Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Ketika mencapai usia matang atau tua, setiap individu tanpa mengira jantina pasti akan merasakan kesannya terhadap tubuh badan termasuklah wanita 40an.

Wanita yang termasuk di dalam lingkungan usia ini pasti sudah kian menghampiri umur menopaus dan kehidupan seksual mungkin tidak lagi hangat dan hebat.

Tidak, ada kajian yang cakap bahawa wanita 40an sebenarnya lebih aktif dan puas secara seksual! Benarkah?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Wanita 40an: Matang atau tua?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita mengetahui perkara penting ini terlebih dahulu.

Jadi, adakah wanita yang termasuk di dalam lingkungan usia ini boleh dikategorikan sebagai matang atau tua?

Jawapan mudahnya adalah mungkin mereka boleh dikatakan sudah matang namun masih belum tua jika dinilai dari aspek menopaus.

Ini kerana kajian medlineplus.gov menyatakan bahawa majoriti wanita akan mula berhenti datang haid sekitar usia 45 tahun ke atas.

Seperti mana yang kita tahu, menopaus akan mengakibatkan pelbagai perubahan terhadap tubuh badan seorang wanita termasuklah aspek kemahuan dan kemampuan seksual mereka.

Namun tahukah kalian bahawa ada kajian yang kata wanita 40an sebenarnya lebih aktif dan puas secara seksual?

Wanita 40an lebih aktif dan puas secara seksual?

manfaat seks waktu pagi

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Medicine, majoriti wanita akan lebih aktif dan puas secara seksual menjelang usia 40 tahun dan ke atas.

Kajian ini telah menyelidik sekumpulan wanita dalam lingkungan usia 40 sehingga 100 tahun dengan median umur 67 tahun.

Separuh daripada responden ini mengatakan masih aktif secara seksual dan majoriti mereka mengatakan masih mampu untuk terangsang dan mencapai orgasma walaupun selepas menjangkau usia 80 tahun.

Antara dapatan kajian paling menarik adalah wanita yang berusia 40 ke atas dan 55 ke bawah dikatakan lebih aktif dan puas secara seksual.

“Kajian ini sangat mengejutkan kerana majoriti wanita lewat usia mengatakan mereka masih puas dengan kehidupan seks bersama pasangan”, jelas pengkaji Elizabeth Barrett-Connor.

Dalam erti kata yang lebih mudah, menopaus mungkin bukan alasan bagi wanita hambar di ranjang kerana kajian ini jelas menunjukkan bahawa wanita 40an masih mampu aktif dan puas secara seksual!

Apakah sebab yang mendasari perkara ini?

Bagi mendapatkan jawapan bagi penemuan yang agak mengejutkan ini, Barrett-Connor telah mendapatkan pandangan daripada responden dan jawapannya mungkin didasari oleh dua perkara ini:

Sekadar foreplay mungkin sudah memadai

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa kepuasan seksual hanya mampu dicapai melalui hubungan kelamin yakni penetrasi zakar ke dalam faraj semata-mata.

Sebenarnya, pemikiran sebegini harus diubah dan ditukar kerana sekadar foreplay mungkin sudah memadai buat wanita 40an atau lebih tua lagi.

Dalam erti kata yang lebih mudah, wanita lewat usia mungkin sudah tidak mendambakan kepuasan seksual melalui kemasukan zakar ke dalam faraj sahaja.

Namun sekadar sentuhan, pelukan atau ciuman mungkin sudah mampu untuk membuat mereka puas.

waktu sesuai buat seks

Seks bukan lagi keutamaan buat mereka

Penjelasan yang lain berkaitan perkara ini adalah disebabkan wanita 40an atau lebih tua lagi mungkin sudah tidak menjadikan seks sebagai keutamaan buat mereka.

Ini seterusnya menjadikan mereka akan berasa suka dan gembira meskipun tidak lagi aktif secara seksual bersama pasangan kerana bukan itu yang didambakan.

Sebaliknya, mungkin mereka lebih mengejar kebahagiaan bersama pasangan dan anak-anak melalui percakapan dan perbuatan yang menzahirkan perasaan cinta serta kasih sayang.

Pendek kata, seks bukan lagi satu perkara yang dikejar individu seperti mana usia muda dahulu.

Sila jalani kehidupan seks yang sihat dan sejahtera!

Meskipun kajian ini turut mengatakan aktiviti seksual mungkin sudah tidak lagi kerap seperti mana wanita berusia 20-an atau 30-an dulu, ia tidak akan menjejaskan kehidupan seks mereka bersama pasangan.

Ini tentu sekali didasari oleh dua perkara seperti yang kami nyatakan di atas tadi dan dipengaruhi oleh faktor kesibukan bekerja atau menguruskan keluarga yang telah dibina bersama pasangan.

Konklusinya, kajian ini telah menyatakan bahawa wanita 40an lebih aktif dan puas secara seksual dan ia adalah benar sama sekali!

Ini bermakna anda tidak boleh menjadikan usia tua atau menopaus sebagai alasan untuk kehidupan seks yang hambar di ranjang ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Ciri-ciri Wanita Menopaus Awal, Antaranya Datang HAID Seawal Usia 11 Tahun & Mandul!

Wanita yang mengalami haid awal, ketika berusia 11 tahun atau lebih muda cenderung berdepan risiko menopaus sebelum usia 40 tahun, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Menopaus 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

Kebiasaannya, sifilis banyak dikaitkan dengan lelaki. Pun begitu, tahukah anda bahawa sifilis wanita juga wujud? Jom klik artikel untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Sifilis 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Topik ini malu untuk dibincangkan tapi sebenarnya semasa seks, miss V mungkin memerlukan bantuan pelincir faraj untuk melancarkan hubungan seksual tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Wanita Lain 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Meskipun Aneh, Tapi Ada Pasangan Gemar Jilat Lubang Dubur! Nak Tahu Tak Apa Akibatnya?

Masih ada pasangan yang gemar melakukan perlakuan seks jilat lubang dubur. Adakah ia normal? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Seks Selamat 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hubungan suami istri

Kajian Kata Warga Emas Cenderung Lebih Aktif Bersetubuh, Ini Rupanya Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
sebab kencing tak lawas

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
berapa hari selepas bersama boleh mengandung

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
tips lelaki

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan