backup og meta

Nak Kurus Tapi Tak Nak Berlapar? Ambil 8 Makanan Ini, Boleh Buat Anda Kenyang Lebih Lama!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/07/2022

    Nak Kurus Tapi Tak Nak Berlapar? Ambil 8 Makanan Ini, Boleh Buat Anda Kenyang Lebih Lama!

    Terdapat pelbagai makanan yang mengenyangkan dan boleh memuaskan kelaparan anda dengan cara yang berbeza.

    Sebagai contoh, 200 kalori daripada daging boleh memenuhi keinginan anda tetapi 200 kalori brokoli pasti boleh mengisi perut anda. 

    Pakar pemakanan telah mengkaji rasa ‘kenyang’ selama lebih daripada satu dekad. Mereka mendapati bahawa protein mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan.

    Oleh itu, ia akan membuat perasaan kenyang tahan lebih lama. Makanan yang tinggi dalam kandungan air dan serat  juga boleh membantu rasa kenyang.

    8 makanan yang mengenyangkan lebih lama 

    Kentang

    Kajian telah memutuskan bahawa mereka yang memilih kentang berbanding beras perang merasa lebih kenyang walaupun selepas 2 jam makan.

    Kentang adalah sangat tinggi dalam karbohidrat, vitamin dan mineral seperti vitamin C dan kalium. Kentang memberi anda tenaga dan memastikan anda kenyang untuk tempoh yang lama sama ada direbus atau dimasak.

    Sup, makanan yang mengenyangkan

    Sup tinggi dalam kandungan air dan rendah kalori. Sup daripada air rebusan atau air kosong dengan sayur-sayuran cincang dan kacang adalah lebih baik daripada sup berkrim daripada keju dan produk tenusu.

    Telur

    makanan yang mengenyangkan

    Telur adalah 100% protein dan separuh daripada proteinnya terdapat dalam kuning telur. Satu kajian mendapati bahawa mengambil telur untuk sarapan pagi akan mengurangkan pengambilan kalori  sepanjang hari berbanding mengambil roti.

    Jika telur kedengaran membosankan kepada anda, cuba gabungkan dengan lobak merah, bayam, tomato dan daun bawang dalam telur hancur anda untuk menambah isi padu telur dan kalori dalam sarapan pagi anda.

    Oat

    Oat selalu berada dalam senarai diet wanita kerana ia kaya dengan serat dan rendah kalori. Satu cawan oat apabila dimasak dengan susu atau air boleh berkembang dalam mangkuk penuh bergantung kepada ketebalan yang dikehendaki.

    Dalam satu kajian baru-baru ini, penyelidik mendapati bahawa berbanding dengan bijirin segera, memakan oat akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

    Bertih jagung

    Saranan yang dimaksudkan di sini adalah bertih jagung buatan sendiri bukan yang dibeli di pawagam bersalut mentega dan keju serbuk. Bertih jagung merupakan gandum penuh, tinggi serat dan rendah tenaga.

    Jadi, gantikan semua keropok anda dengan beg bertih jagung. Mengambil semangkuk bertih jagung akan membuatkan anda berasa kenyang dan mengelakkan keinginan mengisi perut lagi.

    Yogurt Greek

    Berbeza daripada yogurt biasa, yogurt Greek mempunyai konsistensi yang lebih tebal, lebih protein dan kurang gula. Mengambil secawan yogurt Greek untuk sarapan pagi pada hari anda terlewat bangun pagi adalah idea yang bernas.

    Yogurt Greek juga boleh menjadi pilihan yang sesuai jika anda berdiet.

    Makanan yang mengenyangkan – Smoothie

    makanan yang mengenyangkan

    Kisar buah dengan susu rendah lemak atau yogurt Greek untuk smoothies yang hebat. Ia dipenuhi dengan mineral, nutrien, vitamin, serat dan lemak sihat yang benar-benar boleh membantu untuk memuaskan kelaparan anda.

    Kacang

    Kacang, secara umumnya, adalah sumber lemak yang sihat dan merupakan makanan yang mengenyangkan, terutamanya walnut kerana ia mengandungi asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk otak anda.

    Anda disarankan untuk mengunyah kacang lebih daripada 40 kali. Dalam satu kajian, makan kekacang membuktikan bahawa ia akan meningkatkan rasa kenyang dan buat anda bertahan lebih lama.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan