Cabut Kondom Tanpa Izin Ketika Bersetubuh Dikira Serangan Seksual, Wanita Kena Ambil Tahu Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ada aksi seks baharu yang dikenali sebagai stealthing. Tapi tahukah anda, perlakuan tersebut dianggap sebarang serangan seksual? Ini penjelasan yang perlu anda fahami.

Aksi seks vs serangan seksual

Banyak nama pelik yang digunakan bagi menggambarkan aksi seks yang dilakukan semasa hubungan seksual. 

Ada satu trend terbaharu dikenali sebagai stealthing. Ia adalah 1 aksi mencabut kondom yang dipakai ketika hubungan seksual berjalan tanpa pengetahuan pasangan.

Dalam penerangan mudah, ia dilakukan secara curi-curi, seperti mencuri. 

Perlakuan seks itu pada dasarnya dianggap sebagai 1 bentuk serangan seksual yang berisiko bagi kedua-dua pasangan, terutamanya wanita.

Anda mungkin rasa seperti pertama kali mendengarnya, kan? Hakikatnya aksi seks tersebut sudah lama wujud, cuma kali ini ia diberikan nama baharu.

Malahan di Malaysia sendiri pernah wujud kes kondom dicabut semasa hubungan seks berlaku pada tahun 2019.

Istilah stealthing digunakan kerana ia kedengaran lebih berbahaya berbanding ‘serangan seksual’ yang pada kebanyakan individu adalah perkara biasa.

Mengapa aksi seks stealthing dianggap serangan seksual?

Apabila anda bersetuju melakukan hubungan seks, ini bermakna anda menunjukkan minat dengan tindakan tertentu berdasarkan keadaan yang dipersetujui.

Pun begitu, sekiranya si suami mengubah salah satu syarat ini, ia bukan lagi hubungan intim yang mendapat persetujuan bersama. 

aksi seks stealthing

Dalam stealthing, anda mempersetujui untuk melakukan seks dengan kondom. 

Sekiranya pasangan menanggalkan kondom tanpa memberitahu dan tidak mendapat persetujuan bagi melakukan seks tanpa kondom, ia sekali gus dianggap sebagai seks yang tidak dipersetujui. 

Awas! Melakukan aksi seks tanpa persetujuan adalah serangan seksual atau pemerkosaan.

Dalam perspektif hubungan seks yang selamat, tindakan menanggalkan kondom tanpa pengetahuan pasangan mempunyai implikasi besar terhadap risiko kehamilan atau jangkitan penyakit kelamin (STD).

Kenapa aksi seks stealthing dilakukan?

Mesti anda tertanya-tanya mengapa perlakuan seks sebegitu dilakukan, kan? Pada dasarnya, tiada sebarang alasan yang baik untuk melakukannya. 

Hubungan seks adalah 1 aksi intim bagi kebanyakan individu sama ada secara fizikal atau emosi. Manakala stealthing adalah perbuatan yang mengkhianati kepercayaan si isteri.

Ia boleh menyebabkan pasangan anda berasa marah, ditipu, malu, takut bahkan mungkin mengalami trauma.

Pun begitu, berikut adalah beberapa alasan yang diberikan oleh individu yang cuba untuk melakukan aksi seks yang tidak bermoral ini:

  • Tidak gemar memakai kondom
  • Berasa berhak untuk melakukan ejakulasi dalam faraj pasangan, tanpa menghiraukan persetujuan asal
  • Mempunyai sikap mementingkan kepuasan diri sendiri
  • Tidak menghiraukan perasaan atau keselamatan pasangan
  • Berasakan mereka mempunyai kuasa lebih tinggi daripada pasangan
  • Menganggap ia tindakan lucu atau sengaja mahu memalukan pasangan
  • Menganggap tindakan tersebut baik untuk memuaskan pasangan atau lebih seksi

Hakikatnya, sebab yang diberikan adalah tidak boleh diterima dan dianggap sebagai 1 alasan untuk melakukan serangan seksual. 

Tindakan yang perlu dilakukan

Apa yang perlu anda lakukan jika pasangan anda melakukan stealthing kepada anda?

Sekiranya anda syak kondom telah ditanggalkan semasa hubungan seksual, berikut beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk melindungi tahap kesihatan anda:

  1. Bukan salah anda

Perkara paling utama adalah untuk mengetahui bahawa ia bukan kesalahan anda. 

Ini kerana anda telah bersetuju untuk melakukan aksi seks dengan kondom dan pasangan anda mencabutnya tanpa bertanyakan kepada anda.

Ia bermakna mereka telah melanggar perjanjian yang telah dibuat sebelum melakukan seks bersama. 

  1. Melakukan pemeriksaan kesihatan

Jika stealthing berlaku, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan seksual anda. 

Jalani ujian untuk memastikan keadaan sebenar tahap kesihatan anda. Ini membolehkan anda mengetahui langkah seterusnya dalam penjagaan kesihatan. 

Jika anda bimbang dengan kemungkinan hamil, pengambilan kontraseptif kecemasan boleh membantu sehingga 5 hari selepas hubungan seks berlangsung. 

  1. Berbincang dengan pasangan

Jika anda masih berasa selamat dengan pasangan, berbincanglah dengan si dia.

Biarkan si dia mengetahui bahawa aksi seks yang dilakukan tersebut adalah tidak wajar dan telah melanggar perjanjian bersama untuk memakai kondom.

Jelaskan kepadanya bagaimana perlakuan seks itu boleh meningkatkan risiko kehamilan atau jangkitan STD.

serangan seksual

  1. Bantuan pakar

Seperti dinyatakan, stealthing yang dilakukan secara curi-curi ini boleh menyebabkan anda mengalami kesan emosi atau psikologi.

Jika anda tidak berani untuk meluahkan kepada pasangan, berkongsilah masalah anda dengan individu yang dipercayai atau profesional.

  1. Alat pencegahan kehamilan

Terdapat banyak kaedah kawalan kelahiran yang tidak boleh dirosakkan oleh pasangan anda. Antaranya seperti suntikan, implan atau IUD

Jika anda sudah menggunakan sebarang bentuk alat kontraseptif, jangan lupa untuk tetap menyediakan pil kontraseptif kecemasan!

Saling menghormati

Dalam ikatan suami isteri, perhubungan yang sihat perlulah berlandaskan kepercayaan, rasa hormat dan persetujuan bersama. 

Pasangan anda berhak untuk berasa selamat dan disokong dalam hubungan yang terjalin. Pastinya tiada siapa mahu melakukan serangan seksual kepada pasangan, kan?

Sebaiknya, antara suami isteri haruslah menghormati kehendak pasangan apabila memilih untuk menggunakan kondom sebagai alat kawalan kelahiran semasa hubungan seks. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

Baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar? Adakah terdapat cara mempercepatkan bukaan rahim? Ada 9 petua mudah bersalin untuk anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/10/2020 . 3 minit bacaan

Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

Berdepan masalah ereksi, dan malu dengan pasangan? Ia pasti berkaitan masalah mati pucuk. Tapi ada ke cara penyelesaian untuk keadaan itu? Jawapannya ada!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

Apabila bercakap berkenaan masalah seksual lelaki, pastinya ia topik yang kurang digemari. Tapi apa mitos tentang mati pucuk yang biasa anda dengar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 30/09/2020 . 3 minit bacaan

5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

Mengapa masih tidak hamil sedangkan ketika tempoh subur anda melakukan hubungan seks? Apakah punca yang mungkin menjadi penyebabnya? Ikuti penjelasan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah kesuburan wanita

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
bahaya stress ketika mengandung

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
tanda wanita ghairah

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan