backup og meta

Jika Benar Mahu Turun Berat Badan, Ikut 7 Cara Diet Yang Betul Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/08/2022

    Jika Benar Mahu Turun Berat Badan, Ikut 7 Cara Diet Yang Betul Ini!

    Setiap individu pasti mahu tubuh badan yang langsing dan sihat bukan? Disebabkan itu, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sangat bersungguh untuk berdiet. Baca selanjutnya untuk tahu cara diet yang betul.

    Ini kerana mereka yang mencuba cenderung tidak tahan dengan godaan makanan dan disiplin berat ketika berdiet.

    Dalam pada itu, mereka mungkin gagal kerana tidak tahu cara diet yang betul. Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Ini cara diet yang betul anda perlu amalkan!

    Ramai yang beranggapan bahawa diet adalah perbuatan meminimumkan makan dan minum sampai sanggup tahan lapar dan ikat perut.

    Sebenarnya, anda tidak perlu menyeksa diri anda sampai begitu sekali. Jika anda tahu cara diet yang betul, rasanya tiada masalah yang akan terjadi.

    Sila ikuti tip-tip berikut:

    #1. Jangan terlepas sarapan pagi

    Seperti mana yang kita tahu sarapan pada pagi hari adalah waktu makan yang paling penting.

    Pun begitu, ada individu yang dengan sengaja meninggalkannya, hanya kerana ingin tubuh badan yang kurus.

    Salah! Anda tidak boleh terlepas sarapan pagi kerana ia adalah waktu mendapatkan nutrien untuk tubuh badan berfungsi.

    Tanpanya, anda hanya akan mengambil lebih banyak snek pada hari itu kerana lapar.

    cara diet yang betul

    #2. Minum air kosong lebih banyak

    Mesti ramai yang berfikir bahawa perbuatan ini hanya akan mengakibatkan kalian gemuk air bukan?

    Tidak, jangan risau tentangnya kerana ia mungkin tidak akan terjadi jika anda kenal diri sendiri.

    Ramai yang keliru antara rasa dahaga dan lapar.

    Itulah punca individu makan lebih banyak. Padahal, apa yang diperlukan mereka ketika itu hanyalah segelas air kosong sahaja.

    #3. Makan lebih banyak sayur dan buah

    Buat anda yang mungkin belum tahu, sayur dan buah adalah sangat rendah kalori dan lemak serta tinggi serat – 3 elemen terpenting yang perlu diberi perhatian jika berhasrat untuk berdiet.

    Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat sihat untuk tubuh badan kita secara umumnya. Jadi, sila ambil sayur dan buah lebih banyak jika anda ingin kurus.

    #4. Makan pada waktu yang tetap

    Ramai individu yang beranggapan bahawa perbuatan skip salah satu waktu makan boleh membantu diet anda.

    Tidak sama sekali, ini kerana ia hanya membuat kalian mengambil lebih banyak snek kerana lapar.

    Sebaliknya, sila makan pada waktu yang tetap pada setiap hari namun dengan kuantiti makanan yang lebih sedikit.

    Dengan ini, dapatlah kalori yang anda ambil itu dibakar dengan lebih cepat.

    cara diet yang betul

    Cara diet yang betul #5. Tidak perlu ‘mengharamkan’ makanan

    Apa maksudnya? Anda yang sedang berdiet sebenarnya tidak perlu untuk membuang atau mengelak dari memakan sesuatu jenis makanan, terutamanya yang anda sukai.

    Ini hanya akan menyebabkan anda mengidam lantas memakannya lebih banyak jika mendapat peluang.

    Sebaiknya, ambil sahaja makanan yang anda suka itu asalkan ia tidak lebih dari saranan kalori harian anda.

    Semak cara mengira kalori menggunakan kalkulator BMR kami di sini.

    #6. Guna pinggan dan mangkuk yang lebih kecil

    Meskipun tip ini kelihatan seperti satu jenaka, namun ia sangat berkesan.

    Dengan menggunakan pinggan atau mangkuk yang lebih kecil, ia akan membuat kalian makan dengan kuantiti sedikit.

    Lama kelamaan, anda akan terbiasa sehingga anda sudah boleh kenyang dengannya. Oleh itu, cuba gunakan pinggan atau mangkuk yang lebih kecil dan makanlah secara perlahan-lahan.

    #7. Diet tidak bermaksud tidak boleh aktif

    Akhir sekali, anda tidak boleh hanya bermalasan sahaja di rumah atau tempat kerja dengan alasan anda sedang berdiet. Ini adalah satu tanggapan yang salah.

    Sebaliknya, anda perlu kekal aktif untuk membantu tubuh badan membakar lebihan kalori yang diambil. Selain itu, ia juga boleh buat tubuh badan lebih sihat secara total.

    Jadi, kenapa tidak?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan