Malu Lihat Selulit Sekitar Kulit Badan, Ini 6 Cara Yang Boleh Mengurangkannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Selulit adalah bahagian kulit yang kelihatan seperti tidak rata. Ia terbentuk apabila tisu lemak bahagian dalam pada kulit menolak ke atas tisu penghubung. Dianggarkan lebih 85% wanita berusia 21 tahun ke atas mempunyai masalah selulit. Walaupun masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa, namun ia jarang berlaku kepada lelaki.  

Punca masalah selulit pada wanita

Tidak banyak yang diketahui apa yang menyebabkan masalah ini. Tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kemunculannya, adalah seperti:

  • Pertambahan usia
  • Perubahan hormon – seperti penurunan estrogen, insulin
  • Keradangan tisu
  • Peningkatan tisu lemak disebabkan kenaikan berat
  • Kehilangan kolagen – kitaran oksigen rendah
  • Masalah peredaran lemak – masalah umum pada bahagian kaki
  • Aliran limfa lemah
  • Penipisan epidermis – lapisan luar kulit
  • Metabolisme perlahan
  • Kurang melakukan aktiviti fizikal
  • Dehidrasi
  • Peningkatan lemak badan

Simptom masalah selulit pada wanita

selulit

Kemunculan permukaan yang berlekuk-lekuk, menggerutu – seperti kulit oren – yang kerap berlaku pada bahagian perut, punggung dan paha adalah antara simptom selulit. Masalah ini juga boleh berlaku pada bahagian bawah lengan dan payudara. Untuk masalah selulit ringan, ia tidak akan jelas kelihatan kecuali apabila kulit ‘dicubit’.

Faktor risiko

Masalah yang sering dan lebih dialami oleh individu wanita ini, kebanyakannya berlaku selepas akil baligh. Ini kerana lemak wanita biasa diedarkan pada bahagian paha, pinggul dan punggung – yang merupakan kawasan umum munculnya selulit. Ia biasa berlaku seiring dengan pertambahan usia, penuaan – di mana kulit menjadi semakin kurang keanjalan.

Pertambahan berat juga boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih ketara, tetapi individu yang kurus juga mungkin mempunyai selulit. Adakalanya faktor genetik juga memainkan peranan dalam kewujudan selulit selain gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif yang cenderung menyebabkan munculnya masalah ini, termasuk faktor kehamilan.

Rawatan

Kenyataannya, tiada sebarang rawatan yang boleh menyingkirkan selulit secara efektif. Berikut antara rawatan yang boleh mengurangkan penampilan selulit, sekurang-kurangnya untuk tempoh sementara.

  • Berat badan

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, mengurangkan berat badan melalui pengambilan diet pemakanan yang sihat dan senaman secara teratur, mungkin dapat membantu mengurangkan kewujudan kulit menggerutu ini.

  • Menyedut lemak

Menyedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction – antara rawatan untuk masalah selulit – di mana lemak akan diserap keluar dari badan. Proses ini mungkin boleh membantu membentuk badan tetapi ia tidak membuang selulit dan mungkin menyebabkan masalah ini semakin teruk. Jadi ia mungkin bukan rawatan yang sesuai.

  • Urutan

Ia berdasarkan idea untuk memberikan urutan pada bahagian yang bermasalah untuk meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair dalam badan. Ia mungkin dapat memberikan keadaan pinggul dan punggung yang lebih baik.

  • Laser

Dikenali sebagai sistem radiofrekuensi, yang memberikan hasil lebih baik. Merupakan gabungan antara urutan, liposuction atau terapi cahaya. Ia mencairkan lemak, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengetatkan kulit, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pengekalan cecair. Hasil dari rawatan ini mampu bertahan untuk tempoh 6 bulan.

  • Minum air

Meminum lebih banyak air merupakan antara pilihan rawatan yang mudah untuk dilakukan yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Ia bukan sahaja akan membantu mengekalkan hidrasi pada badan, tetapi air juga membantu menyingkirkan toksin yang cenderung menyebabkan pengumpulan lemak. Air juga membantu menggalakkan peredaran dan aliran limfa.

  • Senaman

Sesetengah senaman kaki dan glute boleh membantu mengetatkan kulit pada sekitar kawasan paha. Ia juga membantu mengurangkan masalah pada kulit ini. Senaman tidak akan menghilangkan masalah ini tetapi ia menjadikan otot lebih kuat dan kulit lebih anjal dan ketat yang sekali gus mengurangkan penampilannya. Berikut antar beberapa senaman yang boleh anda cuba; squat, jump-squat, step-up, Glute/leg kick-backs dan side-to-side. Antara senaman lain yang boleh membantu mengurangkan selulit adalah seperti berbasikal, menari, mendaki, berlari, berenang dan berjalan.

Gaya hidup sihat

Seperti yang dikatakan awal tadi, tiada cara untuk mencegah selulit. Ia merupakan satu keadaan biasa yang meningkat selari dengan peningkatan usia dan pilihan gaya hidup tertentu. Anda sememangnya tidak boleh mengawal pertambahan usia, tetapi perubahan gaya hidup yang lebih sihat boleh mengurangkan jumlah kewujudan selulit pada bahagian paha.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    menghilangkan selulit

    Rawat Selulit Guna Essential Oil? Usah Bazirkan Duit Untuk Produk Yang Belum Tentu Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip menghilangkan selulit

    Sakit Hati Tengok Selulit Dekat Badan Sendiri? Ada 11 Cara Hilangkannya Seperti Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/08/2019 . 4 minit bacaan
    garis hitam di perut

    Muncul Garis Gelap Di Perut Ketika Hamil, Orang Kata Itu Penentu Jantina Bayi, Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 16/01/2019 . 2 minit bacaan

    Apa itu Selulit dan Penyebabnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 27/04/2018 . 3 minit bacaan