu memberikan kesan optimum untuk pembersih muka pada langkah kedua.

Ini akan memastikan kulit wajah anda dibersihkan dengan sempurna menggunakan teknik ini.

Namun, sebenarnya terdapat pembersih yang dapat melakukan kedua-dua langkah ini dalam satu produk, tetapi ia cenderung bersifat kasar pada kulit dan menghilangkan kelembapan kulit.

Oleh itu, kaedah double cleansing adalah cara mencuci muka yang terbaik tanpa mengeringkan kulit dan bersifat lembut.

Kalau macam itu, adakah ini bermakna semua orang harus menukar rutin mencuci muka mereka kepada kaedah ini?

Pembersihan berganda ini bukanlah suatu keharusan bagi semua orang. Sekiranya anda adalah seseorang yang tidak memakai sebarang makeup atau pelindung matahari, sudah tentu anda tidak perlu untuk membuat teknik ini.

Tetapi jika anda seorang yang sering memakai alat solek yang berat atau menggunakan sunblock yang banyak, maka kulit anda pasti akan merasai kesan daripada teknik pembersihan berganda ini.

Bagaimanakah cara melakukan pembersihan berganda?

Sekiranya anda masih baru di sini, jangan risau, pembersihan berganda adalah proses yang sangat mudah untuk difahami!

Cara-cara penggunaan teknik mencuci muka double cleansing:

  • Menggunakan tangan yang bersih, oles rata pencuci muka berasaskan minyak ke setiap bahagian kulit muka anda.
  • Jika anda memakai makeup, anda harus memastikan setiap bekas solekan anda dicuci dan diurut dengan lembut.
  • Bilas muka dengan air.
  • Gunakan pencuci muka seterusnya mengikut kesesuaian kulit wajah anda.
  • Pastikan anda cuci hingga kulit terasa bersih dan bebas daripada lebihan minyak oleh pencuci muka sebelumnya.

Anda kemudian boleh terus beralih ke rutin penjagaan kulit yang lain seperti memakai toner, serum, pelembap dan sebagainya.

Itu sahaja cara-cara yang harus dilakukan untuk mencuci muka dengan kaedah ini, cukup senang kan!

Adakah mencuci muka double cleansing satu keperluan?

mencuci muka

Pembersihan berganda bukanlah perkara yang mesti dilakukan oleh kebanyakan orang, namun ia boleh menjadi bermanfaat dalam keadaan tertentu.

Contohnya jika anda memakai makeup yang berat dan waterproof serta sunblock berasaskan mineral yang mempunyai bahan aktif titanium dioksida atau zink oksida.

Kaedah ini sangat membantu dalam memastikan anda membuang segala kesan kotoran dengan bersih.

Produk-produk skincare lain yang akan dipakai seterusnya juga akan lebih mudah menyerap pada kulit.

Selain itu, double cleansing dapat membantu jika anda mempunyai kulit yang sangat berminyak dan mendapati bahawa pembersih biasa tidak mampu mengeluarkan lebihan minyak tersebut.

Namun, ingatlah jika tersilap pilih produk pencuci muka, kulit akan terasa ketat dan kering.

Oleh yang demikian, kaedah pembersihan berganda boleh menjadi solusi yang mungkin dicari-cari selama ini.

Jika ditanya adakah teknik double cleansing ini suatu keperluan?

Jawapannya adalah bergantung kepada tahap pembersihan yang kulit anda perlukan seperti disebut di atas.

Namun, tiada salahnya untuk mencuba kaedah pembersihan ini, manalah tahu anda mampu mendapat kulit yang bersih dan glowing bak artis Korea!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?

Produk penjagaan kulit wajah yang pelbagai menjadi satu kebiasaan. Namun tahukah anda trend baharu dalam dunia kecantikan kini yang dikenali skin fasting?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

Rakan baik anda mungkin mengatakan bahawa anda harus berhenti memakai makeup kerana ia menjadi faktor kulit berjerawat anda. Ini ke sebab jerawat tumbuh?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Ini Sebab Jerawat Muncul Pada Setiap Anggota Badan, Kalau Nak Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!

Masalah jerawat boleh akibatkan tekanan jika tidak dirawat. Jika anda struggle merawat masalah ini, anda harus mengetahui punca jerawat badan dan muka.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/07/2020 . 3 minit bacaan

Kalau Nak Kulit Sihat JANGAN Mandi Lama, Mandi Ala P.Ramlee Pun Tak Boleh! Ini Sebabnya

Mandi terlalu lama boleh menjejaskan kesihatan kulit walaupun anda hanya mandi sekali sehari. Ikuti tip kami bagi memastikan kesihatan kulit terjaga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

manfaat niacinamide

Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
apa itu stretch mark

Jangan Pelik Jika Ada Stretch Mark Pada Bahu, Ia Boleh Muncul Di SEMUA Tempat! Ini Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
warna kulit

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
minum kolagen

Jangan Terpengaruh Dengan Trend, Sekadar Kolagen Sahaja Tidak Akan Buat Anda Awet Muda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan