Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kesakitan pada tulang pelvis seseorang wanita biasanya mempengaruhi bahagian bawah perut, antara pusat dan pangkal paha.

Bagi para wanita, sakit pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

Kadangkala, sakit pada tulang pelvis adalah petunjuk jangkitan atau masalah dengan sistem pembiakan atau organ lain di kawasan tersebut.

Terdapat pelbagai kemungkinan masalah kesihatan apabila seseorang wanita sakit pada bahagian tersebut.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

Punca-punca kesakitan pada tulang pelvis

1. Kesakitan menstruasi dan kekejangan

Kesakitan haid dan kekejangan adalah penyebab sakit bahagian pelvis yang sering berlaku kepada para wanita.

Lebih separuh daripada wanita akan mengalami kesakitan ketika haid sekurang-kurangnya 1 sehingga 2 hari pada setiap kitaran.

Kekejangan haid biasanya akan berlaku sejurus sebelum seseorang wanita mula didatangi haid. Ini kerana rahim mengecut dan melapisi lapisannya.

Penggunaan pad panas boleh digunakan untuk melegakan tempat yang sakit, namun sekiranya kesakitan menjadi terlalu teruk, anda boleh bertemu dengan doktor untuk mendapatkan ubatan yang bersesuaian.

2. Ovulasi

Sekiranya seorang wanita merasakan sensasi yang menyakitkan pada satu sisi pelvisnya semasa di tengah-tengah kitaran haid, dia mungkin mengalami mittelschmerz.

Perkataan Jerman ini digunakan oleh para doktor untuk menggambarkan proses ovulasi yang menyakitkan.

Apabila wanita berovulasi, ovari akan melepaskan telur, bersama dengan beberapa cecair lain.

Telur kemudiannya akan menyusuri tiub fallopio dan masuk ke rahim. Cecair yang dikeluarkan oleh ovari mampu tersebar di kawasan pelvis, yang mampu menyebabkan kerengsaan dan kesakitan.

Ketidakselesaan itu boleh berlangsung selama beberapa minit atau berjam-jam, dan ia mungkin bertukar pada sisi badan lain, bergantung pada ovari yang melepaskan telur.

3. Sistitis atau jangkitan saluran kencing

pundi kencing

Sistitis merujuk kepada keradangan pada pundi kencing kerana jangkitan bakteria. Ia berlaku kerana bakteria pada faraj, rektum, atau kulit memasuki uretra dan menuju ke pundi kencing.

Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah jangkitan yang boleh berlaku di mana sahaja sistem, sementara sistitis hanya berlaku di pundi kencing.

Kedua-dua masalah ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada wanita. Jangkitan ini kadangkala akan hilang secara sendiri, tetapi pengambilan antibiotik dalam jangka pendek akan dapat mengubati sistitis dan UTI.

4. Jangkitan kelamin

Kesakitan pada tulang pelvis mungkin menunjukkan berlakunya jangkitan kelamin (STI) seperti gonorea atau klamidia dan ia sering berlaku pada individu yang aktif secara seksual.

Klamidia telah menyerang sekitar 2.86 juta orang setiap tahun di Amerika Syarikat, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

Bersama dengan sakit bahagian pelvis, simptom-simptom lain selain STI mungkin termasuk kencing yang menyakitkan, pendarahan antara haid, dan perubahan terhadap keputihan.

Sesiapa yang mengalami perubahan ini harus segera berjumpa dengan doktor yang akan mendiagnosis sebarang jangkitan STI untuk memberikan rawatan terbaik.

5. Penyakit radang pelvis

Penyakit radang pelvis (PID) adalah jangkitan pada rahim yang boleh merosakkan tisu di sekitarnya. PID boleh timbul sekiranya bakteria dari faraj atau serviks memasuki rahim.

Ia biasanya merupakan komplikasi STI seperti gonorea atau klamidia. Bersama dengan kesakitan bahagian pelvis, para wanita mungkin akan turut mengalami gejala lain, termasuk keputihan dan pendarahan yang tidak normal.

PID juga meningkatkan risiko kemandulan wanita. CDC menyatakan bahawa 1 daripada 8 wanita yang mengalami PID juga menghadapi masalah untuk hamil.

Rawatan biasanya melibatkan pengambilan antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria.

6. Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila endometrium, atau tisu yang melapisi bahagian dalam rahim, tumbuh di luar rahim.

Endometriosis mungkin menjadi punca kesakitan pelvis yang kronik dan berpanjangan pada sesetengah wanita.

Apabila haid seseorang wanita bermula, tisu yang tumbuh di luar rahim akan bertindak balas terhadap perubahan hormon, yang boleh menyebabkan pendarahan dan keradangan pada pelvis.

Sebilangan orang mungkin mengalami tahap kesakitan yang berbeza daripada ringan sehingga teruk, endometriosis juga boleh menyukarkan usaha untuk hamil.

7. Kehamilan ektopik

Kehamilan ektopik berlaku apabila embrio menanam secara sendiri pada mana-mana bahagian di luar rahim dan mulai tumbuh.

Seseorang wanita mungkin berasa sakit yang menusuk, dan kekejangan di bahagian pelvisnya, yang biasanya tertumpu pada satu sisi.

Antara simptom lain termasuk juga loya, pendarahan faraj, serta berasa pening.

Sesiapa yang mengesyaki mereka mengalami kehamilan ektopik harus segera mendapatkan rawatan perubatan, kerana ia adalah kondisi yang mampu mengancam nyawa.

8. Sista ovari

Sista pada ovari boleh berlaku apabila ovari gagal untuk melepaskan telur. Folikel yang memegang telur mungkin tidak terbuka sepenuhnya untuk melepaskan telur, atau mungkin tersumbat dengan cairan.

Apabila perkara ini berlaku, pertumbuhan yang disebut sista akan terbentuk di kawasan itu, yang boleh menyebabkan masalah kembung, tekanan, atau sakit pada bahagian pelvis.

Pun begitu, kebanyakan kes sista bukanlah bersifat kanser dan ia mampu hilang dengan sendirinya.

Dalam beberapa kes, sista tersebut mampu berdarah atau pecah, yang boleh menyebabkan sakit yang menusuk pada pelvis dan mungkin memerlukan rawatan perubatan.

9. Fibroid rahim

Fibroid adalah gumpalan otot dan tisu berserat di dalam rahim. Walaupun mereka bukan bersifat kanser, ia boleh menjadi sumber kesakitan.

Di samping itu, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian pelvis atau bawah punggung serta sakit semasa melakukan hubungan seks.

Fibroid juga boleh menyebabkan pendarahan atau kekejangan yang berlebihan semasa haid.

Sebilangan kes fibroid tidak memerlukan rawatan. Sekiranya seorang wanita berasa gejalanya sukar dikendalikan, doktor mungkin mencadangkan salah satu daripada banyak jenis rawatan, termasuk ubat-ubatan, prosedur tidak invasif, atau pembedahan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Alami Gejala PCOS? Boleh Cuba Kaedah Kawalan Kelahiran Ini Untuk Kurangkannya

Tahukah anda, jika anda alami sindrom ovari polisistik, anda sebenarnya boleh menggunakan kaedah kawalan kelahiran untuk kurangkan simptom sindrom PCOS?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kejang perut tanpa haid

Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
period tidak teratur

Bayi Menyusu Badan Sebab Itu Period Tidak Teratur? TAK SEMESTINYA! Ia Mungkin Kerana Hormon Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
haid dua kali sebulan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit tiroid ibu hamil

Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan