Pernahkah anda dengar mengenai larangan mencampurkan makanan laut dan makanan darat? Pantang larang ini amat sinonim dalam kalangan mereka yang beragama Islam.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernahkah anda dengar mengenai larangan mencampurkan makanan laut dan makanan darat? Pantang larang ini amat sinonim dalam kalangan mereka yang beragama Islam.
Nasihat yang sama selalu diulang-ulang lebih-lebih lagi pada waktu perayaan. Menurut mereka, makan ayam, ikan, daging atau telur dalam satu pinggan boleh mendatangkan mudarat.
Kalau hendak makan lauk ayam, lebih baik makan ayam sahaja tanpa mencampurkannya dengan daging lain.
Ramai antara kita yang mengamalkan amalan ini dalam kehidupan seharian untuk mengelakkan penyakit.
Walau bagaimanapun, benarkah terdapatnya bukti saintifik mengenai keburukan makan daging daripada laut bersama-sama daging daripada darat?
Jom ikuti kupasan kami di bawah.
Baca lebih lanjut tentang Pemakanan Sihat di sini.
Ramai yang mengaitkan amalan ini dengan gaya pemakanan Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, menurut Mufti Wilayah Persekutuan di dalam blog beliau, tidak ada halangan sedemikian tertulis dalam Al-Quran.
Namun, menurut beliau lagi, jika terbukti dari segi saintifik bahawa mencampurkan makanan tersebut boleh membawa mudarat, maka kita haruslah mengelakkannya untuk tujuan kesihatan.
Tambah lagi, amalan ini mungkin berakar umbi daripada amalan orang dulu-dulu yang jarang mencampur-adukkan makanan mereka.
Selalunya, mereka mempunyai bilangan lauk yang sedikit dan selesa makan cuma satu hidangan daging sahaja setiap hari.
Selain itu, dalam Islam, kita juga meraikan amalan yang menggalakkan semua orang untuk bersederhana dalam menjamu selera.
Pendek kata, tidak ada masalah jika anda ingin makan daging ayam, ikan dan lembu dalam satu pinggan asalkan makanan tersebut berasal daripada sumber yang halal.
Ada juga yang berpendapat daging daripada laut dan daripada darat mempunyai masa pencernaan yang berbeza-beza, sebab itulah ia tidak boleh dimakan sekali gus!
Sebenarnya, perkara ini adalah tidak benar sama sekali. Tidak kiralah makanan apa pun yang dimakan, tempoh pencernaannya tetap sama.
Selepas makan, makanan memerlukan masa selama 6 hingga 8 jam untuk melepasi bahagian perut dan juga usus kecil.
Kemudiannya, makanan akan masuk ke dalam usus besar untuk pencernaan yang lebih lanjut.
Makanan yang anda makan mungkin memerlukan lebih kurang 36 jam untuk dicerna sebelum ia melepasi kesemua bahagian usus.
Semua proses ini, daripada masa makanan tersebut masuk melalui mulut hinggalah ia keluar daripada badan sebagai tinja mungkin makan masa selama 5 hari, bergantung kepada individu.
Tidak ada sebab mengapa makanan mempunyai masa pencernaan yang berbeza. Oleh sebab itu, jangan mudah percaya kata orang ya!
Ramai orang yang menyangka makan banyak daging merupakan sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan.
Memang benar, sebenarnya makan daging merah amat berkait rapat dengan kanser, terutamanya kanser kolon.
Ada beberapa kajian yang mendapati pengambilan daging merah yang tinggi setiap hari dapat meningkatkan risiko kanser termasuklah kanser prostat, buah pinggang dan payudara.
Namun, kebanyakan kajian mendapati hanya daging merah sahaja yang mempunyai kaitan dengan kanser. Daging putih seperti daging ayam dan daging ikan masih boleh dimakan seperti biasa.
Oleh sebab itu, ada orang yang terus menjauhi daging merah, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kanser kolon.
Disebabkan perkara di atas, makanan yang mencetuskan banyak kontroversi ini membuatkan ramai orang jadi pening dan tidak dapat membuat keputusan dengan betul.
Sebenarnya, boleh ke tidak makan daging?
Yang sebetulnya, daging merupakan sumber protein dan mineral yang amat baik untuk anda.
Namun, jika anda seorang penggemar daging, anda perlu hadkan jumlah pengambilan kepada sekitar 70 gram sahaja dalam masa sehari.
Daging seperti daging ayam, kambing dan lembu semuanya kaya dengan protein. Tetapi, bukan daging sahaja yang boleh menjadi sumber protein dalam makanan harian.
Ada sesetengah individu yang memilih untuk tidak mengambil daging sebagai sebahagian daripada diet mereka setiap hari.
Walau bagaimanapun, mereka yang memilih untuk tidak makan daging masih boleh memenuhi keperluan nutrien badan dengan mengambil makanan lain seperti kekacang atau tofu.
Jika anda suka makan daging, ada beberapa tip yang berguna bagi memastikan ia kekal baik untuk kesihatan anda:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen