Panaskan Nasi Semula Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan, Ini Punca UTAMANYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kadangkala nasi yang anda masak mungkin tersisa walaupun anda sudah betul-betul mengagak jumlah orang di rumah. Jadi, apa yang patut anda lakukan? Simpan nasi yang berbaki untuk dipanaskan kembali pada waktu makan seterusnya? Memanaskan nasi memang boleh, tetapi anda harus berhati-hati.

Hal ini disebabkan nasi yang dipanaskan boleh menyebabkan keracunan makanan. Bukan daripada kaedah pemanasannya tetapi lebih kepada bagaimana cara anda menyimpan sisa nasi tersebut sebelum dipanaskan kembali.

Kenapa memanaskan nasi boleh menyebabkan keracunan makanan?

Ramai orang yang selalu menyimpan sisa nasi hanya di atas meja makan sebelum akhirnya dipanaskan kembali. Ini sebenarnya boleh meningkatkan risiko keracunan makanan.

Sebelum anda menjadi panik dan tidak keruan, sekali lagi ditegaskan bahawa anda boleh memanaskan nasi. Yang menimbulkan risiko keracunan makanan bukan daripada proses pemanasan tetapi cara penyimpanan sisa nasi sebelum akhirnya dipanaskan lagi.

Beras mentah yang belum dimasak mungkin mengandungi spora Bacillus Cereus. Bakteria ini tetap dapat bertahan hidup bahkan setelah nasi masak. Sewaktu nasi yang sudah masak dibiarkan sejuk pada suhu bilik, bakteria tersebut boleh berkembang biak dan menghasilkan racun yang sering menjadi penyebab keracunan makanan.

Semakin lama nasi dibiarkan pada suhu bilik sebelum dipanaskan kembali, akan semakin banyak racun yang dihasilkan oleh bakteria tersebut sehingga kemungkinan besar nasi sudah tidak lagi selamat untuk diambil. Meskipun dipanaskan berkali-kali, bakteria dalam nasi tersebut tidak akan mati kerana keadaannya memang cukup kuat untuk bertahan dalam proses memasak bersuhu tinggi.

Maka oleh itu, lebih selamat tidak memanaskan nasi hingga berkali-kali kerana itu ertinya anda juga berulang kali membiarkan nasi sejuk pada suhu bilik sebelum dihangatkan kembali. Ini menyebabkan spora Bacillus cereus semakin bertambah banyak.

Jika anda memakan nasi yang mengandungi bakteri Bacillus cereus, anda mungkin akan mengalami muntah-muntah atau cirit-birit sekitar 1 hingga 5 jam setelahnya. Simptomnya hanya ringan dan biasanya berlangsung sekitar 24 jam.

Tip menyimpan, memasak, dan memanaskan nasi

Idealnya, sajikan nasi panas-panas sejurus setelah dimasak dan segera dihabiskan. Jangan tinggalkan nasi sejuk pada suhu bilik dalam keadaan terbuka selama lebih daripada 1 jam.

Namun jika kenyataannya terdapat nasi yang tersisa, segera sejukkan dengan membahagikannya dalam bekas makanan yang kecil, tutup rapat lalu simpan terus nasi yang masih panas tersebut ke dalam peti sejuk atau freezer. Lakukan ini sebaiknya dalam 1 jam sejurus nasi dimasak. Simpan nasi dalam peti sejuk selama tidak lebih daripada 1 hari sehingga waktunya dipanaskan kembali.

Ikuti tips di bawah ini ketika ingin memanaskan nasi sebelum dihidangkan kembali.

Tips memanaskan baki nasi

1. Dengan microwave

  • Letakan nasi dalam bekas terbuka yang boleh diletakkan dalam microwave.
  • Tambahkan 1-2 senduk makan air
  • Panaskan selama 3-4 minit dalam suhu 73º Celsius. Jika tidak yakin, gunakan termometer makanan.
  • Sajikan segera.

2. Dengan menumis

Jika anda ingin memanaskan nasi dengan menumis, ikutilah cara di bawah ini:

  • Tumis nasi atas periuk yang sedikit berminyak dalam api sedang.
  • Nasi yang sudah sejuk biasanya bergumpal. Oleh itu, kacau nasi sehingga gumpalannya terpisah.
  • Pastikan suhu dalam nasi setidaknya 73 darjah celcius
  • Sajikan segera sewaktu masih hangat

3. Dengan mengukus

  • Isi alat kukus dengan separuh air. Tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan nasi baki yang sudah anda tempatkan dalam mangkuk stainless.
  • Tutup kukusan dan panaskan nasi dengan menyeluruh, kacau sesekali.
  • Sajikan segera sewaktu panas

Sewaktu anda memanaskan nasi, selalu periksa bahawa nasi anda benar-benar panas mengepul keseluruhannya (hingga ke bahagian bawah nasi). Jangan panaskan nasi lebih dari satu kali.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Patutlah Ramai Suka Minum Barli, Rupanya Ia Lebih Bagus Dari Nasi, Ini Sebabnya!

    “Bang, bagi barli ais satu. Gula lebih sikit ye…” pesan Farid kepada pelayan di Warung Pak Amat yang menjadi lokasi persinggahannya setiap hari

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/09/2019 . 4 minit bacaan

    Capati: Makanan Ruji Alternatif Kepada Nasi

    Capati adalah roti yang sihat untuk dimakan dan mampu menjadi alternatif kepada nasi. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/08/2019 . 9 minit bacaan

    Nasi Putih dan Jenis-jenis Nasi yang Lain

    Nasi putih menjadi pilihan sebagai makanan utama atau makanan ruji bagi majoriti penduduk Asia secara umumnya dan rakyat Malaysia khususnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/07/2019 . 9 minit bacaan

    Nasi Lemak: Makanan Tradisional Yang Sihat

    Nasi lemak sebenarnya adalah makanan tradisional yang sihat. Ingin tahu mengenai hidangan ini dengan lebih lanjut? Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 15/07/2019 . 8 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 5 minit bacaan
    beras untuk kencing manis

    Pesakit Diabetes BOLEH Makan 2 Jenis Beras Ini Untuk Kawal Gula Dalam Darah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 3 minit bacaan
    keracunan makanan

    Berhenti Panaskan Semula Nasi Di Rumah, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Makanan – KKM

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 31/12/2019 . 4 minit bacaan

    Kenapa Orang Jepun Kekal Sihat, Tak Gemuk & Panjang Umur Walaupun Banyak Makan Nasi? Ini Sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/11/2019 . 2 minit bacaan