backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/05/2022

    Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

    Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan anda? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Anda perlu elakkan MASALAH KURANG TIDUR!

    Tahukah anda, rahsia seks yang anda impikan itu sebenarnya bukan bermaksud anda perlu mencuba posisi baharu atau menggunakan peralatan seks.

    Anda hanya perlu pastikan mendapat cukup tidur.

    Ini adalah fakta kerana semua orang tahu bahawa rehat yang mencukupi pada waktu malam mempunyai banyak manfaat pada kesihatan, termasuklah kehidupan seks.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

    Benarkah masalah kurang tidur boleh memberi kesan kepada kehidupan seks?

    Terdapat satu kajian yang mengatakan bahawa kurang tidur membunuh libido.

    Libido ialah terma yang digunakan untuk merujuk kepada keinginan seksual atau dorongan seksual seorang individu.

    World Health Organization (WHO) menyatakan kesihatan seksual seseorang bermaksud kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan sosial yang berkaitan dengan seksualiti ditentukan oleh tahap libido seseorang.

    masalah kurang tidur

    Kajian mendapati tempoh masa tidur yang pendek berserta kualiti tidur yang rendah mendorong kepada tindak balas seksual yang lemah.

    Masalah kurang tidur menyebabkan tenaga berkurang, tekanan meningkat, kekurangan minat pada seks serta tahap libido yang rendah.

    Ia juga boleh memberi kesan kepada hormon pertumbuhan dan testosteron pada lelaki.

    Selain itu, individu yang kekurangan tidur juga berisiko untuk mengalami masalah-masalah tersebut:

    • Memori boleh terganggu: Tidak cukup tidur akan memberi kesan kepada daya ingatan, daya memproses informasi serta keupayaan berfikir
    • Kualiti hidup terganggu: Anda akan menjadi kurang aktif dan perlahan dalam aktiviti harian
    • Kurang fokus terhadap aktiviti harian: Kekurangan tidur walaupun hanya sebanyak sejam pun sudah mampu memberikan impak kepada daya fokus kita
    • Risiko kemalangan untuk berlaku: Pemandu yang mengantuk telah menyebabkan banyak kemalangan jalan raya. Pastikan anda berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan
    • Tidur siang yang berlebihan: Jika anda tidur pada waktu siang dalam tempoh yang lama juga boleh membuatkan anda berasa lemau dan lesu sepanjang hari
    • Konflik perhubungan: Mood anda akan terganggu apabila mengantuk. Ini juga akan memberi kesan kepada hubungan dengan orang di sekeliling anda
    • Penyakit berisiko: Tekanan darah tinggi, diabetes, strok dan serangan jantung. Jika anda teruskan corak tidur yang tidak menentu, risiko untuk mendapat penyakit berbahaya dalam jangka masa panjang akan menjadi tinggi
    • Penuaan: Inilah perkara yang ditakuti terutamanya bagi kaum Hawa. Kekurangan tidur akan mencepatkan proses kedutan di muka, lingkaran hitam di bawah mata dan kulit kendur

    Masalah kurang tidur dan hormon stres kortisol saling berkait. Apabila hormon kortisol meningkat, ia akan merosakkan kolagen dalam badan yang bertindak menegangkan kulit. So girls, kalau nak kulit cantik pastikan anda cukup tidur!

    masalah kurang tidur

    Ketahui tips tidur yang berkualiti

    • Tetapkan waktu dan ikut jadual tidur

    Jika anda ingin bangun awal dengan mudah, cuba train diri anda untuk tidur dan bangun pada masa yang sama untuk suatu tempoh masa.

    Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengganggu corak tidur anda seperti tidur pada waktu petang.

    • Rancang power nap anda, bantu atasi masalah kurang tidur

    Tidur pada waktu siang sebenarnya bermanfaat kerana ia membantu anda untuk lebih segar dan bertenaga.

    Namun, tidur petang yang berlebihan membawa padah. Oleh itu, rancang jadual napping anda pada waktu dan tempoh masa yang tertentu.

    • Kawal pencahayaan ketika nak tidur

    Mengurangkan pencahayaan membantu badan anda bersedia untuk tidur.

    Melatonin ialah hormon dikawal oleh pendedahan cahaya yang membantu anda mengatur kitaran bangun tidur anda.

    masalah kurang tidur

    • Elakkan pengguna phone atau laptop sejam dua sebelum tidur

    Blue light yang dihasilkan pada skrin laptop atau phone anda boleh mengganggu. Jika perlu, gunakan peranti yang lebih kecil dan kurangkan brightness anda agar kesan blue light dapat dikurangkan.

    • Bersenam pada waktu siang, cara elakkan masalah kurang tidur

    Lebih banyak senaman yang dilakukan pada siang hari, lebih senang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti pada waktu malam.

    Senaman tidak semestinya yang berat, brisk walking di sekitar taman selama 10 minit sudah mampu meningkatkan kualiti tidur.

    Selain itu, bersenam mempunyai banyak manfaat lain kepada kesihatan seperti meningkatkan metabolisma, merangsang hormon kortisol dan menyelaraskan suhu badan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan