backup og meta

Fahami Maksud Label Makanan Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 23/11/2021

    Fahami Maksud Label Makanan Anda

    Ramai pengguna yang mengabaikan fakta nutrisi (nutritional facts) pada label makanan kerana tidak tahu membaca dan memahami label. Mengetahui maksud pada label makanan membolehkan anda membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat. Oleh itu, pelajari maksud setiap bahagian pada label makanan anda untuk menjadi pengguna yang bijak.

    Gambaran keseluruhan

    Maklumat di bahagian utama atau atas (no 1-4 dan no 6) berbeza mengikut setiap produk makanan; ia mengandungi maklumat khusus berkaitan produk tersebut (saiz hidangan, kalori, dan maklumat nutrien). Bahagian bawah (no 5) mengandungi nota kaki dengan Nilai Harian (DV) untuk diet 2,000 dan 2,500 kalori (standard untuk kebanyakan orang).

    Nota kaki ini menyediakan maklumat diet yang disyorkan untuk nutrien penting, termasuk lemak, natrium dan serat. Nota kaki hanya terdapat pada pakej produk yang lebih besar dan merupakan saranan keperluan nutrien secara umum untuk semua orang. Oleh itu, nota kaki tidak berubah daripada produk ke produk.

    label makanan
    contoh label makanan daripada FDA

    1. Saiz hidangan

    Saiz hidangan atau serving size merupakan perkara pertama yang akan anda dapati daripada pakej makanan. Saiz hidangan diseragamkan untuk memudahkan anda membandingkan makanan lain yang serupa. Ditulis dalam unit yang mudah anda kenali, seperti cawan atau kepingan, diikuti dengan jumlah metrik seperti gram.

    Saiz hidangan pada bungkusan makanan mempengaruhi bilangan kalori dan semua jumlah nutrien yang disenaraikan di bahagian atas label. Beri perhatian kepada saiz hidangan, terutamanya berapa hidangan yang ada dalam pakej makanan.

    Dalam contoh label makanan di atas, jika anda makan kesemua pek makanan tersebut, anda telah makan sebanyak 2 cawan. Ini bererti anda telah makan sebanyak 2 kali ganda daripada semua nutrien dan kalori yang disenaraikan di bawahnya. Begitu juga peratusan DV menjadi 2 kali ganda.

    2. Kalori (dan Kalori daripada Lemak)

    Kalori atau turut ditulis sebagai tenga (energy) memberikan ukuran berapa banyak tenaga yang anda dapat daripada hidangan makanan ini. Bahagian kalori ini membantu anda berat badan, sama ada anda ingin menurunkan atau menaikkan berat badan.

    Ingat, bilangan hidangan yang anda makan menentukan bilangan kalori yang anda makan.

    Sesetengah pek turut mengandungi maklumat kalori daripada lemak.

    Panduan Am untuk Kalori

    • 40 Kalori adalah rendah
    • 100 Kalori adalah sederhana
    • 400 Kalori atau lebih tinggi

    Panduan am untuk kalori ini menyediakan rujukan umum untuk kalori berdasarkan diet 2,000 kalori yang biasanya diperlukan.

    Nutrien 3 dan 4: Berapa Banyak?

    Bahagian nutrien makanan terbahagi kepada dua kumpulan utama. Kumpulan pertama merupakan nutrien yang perlu dikawal pengambilannya iaitu lemak, kolesterol, sodium, karbohidrat dan gula. Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik.

    Kumpulan kedua merupakan nutrien yang perlu dipastikan cukup pengambilannya iaitu serat, vitamin, kalsium, zat besi dan protein. Mendapatkan makanan kumpulan kedua ini dengan mencukupi membantu meningkatkan tahap kesihatan anda dan mengurangkan risiko penyakit tertentu.

    Kedua-dua kumpulan makanan ini mungkin tidak disusun seperti aturan contoh label di atas. Protein dan serat sebagai contoh mungkin ditulis di atas sekali bersama bacaan lemak dan karbohidrat.

    5. Nota Kaki

    Nota kaki mungkin tidak terdapat pada setiap label makanan yang anda semak. Nota kaki ini mengandungi saranan pengambilan nutrien harian yang anda perlukan berdasarkan keperluan kalori anda. Sebagai contoh, ia mungkin akan menyenaraikan berapa gram lemak, kolesterol, sodium, karbohidrat dan serat yang anda perlukan jika kalori yang perlu anda ambil sehari ialah 2,000 kalori dan membandingkannya dengan keperluan nutrien jika kalori yang perlu anda ambil ialah 2,500 kalori.

    6. Apa itu DV?

    Nilai nutrien yang anda perlukan sehari juga akan ditunjukkan dalam bentuk peratusan DV (daily value). Sebagai contoh, jika anda telah mengambil satu hidangan makanan dalam label contoh di atas yang mengandungi 18% lemak daripada keperluan lemak harian anda, ini bererti anda mempunyai baki 82% lemak yang mungkin diambil daripada makanan lain. Sebaliknya jika anda memakan satu pek makanan tersebut, anda telah memakan 36% lemak daripada keperluan lemak harian anda dan bakinya boleh didapati daripada makanan lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 23/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan