Makanan yang Cepat Mengenyangkan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat pelbagai makanan yang boleh memuaskan kelaparan anda dengan cara yang berbeza. Sebagai contoh, 200 kalori daripada daging boleh memenuhi keinginan anda tetapi 200 kalori brokoli pasti boleh mengisi perut anda.

Pakar pemakanan telah mengkaji rasa “kenyang” selama lebih daripada satu dekad. Mereka mendapati bahawa protein mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan, oleh itu, ia akan membuat perasaan kenyang tahan lebih lama. Makanan yang tinggi dalam kandungan air dan serat  juga boleh membantu rasa kenyang.

Kentang

Kajian telah memutuskan bahawa mereka yang memilih kentang berbanding beras perang  merasa lebih kenyang walaupun selepas 2 jam makan. Kentang adalah sangat tinggi dalam karbohidrat, vitamin dan mineral seperti vitamin C dan kalium. Kentang memberi anda tenaga dan memastikan anda kenyang untuk tempoh yang lama sama ada direbus atau dimasak.

Sup 

Sup tinggi dalam kandungan air dan rendah kalori. Sup daripada air rebusan atau air kosong dengan sayur-sayuran cincang dan kacang adalah lebih baik daripada sup berkrim daripada keju dan produk tenusu.

Telur

Telur adalah 100% protein dan separuh daripada proteinnya terdapat dalam kuning telur. Satu kajian mendapati bahawa mengambil telur untuk sarapan pagi akan mengurangkan pengambilan kalori  sepanjang hari berbanding mengambil roti. Jika telur kedengaran membosankan kepada anda, cuba gabungkan dengan lobak merah, bayam, tomato dan daun bawang dalam telur hancur anda untuk menambah isi padu telur dan kalori dalam sarapan pagi anda.

Oat

Oat selalu berada dalam senarai diet wanita kerana ia kaya dengan serat dan rendah kalori. Satu cawan oat apabila dimasak dengan susu atau air boleh berkembang dalam mangkuk penuh bergantung kepada ketebalan yang dikehendaki. Dalam satu kajian baru-baru ini, penyelidik mendapati bahawa berbanding dengan bijirin segera, memakan oat akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Bertih jagung

Saranan yang dimaksudkan di sini adalah bertih jagung buatan sendiri bukan yang dibeli di pawagam bersalut mentega dan keju serbuk. Bertih jagung merupakan gandum penuh, tinggi serat dan rendah tenaga. Jadi, gantikan semua keropok anda dengan beg bertih jagung. Mengambil semangkuk bertih jagung akan membuatkan anda berasa kenyang dan mengelakkan keinginan mengisi perut lagi.

Yogurt Greek

Berbeza daripada yogurt biasa, yogurt Greek mempunyai konsistensi yang lebih tebal, lebih protein dan kurang gula. Mengambil secawan yogurt Greek untuk sarapan pagi pada hari anda terlewat bangun pagi adalah idea yang bernas. Yogurt Greek juga boleh menjadi pilihan yang sesuai jika anda berdiet.

Smoothie

Kisar buah dengan susu rendah lemak atau yogurt Greek untuk smoothies yang hebat. Ia dipenuhi dengan mineral, nutrien, vitamin, serat dan lemak sihat yang benar-benar boleh membantu untuk memuaskan kelaparan anda.

Kacang

Kacang, secara umumnya, adalah sumber lemak yang sihat, terutamanya walnut kerana ia mengandungi asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk otak anda. Ia akan menjadi lebih baik untuk mengunyah kacang anda lebih daripada 40 kali dalam satu kajian yang telah membuktikan bahawa ini akan meningkatkan rasa kenyang dan bertahan lebih lama.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

    Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

    Memahami Apa Itu Bulking Dan Cutting

    Dalam proses untuk mendapatkan badan yang ideal (lean), seseorang itu perlu melalui dua fasa penting iaitu bulking dan cutting.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 02/07/2020 . 2 minit bacaan

    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Kalian tahu apa itu kerak usus? Ada orang kata ia adalah punca sebenar perut boroi. Adakah ia fakta atau mitos? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

    Pasti anda pernah mendengar mengenai piramid makanan bukan? Adakah ia masih relevan untuk diamalkan atau perlu diganti dengan diet suku-suku separuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kencing manis jenis 2

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit bulimia nervosa

    Paksa Muntah Kembali Makanan Boleh Bawa Maut, Ada 11 Tanda Penyakit Bulimia, AWASINYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan makan

    Nafsu Makan Tiba-tiba Memuncak? Ia Bukan Sekadar Tabiat, Tapi Sejenis Gangguan Pemakanan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    jenis buah-buahan

    Ini 10 Buah-Buahan Yang Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan