Makanan Pedas dan Peningkatan Risiko Menghidap Demensia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Trend menikmati makanan yang pedas atau ‘over spicy’ bukanlah satu trend yang baharu. Sepertimana trend-trend lain, trend memakan makanan pedas juga mempunyai musim atau turun naiknya. Terdapat pelbagai cabaran memakan makanan pedas yang sering diuar-uarkan di media sosial yang pada akhirnya menjadi satu trend atau seolah-olahnya sebagai satu kewajipan bagi pengikut-pengikut media sosial. Tetapi tahukah anda, terdapat satu lagi kesan yang mengejutkan akibat memakan makanan yang pedas selain daripada mengakibatkan sakit perut? Penyelidikan terbaru yang melibatkan University of South Australia menunjukkan pemakanan makanan pedas boleh dikaitkan dengan demensia.

Kajian yang dijalankan selama 15 tahun terhadap seramai 4,582 orang dewasa Cina berusia lebih dari 55 tahun mendapati, terdapat bukti penurunan kognitif yang lebih cepat dalam kalangan mereka yang memakan lebih daripada 50 gram cili sehari secara konsisten. Penurunan memori berlaku dengan lebih ketara sekiranya pemakan cili tersebut adalah seorang yang kurus.

Kajian yang diketuai oleh Dr Zumin Shi dari Universiti Qatar menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan lebih daripada 50 gram cili sehari mempunyai dua kali ganda risiko penurunan memori dan kognisi yang kurang baik.

Menurut beliau lagi, penggunaan cili didapati bermanfaat untuk berat badan dan tekanan darah dalam kajian terdahulu. Namun, dalam kajian ini, mereka telah mendapati terdapat kesan buruk terhadap kognisi dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua.

Ahli epidemiologi University of South Australia, Dr Ming Li, yang merupakan salah seorang daripada lima orang penyelidik yang terlibat dalam kajian tersebut berkata, pengambilan cili tersebut termasuklah kedua-dua cili segar dan kering tetapi tidak termasuk lada benggala atau lada hitam.

Menurut Dr Ming Li, cili adalah salah satu rempah yang paling biasa digunakan di dunia dan sangat popular di Asia berbanding negara-negara Eropah. Menurut beliau lagi, di kawasan tertentu di China, seperti Sichuan dan Hunan, hampir satu daripada tiga orang dewasa mengambil makanan pedas setiap hari.

Capsaicin adalah komponen aktif dalam cili yang dilaporkan mempercepat metabolisma, kehilangan lemak dan menghalang gangguan pembuluh darah. Walau bagaimanapun, kajian terbaharu ini merupakan kajian longitudinal yang pertama untuk mengkaji hubungan antara pengambilan cili dan fungsi kognitif.

Mereka yang makan banyak cili mempunyai pendapatan dan indeks jisim badan (BMI) yang lebih rendah dan lebih aktif secara fizikal berbanding mereka yang bukan penggemar cili. Penyelidik menyatakan bahawa mereka yang mempunyai berat badan normal mungkin lebih sensitif terhadap pengambilan cili berbanding daripada individu yang berlebihan berat badan, oleh itu memberi kesan terhadap ingatan dan berat badan. Tahap pendidikan juga boleh memainkan peranan dalam penurunan kognitif dan perkaitan atau hubungan ini memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Bagaimana cili menyebabkan rasa ‘panas’

Bahan yang bertanggungjawab untuk menghasilkan rasa ‘hot and spicy’ pada cili adalah capsaicin. Capsaicin menyebabkan rasa panas dan berempah ini dengan mengaktifkan saraf trigerminal di samping merangsang reseptor deria rasa yang biasa. Rasa pedas itu hasil daripada pengaktifan saraf yang mengekspresikan reseptor TRPV1 dan juga reseptor TRPA1. Selain capsaicin, terdapat juga beberapa kompaun semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang lain yang berupaya untuk memberikan rasa pedas dan panas yang sama. Antaranya adalah piperine dalam lada hitam, gingerol dalam akar halia dan juga kompaun allyl isothiocyanate dalam lobak kuda.

Sekiranya anda mempunyai rakan mahupun keluarga yang berketurunan Eropah, anda mungkin akan menyedari bahawa mereka mempunyai daya tahan yang sangat rendah terhadap makanan pedas. Oleh sebab itu, diet dan makanan dalam budaya mereka tidak mempunyai elemen pedas ataupun penggunaan bahan pedas yang banyak. Walaupun di kedai makanan segera mereka juga, tidak terdapat sos pedas sebagai pilihan, yang ada hanyalah sos tomato (ketchup). Pemerhatian ini mungkin akan menyebabkan anda berasa hebat berbanding mereka kerana anda boleh mengambil makanan pedas dengan bersahaja. Namun yang demikian, terdapat individu lain yang boleh mengambil makanan yang jauh lebih pedas daripada anda dengan penuh bersahaja, menunjukkan daya tahan yang lebih tinggi terhadap ‘kepanasan’ dalam hidangan dan makanan mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nyanyuk Sampai Makan Pun Lupa? Penjaga Pesakit Alzheimer Perlu Buat 5 Perkara Ini!

    Apa itu penyakit Alzheimer? Ia adalah punca utama nyanyuk (demensia). Kesannya, sampai makan pun boleh lupa. Ini yang penjaga pesakit perlu buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Suka Makan Pedas Sewaktu Berbuka? Ini RISIKO Yang Akan Jadi Pada Tubuh Anda

    Anda mungkin salah seorang peminat makanan pedas kan? Jika ya, adakah anda tahu kesan makan pedas sewaktu berbuka sebagai pilihan makanan bulan Ramadan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Tanduk Bola Sepak Boleh Tingkat Risiko Demensia, Alzheimer?

    Anda seorang pemain bola sepak dan biasa menanduk bola? Mungkin anda perlu mengurangkannya atau lebih baik menghentikannya bermula sekarang. Mengapa ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 16/02/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit demensia

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    Penyakit Alzheimer

    Penyakit Alzheimer Dan Demensia, Yang Mana Satu Digelar Nyanyuk? Kenali Perbezaannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    senaman kardio

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan