backup og meta

Kesan Makanan Beralkali kepada Kesihatan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

    Kesan Makanan Beralkali kepada Kesihatan

    Makanan beralkali telah diketahui sebagai bermanfaat untuk kesihatan. Bahkan sesetengah orang telah memperjuangkan diet alkali sebagai amalan pemakanan. Jadi apakah itu diet alkali dan apakah kesannya kepada kesihatan anda? Artikel di bawah akan memberi pembaca maklumat yang berguna.

    Apa yang dimaksudkan dengan diet alkali?

    Diet alkali berkesan dalam membantu mengimbangi tahap pH dalam cecair badan anda, seperti darah dan air kencing. Apabila anda mengekalkan tahap pH yang sesuai dalam badan, penyakit akan lebih mudah dicegah. Tahap pH anda sebahagiannya bergantung kepada ketumpatan mineral daripada makanan yang anda makan.

    Apakah faedah diet alkali?

    Melindungi ketumpatan tulang dan jisim otot

    Penggunaan mineral memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan dan pembangunan struktur tulang. Kajian juga telah mendapati bahawa lebih banyak makanan beralkali yang anda makan setiap hari, semakin tinggi peluang anda boleh mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan usia seperti kekuatan tulang berkurangan dan otot menyusut (juga dikenali sebagai sarcopenia).

    Di samping itu, apabila anda menambah lebih banyak makanan beralkali dalam pengambilan harian anda, pengeluaran hormon anda akan meningkat, dan keupayaan anda untuk menyerap vitamin D juga akan dipertingkatkan. Kesannya, tulang anda akan mempunyai perlindungan yang lebih baik dan anda akan dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik yang lain.

    Risiko keradangan, strok dan darah tinggi yang lebih rendah 

    Sebaik sahaja anda mengamalkan tabiat memakan banyak makanan beralkali, anda akan mempunyai peningkatan dalam pengeluaran hormon dan risiko yang lebih rendah mengalami keradangan. Dengan itu, anda boleh mengelakkan pelbagai komplikasi kardiovaskular, kolesterol tinggi, strok, hipertensi (juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi), batu karang, dan juga masalah ingatan.

    Risiko sakit kronik rendah 

    Menurut banyak kajian, diet alkali memang dikaitkan dengan tahap sakit kronik yang berkurang.

    Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Mineral dan Trace Elements di Jerman, penyelidik mendapati bahawa jika pesakit dengan sakit belakang kronik diberi makanan tambahan alkali setiap hari selama empat minggu, 76 daripada 82 orang akan mengalami perbezaan ketara pada kesakitan, yang diukur melalui skala sakit pinggang Arhus.

    Daripada maklumat di atas, adalah mudah untuk menyedari bahawa mengamalkan diet alkali pasti akan memberi manfaat kepada badan dan minda anda, memastikan fungsi badan anda dalam keadaan baik. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang kebimbangan lanjut atau pertanyaan mengenai diet, jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor atau pakar pemakanan anda untuk maklumat lanjut, nasihat dan bimbingan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan