Diet: Piramid Makanan Atau #SukuSukuSeparuh?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Nutrisi adalah pengambilan makan yang dianggap berkaitan dengan keperluan diet tubuh. Pemakanan yang baik, diet yang mencukupi, seimbang dengan aktiviti fizikal biasa adalah asas kesihatan yang baik. Nutrisi yang buruk boleh menyebabkan pengurangan imuniti, peningkatan kerentanan terhadap penyakit, perkembangan fizikal dan mentak yang merosot dan mengurangkan produktiviti.

Diet dan penyakit tidak berjangkit (NCD)

Berdasarkan laporan World Cancer Research Fund, apa yang kita makan dan status pemakanan kita boleh menjejaskan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser dan diabetes. Makanan, diet dan status pemakanan, termasuk berat badan berlebihan dan obesiti, juga dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol darah, dan penentangan terhadap tindakan insulin. Keadaan ini bukan sahaja faktor risiko untuk NCD, tetapi punca utama daripada penyakit itu sendiri.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), obesiti di seluruh dunia telah meningkat tiga kali ganda sejal 1975. Pada tahun 2016, lebih daripada 1.9 bilion orang dewasa, 18 tahun dan warga tua, mempunyai berat badan berlebihan. Daripada jumlah itu lebih daripada 650 juta adalah obes. 39% daripada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas berlebihan berat dan 13% adalah obes.

Kebanyakan populasi dunia tinggal di negara di mana berlebihan berat badan dan obesiti membunuh lebih ramai orang berbanding yang kurang berat badan. Bagaimanapun, obesiti boleh dicegah.

Piramid makanan atau pinggan sihat?

Panduan Diet Malaysia (MDG) diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan makan secara sihat dan kehidupan yang sihat bagi mencegah masalah pemakanan, termasuk NCD melalui pendidikan.

Dengan pembentukan MDG, Piramid Makanan Malaysia juga diperkenalkan telah disemak semula pada tahun 2010 (Gambar rajah 4). Piramid Makanan yang dibentuk dijadikan sebagai panduan bagi jenis dan jumlah makanan yang boleh
digabungkan untuk dimakan sebagai diet yang sihat (MDG 2010).

Namun, hari ini kebanyakan cenderung memilih dan mengamalkan kaedah pemakanan Pingga Sihat Malaysia atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh berbanding piramid makanan.

Oleh itu, bagi memudahkan orang ramai mengamalkan pemakanan secara sihat, Pinggan Sihat Malaysia telah dihasilkan sebagai alat visual untuk merancang makanan untuk setiap hidangan. Ia menunjukkan jumlah makanan yang perlu dimakan bagi setiap kumpulan untuk hidangan utama, seperti rajah 5 di bawah.

Sumber: Panduan Pinggan Sihat

Kekeliruan pengkelasan piramid makanan dan panduan pinggan sihat

Jika diperhatikan, secara kasar pengamal diet mungkin akan mengalami kekeliruan apabila melihat pengkelasan makanan pada piramid makanan dan pinggan sihat seolah-olah tidak selari.

Perbezaan ketara ini kelihatan pada hidangan yang memerlukan anda mengambilnya dengan size hidangan yang besar. Pada pramid makanan, nasi, mee, biji-bijirin, produk bijirin dan ubi perlu diambil paling banyak atau kerap. Bagaimanapun, dalam panduan pinggan sihat,  buah-buahan dan sayur-sayuran lebih menjadi keutamaan.

Oleh itu, sebelum memulakan diet adalah lebih baik anda berbincang dan berunding dengan pakar pemakanan atau doktor anda terlebih dahulu untuk mendapatkan pelan diet yang bersesuaikan supaya tidak menjejaskan keadaan kesihatan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rajinkan Diri Untuk Makan Ulam-Ulaman, Ini 8 Jenis Ulam Yang Popular, Rugi Tak Cuba Makan!

    Ulam merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 21/02/2019 . 8 minit bacaan

    Nak Makan Telur Setiap Hari, Nanti Dulu Kerana Ia Bergantung Pada Badan Anda Juga

    Ada segelintir orang yang nak kurus akan makan telur hampir setiap hari. Namun adakah ia benar-benar membantu atau memberi kesan lain?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/02/2019 . 2 minit bacaan

    Cara Penyediaan Ayam yang Paling Sihat

    Ayam adalah sumber protein dan nutrien yang baik. Perbezaan kandungan nutrien antara satu bahagian dengan yang lain terlalu kecil untuk menjadi ukuran apa yang lebih sihat. Sebaliknya, perbezaan yang berguna untuk ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 08/02/2019 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Memilih Roti Yang Lebih Sihat

    Kebanyakan daripada makanan ruji merupakan karbohidrat, yang menjadi sumber tenaga utama anda dan banyak menyumbang kepada kandungan gula dalam darah. Oleh itu, memilih karbohidrat yang lebih sihat pasti akan memberi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 08/02/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    piramid makanan

    Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/04/2020 . 3 minit bacaan
    makanan seimbang

    Makanan Seimbang Pencegah Penyakit Kronik? Jom Amalkan Pinggan Sihat Malaysia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 15/07/2019 . 3 minit bacaan
    piramid-makanan-kini-diganti-dengan-myplate

    Piramid Makanan, Kini Diganti Dengan ‘MyPlate’

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2019 . 8 minit bacaan
    industri makanan

    Bolehkah Industri Makanan Membantu Rakyat Memilih Makanan yang Lebih Sihat? Kisah Kejayaan Kempen di Denmark

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 19/03/2019 . 3 minit bacaan