backup og meta

Fakta Menarik Tentang Jerawat @ Akne, Saintis Pun Masih Kurang Pasti Punca?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/01/2023

    Fakta Menarik Tentang Jerawat @ Akne, Saintis Pun Masih Kurang Pasti Punca?

    Sama ada anda sedang menghadapi atau sekadar ingin mengetahui fakta jerawat yang kadangkala muncul di dahi anda, berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Fakta jerawat pertama, siapa tinggi risiko?

    Fakta jerawat: ia akan terjadi apabila kelenjar minyak pada kulit anda tersumbat dengan sebum berlebihan, sel-sel kulit mati atau kotoran.

    Apabila bakteria masuk, plag tersebut mula membengkak, berkembang menjadi jerawat.

    Kebanyakan orang menganggap bahawa hanya remaja mempunyai jerawat.

    Sedangkan semua emua peringkat umur dan etnik mungkin mengalami jerawat.

    Mereka yang berada dalam usia lima puluhan juga boleh mengalami jerawat.

    fakta jerawat

    Apa punca sebenar di sebalik masalah ini?

    Fakta akne kedua pula adalah saintis tidak dapat menentukan punca sebenar di sebalik jerawat kerana jerawat tanda rindu itu tidak benar!

    Walau bagaimanapun, jerawat dipercayai mungkin berlaku hasil daripada gabungan faktor-faktor seperti:

    • Hormon tidak seimbang (kerana akil baligh atau mengandung)
    • Sejarah keluarga
    • Bahan solek dan produk penjagaan kulit komedogenik (menyebabkan liang tersumbat)
    • Ubat-ubatan tertentu

    Faktor-faktor persekitaran seperti pencemaran dan kelembapan yang tinggi menjejaskan jerawat anda.

    Begitu juga menekan atau memicitnya. Apabila anda mempunyai jerawat, anda mungkin mahukan skrub muka untuk merasa lebih bersih.

    Tetapi jangan berbuat demikian kerana ia hanya lebih merosakkan kulit anda.

    Bagaimana menjaga kulit untuk merawat jerawat?

    Rawatan jerawat mungkin memerlukan sapuan pada kulit dan ubat-ubatan oral.

    Jika anda mempunyai jerawat, anda dinasihatkan untuk menemui doktor kulit untuk didiagnosis.

    Walaupun fakta akne tidak menjejaskan kesihatan anda, anda perlu rawatan awal untuk mencegah parut dan mengelak pigmentasi.

    fakta jerawat

    Selain mengambil ubat-ubatan, terdapat langkah-langkah tertentu yang boleh diambil untuk mempercepatkan proses penyembuhan, termasuk:

    • Basuh kulit anda dua kali sehari dengan pencuci muka yang lembut.
    • Jangan sentuh jerawat anda
    • Jika anda mencukur, basuh kulit anda sebelum memakai krim pencukur untuk melembutkan janggut/rambut anda
    • Elakkan pendedahan matahari. Jika anda perlu keluar, pakai pelindung matahari berspektrum luas dan sapukan semula setiap 2 jam
    • Gunakan produk bukan komedogenik

    Mempunyai jerawat boleh membuat anda merasa tertekan, terutamanya apabila anda mengambil ubat-ubatan untuk masa yang lama tanpa melihat penambahbaikan.

    Gaya hidup yang sihat boleh membantu keadaan kulit anda.

    Jika anda mempunyai jerawat untuk jangka masa panjang dan ubat-ubatan seolah-olah tidak berfungsi dengan baik, anda perlu mempertimbangkan mengubah gaya hidup anda.

    Diet yang seimbang, senaman, dan tidur yang cukup boleh mengubah kulit anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan