Keladi
Merupakan ‘sepupu’ kepada kentang. Mengandungi lebih banyak serat berbanding kentang dan adalah sumber yang baik untuk kalium, vitamin C, kalsium, vitamin E, vitamin B dan mineral surih. Daun keladi juga sumber serat yang baik – rasa seperti bayam cuma tekstur lebih keras. Ia merupakan makanan hebat yang kaya dengan nutrien tetapi pastikan anda masak dengan sempurna terlebih dahulu sebelum memakannya. Keladi mentah mengandungi kalsium oksalat – yang akan membuat mulut menjadi kebas dan jika diambil dalam jumlah yang banyak, anda akan merasa seperti tercekik. Toksin ini juga menyumbang kepada masalah batu karang, kerengsaan kulit – jadi kendalikan keladi mentah dengan sarung tangan.
-
Cendawan
Mengandungi pelbagai manfaat termasuk bersifat antioksidan, vitamin B dan kalium. Namun, dipercayai, untuk mengeluarkan semua manfaat yang terkandung dalam cendawan, ia perlu dimasak terlebih dahulu. Cendawan mentah amat sukar untuk dicerna dan mengandungi kandungan toksin yang tinggi. Malah, jika anda memakan cendawan mentah, ia berkemungkinan akan menyebabkan gangguan pada gastrousus anda.
-
Ayam
Pernahkah anda terfikir untuk memakan ayam mentah? Jika pernah, lupakan sahaja keinginan anda itu. Ini kerana ayam, merupakan antara makanan tidak boleh dimakan mentah kerana dianggap sebagai antara makanan utama penyebab keracunan makanan. Makan ayam mentah, meningkatkan risiko anda untuk dijangkiti bakteria salmonella dan campylobacter. Antara simptom yang akan dialami jika memakan ayam mentah adalah loya, muntah, kekejangan perut, dan cirit-birit.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen