Jangan Malu Untuk Ajak Pasangan Berasmara, Mulakan Langkah Dengan 5 Cara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Seks adalah suatu elemen yang sangat penting dalam kehidupan suami isteri. Tanpanya, tentu sahaja rumah tangga akan terasa hambar, tidak bermaya serta tidak bermakna bukan?

Jadi, jangan malu untuk ajak pasangan berasmara. Namun, inilah yang menjadi masalahnya kerana masih ada pasangan yang segan silu untuk memulakan langkah terutamanya golongan wanita.

Usah khuatir, Hello Doktor akan membantu anda. Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu tip ajak pasangan berasmara yang paling mudah, tepat dan berkesan!

Seks adalah hak masing-masing, jangan malu!

kesilapan seks lelaki

Perasaan malu adalah penghalang utama yang menyebabkan seseorang itu tidak mahu mengajak suami atau isteri mereka bersenggama. Ini perlu diubah dengan kadar segera!

Menurut August McLaughlin yang merupakan Pakar Terapi Seks, seks tidak hanya perlu dimulakan dari pihak suami sahaja malahan isteri juga boleh memulakannya.

“Kenyataan bahawa keputusan berkenaan seks adalah di tangan lelaki adalah sesuatu yang sangat stereotaip. Hakikatnya, keinginan seksual tidak berdasarkan kepada satu jantina sahaja. Jadi, sesiapa sahaja boleh memulakan langkah untuk mengajak pasangan berasmaradana,” jelasnya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, seks adalah hak masing-masing. Disebabkan itu, jangan sesekali berasa malu lagi selepas ini setiap kali terasa ingin mengajak pasangan beraksi di ranjang ya?

Tip ajak pasangan berasmara yang berkesan!

kerap melakukan hubungan seks

Jessica O’Reilly yang merupakan Pakar Terapi Seks berkata, kadangkala pasangan anda mungkin tidak ada mood untuk bersenggama. Jadi, terpulang kepada anda untuk memulakan langkah dan membangkitkan keinginan seksual pasangan.

Jangan risau, kami ada beberapa tip ajak pasangan melakukan hubungan seks yang kalian boleh cuba:

#1. Bersikap tegas dan teguh dengan pendirian

Ada masanya, anda tidak perlu menunggu jawapan ”ya” dari pasangan untuk melakukan hubungan seks. Anda boleh cuba untuk bersikap tegas dan teguh dengan pendirian anda yang dahagakan keintiman itu.

Sebagai contoh, anda boleh pergi sahaja kepada pasangan yang sedang berada di dapur untuk menanggalkan pakaian di situ dan beraksi ketika itu juga. Ini tentu sahaja akan melahirkan elemen kejutan yang sangat diperlukan!

Selain itu, ia juga akan membuat pasangan anda tahu apa yang perlu mereka lakukan. Ambillah peluang ini untuk meminta apa-apa sahaja yang pernah didambakan. Cuma, jangan terlalu memaksa pula ya?

#2. Hantar pesanan menggunakan telefon

Jika memang perasaan malu anda itu sukar untuk dikikis, ada satu tip ajak pasangan melakukan hubungan seks yang paling sesuai untuk anda.

Seiring dengan kemajuan teknologi kini, apa kata kalian bermain dengan pasangan menggunakan aplikasi sosial seperti Whatsapp atau Telegram ini untuk mengajak mereka bercanda? Ia adalah alternatif yang menarik!

“Bila U dah sampai rumah, cari I dalam bilik tau, I pakai lingerie yang U belikan semalam” – ayat seperti ini mungkin kalian boleh gunakan untuk menggoda pasangan. Sebagai alternatif, mungkin hanya perlu hantar gambar sahaja?

lingerie

#3. Tidak perlu berkata, tunjukkan petanda sahaja

Sebenarnya, pasangan suami isteri terutamanya yang sudah lama berkahwin, tidak perlu untuk bersusah payah mengatur ayat untuk mengajak pasangan melakukan hubungan seks.

Kadang-kadang, petanda seperti mengangkat kening, mengangguk kepala, menjelir lidah atau senyum sinis sahaja sudah mencukupi untuk memberi hint kepada pasangan anda.

Jadi, cuba lakukan ini. Jika pasangan masih tidak faham, tidak salah untuk sesekali menerkamnya tiba-tiba sahaja bukan? Ia adalah bagus untuk mewujudkan unsur suprise!

#4. Mengurut tubuh badan pasangan

Ini adalah satu trik yang sangat berkesan. Buat anda yang pemalu itu, mulakanlah langkah anda dengan mengurut tubuh badan si dia selepas pulang dari kerja.

Urutkan secara perlahan-lahan sehinggalah mereka mempunyai mood untuk bersenda dengan anda. Selepas itu, mula alihkan sentuhan anda ke zon erotik mereka seperti alat kemaluan atau dada dan lain-lain.

Selepas mereka mula menunjukkan tanda sudah turn on, inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan projek hubungan seks kalian!

#5. Mulakan dengan ciuman, akhirinya dengan seks!

Akhir sekali, ini adalah tip ajak pasangan berasmara yang dijamin 99% akan berkesan!

Caranya mudah sahaja. Hanya perlu mulakan dengan ciuman pada pipi, dahi, telinga, leher dan akhir sekali tumpukan pada bibirnya untuk aksi french kiss yang hangat.

Dengan cara ini, si dia pasti tidak mampu untuk menolak pelawaan anda kerana dia sendiri sudah dirasuki nafsu yang membara.

Jadi, apa lagi kalian tunggu? Gunakanlah tip yang kami berikan ini dan bercandalah dengan pasangan!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Proses ovulasi adalah perkara normal berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alat permainan seks

Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
suami isteri

Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit gonorea

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan