Ada individu yang bertanya, adakah terdapat manfaat seks untuk kesihatan jantung? Dan, adakah berbahaya untuk melakukan seks jika mempunyai penyakit jantung? Ini kupasannya.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ada individu yang bertanya, adakah terdapat manfaat seks untuk kesihatan jantung? Dan, adakah berbahaya untuk melakukan seks jika mempunyai penyakit jantung? Ini kupasannya.
Ya, tetapi ia bukanlah satu senaman yang mencukupi. Secara puratanya, anda tidak akan dapat membakar kalori harian anda semasa melakukan hubungan seks.
Katakanlah anda menghabiskan masa antara 5 hingga 15 minit bagi satu sesi hubungan intim, anda dianggap membakar kalori seolah-olah anda berjalan kaki selama 20 minit.
Pasangan yang berada di bahagian atas mencapai degupan jantung sekitar 120. Pasangan yang berada di bahagian bawah pula mencapai degupan jantung sekitar 110.
Dengan kata lain, anda dapat melakukan senaman kardiovaskular yang minimum daripada hubungan seks. Namun, jangan menganggapnya sebagai satu-satunya senaman anda.
Mungkin ya!
Satu kajian mendapati bahawa lelaki yang bersetubuh dua kali seminggu atau lebih, kurang cenderung untuk menghidap penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang melakukan hubungan seks sebulan sekali atau kurang.
Penyelidikan seperti ini biasanya tertumpu pada lelaki kerana lelaki lebih ramai mempunyai penyakit jantung. Namun, alasan ini juga boleh terpakai kepada golongan wanita.
Walau bagaimanapun, kajian seperti ini tidak membuktikan bahawa seks mencegah penyakit jantung.
Hubungan intim adalah seperti latihan aerobik yang lain.
Ia meningkatkan kadar denyut jantung dan tekanan darah anda serta permintaan jantung anda terhadap oksigen, terutamanya dalam tempoh 10 hingga 15 saat ketika anda mencapai orgasme.
Memandangkan aktiviti seks adalah seperti aktiviti aerobik, seks boleh mencetuskan angina. Angina ialah sakit dada yang disebabkan oleh aliran darah yang lemah ke bahagian jantung.
Menurut satu kajian, ini juga dapat meningkatkan risiko serangan jantung pada satu atau dua jam pertama setelah anda melakukan hubungan seks.
Namun, risiko itu sangatlah kecil. Menurut kajian tersebut, dalam setiap 10,000 individu yang melakukan hubungan seks seminggu sekali, hanya dua hingga tiga individu yang akan mengalami serangan jantung tambahan.
Berkenaan risiko kematian semasa hubungan seks pula, ia hampir tidak berlaku.
Kadar kematian secara tiba-tiba semasa hubungan seks hanya 0.6% hingga 1.7%, dan sebahagian besar kematian (82% hingga 93%) adalah pada orang lelaki.
Sama seperti mana-mana bentuk senaman yang lain, seks memerlukan sejumlah kecergasan jantung.
Dalam sebuah kajian, individu yang lebih aktif secara fizikal, termasuk mereka yang sering melakukan hubungan seks, mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami serangan jantung setelah melakukan aktiviti seksual.
Ada kajian yang cenderung menganggap seks sebagai ‘penanda’ kesihatan.
Sekiranya anda melakukan lebih banyak hubungan seks, ada peluang yang baik untuk anda menjadi lebih cergas dan lebih aktif. Ini untuk memastikan agar anda mendapat manfaat seks.
Mungkin tidak. Sebagai contoh, kajian pemerhatian dapat mewujudkan perhubungan antara aktiviti seks dan juga kesihatan jantung.
Tetapi kajian tersebut tidak dapat membuktikan hubungan sebab dan juga akibat antara kedua-duanya.
Untuk membuktikan sebab dan akibat, anda memerlukan percubaan klinikal secara rawak dengan kumpulan kawalan yang menjauhkan diri daripada hubungan seks untuk jangka masa yang panjang.
Namun, hal ini agak mustahil untuk dilaksanakan.
Ini merupakan antara sebab mengapa kajian boleh mengatakan seks mungkin baik untuk jantung kita, tetapi kita tidak dapat mengatakannya dengan pasti.
Dalam kebanyakan kes, ia tidak berisiko. Pesakit sering bertanya mengenai perkara ini setelah mengalami serangan jantung atau diagnosis penyakit jantung.
Sekiranya anda cukup sihat untuk melakukan seks, maka lakukanlah.
Tekanan darah anda akan meningkat semasa melakukan hubungan seks, biasanya sekitar 160/90. Kadar tekanan ini adalah sama jika anda berjalan cepat selama beberapa minit dan ia akan kembali turun selepas itu.
Ya. walaupun aktiviti seks bukanlah satu aktiviti berintensiti tinggi seperti anda melakukan angkat berat, namun seks yang kerap bersama pasangan boleh memberikan gaya hidup yang sihat secara keseluruhannya.
Aktiviti seks juga boleh menyebabkan anda lebih gembira, lebih tenang dan kurang stres.
Dengan kata mudah, seks mungkin bermanfaat kepada anda kerana ia tidak membahayakan kesihatan jantung anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen