Ketidakjaminan Makanan Pengaruhi Keupayaan Belajar

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ketidakjaminan makanan (food insecurity) – iaitu akses terhad kepada makanan yang cukup, selamat dan berkhasiat di rumah – telah memberi impak yang negatif terhadap keupayaan pembelajaran remaja di India, berdasarkan penemuan penyelidikan baharu.

Pasukan penyelidik menyiasat ketidaksamaan dalam pencapaian pembelajaran pada 12 tahun dengan mengkaji skor ujian. Mereka kemudiannya melihat sama ada ketidakjaminan makanan di rumah pada usia 5, 8 dan 12 tahun dikaitkan dengan skor ujian yang rendah pada usia 12 tahun. Sekitar 47% kanak-kanak yang dikaji telah mengalami ‘ketidakjaminan makanan’ di rumah mereka – ini termasuklah mengabaikan atau melangkau waktu makan, makan secara kurang berbanding apa yang diperlukan oleh tubuh dan faktor keluarga yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan – pada beberapa tahap semasa tempoh pemerhatian. 18% daripada keluarga terkaya dalam kajian tersebut juga mengalami ketidakjaminan, sekaligus menerangkan bahawa ketidakjaminan makanan bukanlah semata-mata satu masalah bagi kemiskinan.

Ketidakjaminan makanan bagi semua peringkat umur telah menghalang pembelajaran. Data menunjukkan skor-skor bagi perbendaharaan kata, bacaan, matematik, bahasa tempatan (Telugu) dan skor bahasa Inggeris, lebih rendah bagi kanak-kanak di awal keremajaan. Kanak-kanak yang mengalami ketidakjaminan makanan pada usia 5 tahun atau ketidakjaminan makanan yang kronik mempunyai skor terendah dalam semua hasil kajian. Ketidakjaminan makanan awal dan kronik adalah ramalan yang paling konsisten terhadap kemahiran kognitif yang merosot pada usia 12 tahun, terutamanya bagi perkembangan membaca dan perbendaharaan kata.

Ketidakjaminan makanan pada pertengahan zaman kanak-kanak dan awal remaja dikaitkan dengan keupayaan yang terjejas dalam matematik dan bahasa Inggeris. Perbezaan ini berdasarkan subjek menunjukkan bahawa pengaruh ketidakjaminan makanan tidak bersifat menyeluruh sepanjang zaman kanak-kanak. Bagi subjek seperti membaca dan perbendaharaan kata, mewujudkan kemahiran asas pada peringkat awal adalah sangat penting. Ketidakjaminan makanan pada peringkat awal kehidupan boleh mengganggu pembinaan kemahiran asas ini.

Bagi subjek seperti matematik, di mana pembelajaran di satu tahap terbina secara langsung apabila belajar di peringkat sebelumnya, ketidakjaminan makanan pada bila-bila masa boleh menjejaskan pembelajaran semasa dan masa hadapan. Melalui tahap pembelajaran yang lebih rendah, ketidakjaminan makanan semasa zaman kanak-kanak boleh mempunyai kesan terhadap pendapatan dan kesihatan masa hadapan, yang mana ianya penting untuk individu dan untuk pembangunan ekonomi keseluruhan negara.

Penyelidikan tersebut yang bertajuk ‘Inequalities in adolescent learning: Does the timing and persistence of food insecurity at home matter?’ telah ditulis oleh Dr Elisabetta Aurino dari Imperial College, London, Dr Jasmine Fledderjohann, seorang penyelidik di Lancaster University, dan Dr Sukumar Vellakkal, dari BITS Pilani, Goa, India. Ia telah diterbitkan secara atas talian dalam jurnal Economics of Education Review pada 9 April 2019.

Ini adalah kertas pertama seumpamanya untuk melihat perbezaan pembelajaran remaja dan ketidakjaminan makanan di rumah, pada tiga peringkat zaman kanak-kanak – iaitu awal, pertengahan dan remaja di India. Data yang melibatkan hampir 2,000 individu tersebut diperoleh daripada Young Lives Study di India.

Pasukan penyelidik berharap agar hasil kajian mereka akan memaklumkan kepada program pendidikan yang mensasarkan kanak-kanak pada risiko yang lebih tinggi terhadap ketidakjaminan makanan terutamnya di kawasan puak-puak, miskin bandar dan kawasan terpencil dengan menyediakan mereka dengan sokongan pendidikan tambahan.

Mereka juga mahu penemuan mereka digunakan oleh pembuat dasar yang bekerja dalam program makanan dan perlindungan sosial yang lain untuk merangka cara-cara yang berpotensi di mana skim tersebut dapat meningkatkan sensitiviti pendidikan mereka.

Berdasarkan hasil penyelidikan mereka yang berlangsung selama 5 tahun, pasukan penyelidik mencadangkan agar:

  • Memperkukuhkan program ‘food-for-education’ bagi prasekolah. Sebagai contoh, sarapan pagi atau catuan makanan untuk dibawa pulang ke rumah di kawasan terdedah;
  • Memperbaiki kandungan nutrisi makanan yang diterima melalui sistem pengedaran awam untuk isi rumah yang mempunyai kanak-kanak di tahap pra-sekolah;
  • Memperkukuh kualiti keseluruhan tahap awal pendidikan bagi memastikan permulaan program yang kuat.

Pasukan penyelidik juga telah menyediakan satu ringkasan dasar khas di Site4Society yang memberi tumpuan kepada perkaitan penemuan tersebut untuk memenuhi Sustainable Development Goals yang dirangka oleh PBB, dengan menggesa penggubal dasar untuk mengambil pelbagai cara penyelesaian secara pantas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan