Bagi menjaga kerukunan rumah tangga, ada caranya jika anda ingin beritahu hubungan suami isteri hambar berkenaan prestasi yang tidak memuaskan di atas ranjang. Anda perlu mencari waktu yang sesuai untuk berbincang berkenaan hal ini tanpa perlu menyinggung perasaan pasangan anda.
Apabila berbicara berkenaan hal-hal seks, ia semestinya melibatkan dua pihak yang saling memberi kepuasan dan kenikmatan antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, jika anda seorang sahaja yang mendapat kepuasan daripada aktiviti seks tersebut, maka gunakan kaedah-kaedah berikut untuk berbincang dengan pasangan anda.
Kenapa hubungan suami isteri hambar
Ramai pasangan yang sering mengharapkan suasana yang erotik saat berasmara. Encik suami mungkin menharapkan isterinya untuk berperanan dengan lebih liar dan aktif. Mungkin juga si isteri mengharapkan layanan yang lebih agresif daripada suaminya sehingga klimaks.
Walau bagaimanapun, apa yang kita jangkakan tidak selalunya menjadi kenyataan. Ada sahaja masalah yang sering berlaku dalam kehidupan seks pasangan suami isteri.
Berdasarkan laman web Patient.info, kaji selidik yang dilakukan oleh National Health and Social Life Survey menunjukkan bahawa 75% lelaki mengalami klimaks, manakala hanya 29% wanita yang mengalami klimaks ketika seks.
Kajian lain pula menyatakan bahawa dalam kalangan 7,000 wanita di Britain yang berusia 16 hingga 74 tahun, 10 orang dilaporkan mengalami kesakitan sewaktu melakukan seks. Sementara itu, menurut Merck Manual, 50% lelaki yang berusia antara 40 hingga 70 tahun mengalami masalah mati pucuk.
Permasalahan seks yang berlaku seperti di atas mungkin sahaja turut terjadi dalam kalangan pasangan suami isteri di Malaysia. Walaupun begitu, masih terdapat cara yang boleh dilakukan agar seks menjadi lebih memuaskan untuk anda dan juga pasangan.
Cara memberitahu pasangan akan hubungan suami isteri hambar
Kami tahu, anda akan berasa tidak begitu selesa ketika ingin berbincang bersama pasangan anda berkenaan permasalahan ini. Untuk memulakannya, ketahui cara yang terbaik untuk memberitahu si dia agar seks kembali memuaskan bagi kedua-dua belah pihak.
#1. Cari waktu yang sesuai antara pasangan suami isteri
Cara memberitahu pasangan suami isteri yang pertama adalah dengan mencari waktu yang sesuai. Sebaiknya, jangan terus memberitahu pasangan anda berkenaan perkara ini pada awal perkahwinan.
Anda boleh mengajak pasangan anda untuk bersantai terlebih dahulu seperti menonton televisyen atau meminum kopi pada waktu petang. Berbual dengan topik yang lebih santai terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan berkenaan prestasi pasangan suami isteri.
#2. Jangan menyalahkan si dia
Kedua, jangan sesekali menyalahkan pasangan suami isteri disebabkan oleh prestasinya yang kurang memuaskan. Anda boleh menyuarakan harapan, keinginan dan juga kebimbangan anda dengan jujur.
Dalam situasi di mana anda tidak begitu puas dengan pasangan anda disebabkan kurang mengalami klimaks, anda boleh berbual mengenai hal ini secara santai.
Contohnya, “Saya dah beberapa kali tidak klimaks sewaktu bersama dengan abang. Saya ada membaca sesuatu di majalah berkenaan satu posisi ni. Mungkin nanti kita boleh cuba.”
Bercakaplah tanpa menunjukkan sebarang emosi dan halakan perbincangan ke arah penyelesaian, bukannya menyalahkan antara satu sama lain.
#3. Teroka posisi seks dan sentuhan baharu elak hubungan suami isteri hambar
Ajak pasangan suami isteri untuk meneroka gaya seks yang baharu. Kadangkala, gaya atau posisi seks yang sama agak membosankan dan ia menjadi sekadar rutin ketika berhubungan.
Tidak ada salahnya jika anda ingin mengutarakan posisi seks yang lebih mengghairahkan kepada pasangan anda. Ini akan membuatkan aktiviti seks anda menjadi lebih hot dan ghairah.
Anda boleh mengajak si dia untuk melihat pelbagai jenis gaya atau posisi seks di majalah-majalah atau artikel di laman web.
Elak hubungan suami isteri hambar dengan lakukan cara ini. Ketika anda ingin memulakan langkah semasa berhubungan, berikannya sesuatu yang berlainan berbanding kebiasaan seperti urutan yang menggoda, berikan sedikit godaan yang berbeza atau gurauan bersifat seksual.
#4. Terus berbincang berkenaan penyelesaian
Jika pasangan anda memiliki masalah tertentu seperti faraj yang kering, monopaus, penyakit jangkitan seksual, atau mati pucuk, cuba cari jalan penyelesaian secara bersama.
Tunjukkan sokongan anda kepada pasangan, dengan mengajak si dia untuk berjumpa dengan doktor perubatan. Jangan lupa untuk sentiasa menemani pasangan anda semasa dia menjalani rawatan.
Konklusi
Melalui cara-cara yang dinyatakan seperti di atas, anda akan dapat menyelesaikan masalah hubungan suami isteri hambar di atas ranjang tanpa perlu menyinggung perasaannya.
Jangan sesekali mendahulukan emosi dalam setiap permasalahan, kerana setiap perkara boleh diselesaikan melalui perbincangan tanpa serangan yang melulu.
[embed-health-tool-ovulation]