Apakah itu dos ubat berlebihan? Apakah simptom-simptomnya, dan apakah yang perlu dilakukan jika seseorang mengalaminya. Artikel di bawah akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Apakah itu dos ubat berlebihan? Apakah simptom-simptomnya, dan apakah yang perlu dilakukan jika seseorang mengalaminya. Artikel di bawah akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Dos berlebihan berlaku apabila ubat, kombinasi ubat-ubatan, yang ditetapkan atau ubat-ubatan tanpa preskripsi diambil dalam jumlah, masa atau saranan yang tidak sesuai.
Apabila seseorang terlebih dos, mengikut tahap, keadaan kesihatan pesakit dan jenis ubat-ubatan yang mereka ambil, terdapat pelbagai tanda-tanda dan simptom yang berbeza. Tambahan pula, disebabkan badan setiap orang berbeza, tindak balas yang dialami juga berbeza antara satu sama lain.
Secara umumnya, tanda-tanda dan simptom pengambilan ubat berlebihan termasuklah: pening, halusinasi, kekeliruan, muntah, sawan, kesukaran bernafas (atau berhenti bernafas), loya, mengantuk, pendarahan dalaman, kejang perut, gangguan visual, koma, berdengkur, cirit-birit, dan lain-lain.
Terdapat dua sebab utama yang berpotensi menyebabkan pengambilan ubat berlebihan.
Pengambilan secara tidak sengaja: Seseorang yang mengambil jenis ubat yang salah, atau menggabungkan ubat-ubatan secara salah, pada masa yang salah dan dalam jumlah yang salah tanpa mengetahui akibatnya.
Menyalahgunakan ubat atau kombinasi ubat-ubatan dengan sengaja: Seseorang yang mengambil ubat-ubatan untuk melepaskan gian, untuk melarikan diri dari keadaan hidup yang tidak diingini, atau untuk memudaratkan diri.
Jika anda melihat kes pengambilan ubat berlebihan, ikuti langkah ini:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen