Herba yang Biasa Digunakan untuk Rawatan Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Herba boleh menjadi berkuasa. Sejak dahulu lagi, herba telah digunakan bagi merawat pelbagai jenis keadaan perubatan. Walaupun kajian penyelidikan mengenai keberkesanan herba masih lagi terbatas, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa herba mempunyai sifat antikanser yang ketara.

Echinacea

Echinacea adalah tumbuhan aromatik yang tergolong dalam keluarga Asteraceae. Tumbuhan ini boleh dijumpai di Great Plain dan bahagian timur Amerika Utara dan Eropah. Ramuan herba menggunakan tiga spesies yang biasa: Echinacea purpurea, Echinacea angustifolia, dan Echinacea pallida. Echinacea purpurea adalah herba yang sering digunakan dalam penyelidikan dan rawatan. Echinacea juga dikenali sebagai purple coneflower, Kansas snakeroot atau Black Sampson. Kajian terhadap haiwan mendapati Echinacea purpurea mungkin berkesan dalam rawatan kanser. Flavonoid yang dijumpai di dalam Echinacea dipercayai dapat meningkatkan sistem imun. Ia juga berfungsi untuk melindungi tubuh daripada kesan sampingan radioterapi dan kimoterapi yang berbahaya. Echinacea boleh membantu memanjangkan jangka hidup seseorang pesakit yang menghidapi tahap kanser yang progresif.

Bawang Putih

Bawang putih adalah herba yang digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Ajoene, sejenis bahan di dalam bawang putih yang mengandungi sulfur, dapat memperlahankan penghasilan sel kanser. Sifat antikanser bawang putih kebanyakannya berpunca daripada paras organik sulfide dan polisulfide yang tinggi. Para saintis percaya bahawa bahan di dalam bawang putih dapat membunuh sel kanser dan menganggu metabolisme sel-sel tersebut. Ekstrak daripada bawang puith yang telah ranum boleh menghalang kesan negatif karsinogen terhadap DNA, menyokong sistem imun, menggalakkan penyingkiran karsinogen, dan meningkatkan keberkesanan enzim detoksifikasi. Bawang putih juga bagus bagi pesakit kanser kolon, perut, payudara, paru-paru, dan pundi kencing kerana ia dapat memperlahankan sel kanser daripada merebak.

Kunyit

Kunyit kaya dengan curcumin, sejenis ajen antioksidan dan antikanser. Ia dilaporkan berkesan dalam menghalang tumbesaran dan pengembangan kanser paru-paru, payudara, kulit dan perut. Curcumin mengubah penghasilan eicosanoid (contohnya, prostaglandin E-2) dan melawan keradangan. Penyelidik mendapati bahawa curcumin boleh menghalang pertumbuhan kanser dalam semua tahap, termasuk pemulaan, perkembangan, dan penyebaran. Kunyit juga mengganggu penghasilan nitrosamine, yang menyebabkan paras antioksida semula jadi di dalam badan meningkat.

Teh Hijau

Campuran polifenolik di dalam teh hijau memberikannya sifat antikanser. Pelbagai kajian telah terbukti bahawa teh hijau berkesan dalam melawan tumor dan mutasi genetik. Epigallocatechin (EGGG), sejenis polifenol yang dijumpai dalam teh hijau dapat melindungi sel daripada DNA rosak disebabkan oleh spesis oksigen reaktif. Kajian haiwan menunjukkan polifenol di dalam teh hijau bukan sahaja dapat menghalang sel kanser daripada membesar tetapi ia juga menyebabkan kerosakan dan membunuh sel tumor. Keberkesanan teh hijau dalam melawan tumor juga dapat dilihat pada pesakit kanser kolon dan perut.

HelloHealth Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Boleh Makan Ke?

    Kacip fatimah adalah antara herba yang popular dalam kalangan masyarakat terutamanya di  negara Malaysia. Namun, bolehkah ibu hamil & wanita menyusu ambil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Kita tahu tentang rawatan barah, tapi jarang untuk kita bercakap mengenai kesan kesihatan selepas rawatan. Jom kita ambil tahu mengenainya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Gemar Minum Teh Hijau? Kajian Kata Ia Bagus Untuk Kesihatan. Jom Ketahui Mengenainya

    Pengambilan minuman teh hijau secara berkala dapat menurunkan risiko strok dan sakit jantung. Jom ketahui lebih lanjut tentang minuman sihat ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/01/2020 . 3 minit bacaan

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang baik. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rawatan kanser payudara

    Ambil Tahu Tentang Rawatan Kanser Payudara, Buat Persediaan Dengan Lebih Awal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
    proses kemoterapi

    Jenis Rawatan Untuk Pesakit Kanser Dan Kesan Sampingan Yang Boleh Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 5 minit bacaan
    kebaikan teh hijau

    Pssttt… Rahsia Nak Turunkan Kolesterol, Minum Teh Hijau, Tapi Berapa Lama Boleh Nampak Kesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
    daun kapal terbang

    Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan