MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, jangkitan HPV (human papillomavirus) sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa melibatkan aktiviti seksual!

Untuk tempoh masa yang lama, doktor berpendapat dengan mengamalkan seks selamat dan mengikuti pemeriksaan kesihatan berkala sudah cukup untuk mencegah penyakit kelamin (STD).

Namun, menurut penyelidikan baru yang diterbitkan dalam jurnal Sexual Health, HPV dapat disebarkan bukan hanya dengan aktiviti seksual, malah memegang barangan yang dicemari virus ini sudah cukup untuk menjangkiti anda.

Penyelidikan tersebut telah menganalisis 51 kajian mengenai penularan HPV, dan para penyelidik menyedari virus itu turut dijumpai di saluran kelamin pada wanita perawan sebanyak 51%.

Perkara ini membuat mereka bertanya, bagaimana seseorang boleh dijangkiti HPV tanpa terlibat dengan aktiviti seksual?

Sekiranya anda juga mempunyai persoalan yang sama, teruskan membaca ya!

Apa itu HPV?

Untuk pengetahuan anda, HPV adalah singkatan daripada human papilloma virus iaitu nama sejenis virus yang banyak dikaitkan dengan ketuat kelamin dan kanser.

Virus ini boleh tersebar dari satu individu kepada individu lain menerusi penetrasi zakar ke dalam faraj atau sebarang aktiviti seks yang lain seperti seks anal mahupun seks oral.

Jangan terkeliru kerana ia adalah berbeza sama sekali dengan HIV yang menyebabkan AIDS dan HSV yang mengakibatkan herpes.

Apa yang membimbangkan adalah penyakit ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda lantas menjadikannya sangat sukar untuk dikesan terutamanya pada peringakat awal.

Disebabkan ia adalah antara STD yang paling kerap berlaku, cara mencegahnya yang paling utama adalah dengan mengambil vaksin HPV pada usia muda.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi dan ia sangat berkait rapat dengan faktor risiko berikut:

berapa kali seks untuk seminggu

  • Menghisap rokok
  • Mengambil alkohol
  • Cenderung untuk berganti pasangan
  • Berjantina lelaki
  • Sering melakukan seks oral atau seks anal
  • Sering berciuman atau berkucupan bibir bersama pasangan

Dijangkiti HPV tanpa aktiviti seksual, bolehkah?

Seperti yang anda sedia maklum, jangkitan HPV mampu berlaku dengan mudah melalui hubungan seksual, seperti seks faraj, dubur dan oral.

Tetapi ia juga boleh berlaku jika virus HPV bersentuhan dengan selaput lendir atau cairan tubuh seperti mulut, bibir, dubur dan bahagian alat kelamin.

Kondom, apabila digunakan dengan betul, dapat mengurangkan risiko penularan HPV. Pun begitu, ia masih tidak memberikan perlindungan 100% terhadap virus ini.

Berbalik kepada persoalan utama yang hendak dibincangkan, adakah mustahil untuk dijangkiti HPV tanpa melakukan hubungan intim?

Jawapannya, virus ini tidak hanya dapat disebarkan melalui aktiviti seksual yang melibatkan cairan tubuh, tetapi sentuhan kulit ke kulit dan menyentuh barangan tercemar juga sudah cukup untuk menjangkiti anda!

Sebagai contoh, anda berpotensi untuk dijangkiti virus HPV sekiranya anda duduk atau memegang tempat individu yang dijangkiti, dan ia boleh berlaku di gim, kedai makan malah di klinik!

Cara mengurangkan risiko jangkitan?

kondom tersekat dalam faraj

Walaupun masih tiada bukti bagaimana HPV boleh berjangkit, dengan penggunaan kondom atau dental dam (lapisan lateks nipis yang elastik) secara konsisten dan betul semasa melakukan hubungan intim atau seks oral, pastinya peluang dijangkiti akan berkurangan.

Tetapi itu tidak bermakna bahawa HPV oral boleh dicegah 100% jika anda menggunakan kondom atau dental dam.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk memastikan bahawa anda tidak dijangkiti HPV adalah dengan tidak mengadakan hubungan seks dan mendapatkan vaksin HPV.

Di samping itu, pastikan anda selalu mengambil langkah berjaga-jaga daripada terdedah dengan virus ini terutamanya di tempat awam.

Sering mencuci tangan menggunakan sabun, elak memakai seluar pendek apabila mengunjungi gim dan melakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian Pap smear secara berkala boleh mengurangkan risiko dijangkiti HPV.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, terus berjumpa doktor untuk mendapatkan jawapan, bimbingan dan rawatan lanjut.

Antara rawatan penyakit HPV

Disebabkan virus yang menyebabkan penyakit ini muncul selepas masa yang sangat lama akibat inkubasi, maka rawatan bagi jangkitan HPV adalah bergantung kepada jenis penyakit:

  • Ketuat: Cara paling mudah untuk merawat ketuat adalah dengan menyapu bahan krim yang telah dipreskripsi oleh doktor. Bagi merawat ketuat yang keras, anda juga boleh menggunakan rawatan haba (penyejukan) untuk menghilangkannya. Namun ketahuilah bahawa kondisi ini mungkin akan bertahan selama beberapa bulan semasa menerima rawatan
  • Kanser: Doktor akan memberi rawatan bergantung kepada tahap tumor, status serta kondisi kesihatan seseorang pesakit. Bagi  kanser, anda perlu diperiksa dengan lebih kerap bagi mengelakkan risiko penyakit menjadi lebih teruk. Untuk mengelakkan ketuat berlaku dengan lebih teruk pula, ia perlu dibuang dengan teknik pembekuan, pembedahan atau penyuntikan ubatan

Pun begitu, mencegah sememangnya adalah lebih baik daripada mengubati bukan? Oleh itu, usah lagi bertangguh untuk mengambil vaksin HPV ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

Ada individu yang bertanya, adakah terdapat manfaat seks untuk kesihatan jantung? Dan, berbahaya ke untuk melakukan seks jika mempunyai penyakit jantung?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Yang Dijangkiti HPV, Baca Ini Untuk Tahu Apa Kesannya Terhadap Kandungan!

Ibu yang sedang hamil dan dijangkiti HPV, ketahuilah bahawa terdapat risiko mengandung yang boleh terjadi kepada kandungan. Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/11/2020 . 3 minit bacaan

Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

Mungkin ramai yang masih belum cakna mengenai penyebab kanser kolon yang sebenar bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser, Kanser Kolorektal 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

Adakah wanita boleh hamil selepas haid tamat 1 hari dan seks dilakukan pada waktu ini? Jom kita klik artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

berus gigi

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
apa itu STD

Selain HIV & HPV, Ada Lagi Jangkitan Kelamin Yang Tidak Boleh Sembuh! Apakah Ia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
seks dan teknologi

Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
vulva bengkak wanita

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan