Selalu berasa gatal dan pedih pada faraj? Kenapa kemaluan rasa pedih? Kenapa miss v gatal dan pedih? Kenapa rasa ngilu pada kemaluan?
Jom ketahui 11 faktor yang mungkin menjadi punca faraj pedih.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.
Rasa pedih pada faraj
Kenapa kemaluan rasa pedih? Kenapa miss v gatal dan pedih? Kenapa rasa ngilu pada kemaluan?
Rasa pedih dan gatal pada bahagian alat sulit wanita adalah 1 perkara yang biasa dan selalunya tidak mendatangkan kebimbangan.
Walau bagaimanapun, rasa gatal yang berterusan diikuti dengan pedih dan sensasi terbakar, mungkin petanda kepada jangkitan atau sebarang masalah berkaitan kesihatan.
Keadaan tersebut termasuklah ketidakselesaaan pada sekitar faraj seperti:
- Labia
- Klitoris
- Saluran pembukaan faraj
Simptom yang dialami mungkin berlaku secara tiba-tiba atau bertambah intensif dari masa ke masa.
Kesakitan tersebut mungkin berterusan atau bertambah teruk semasa melakukan aktiviti seksual atau ketika kencing.
11 punca pedih pada faraj
Kenapa kemaluan rasa pedih? Kenapa miss v gatal dan pedih?
Berikut dikongsikan antara 11 punca faraj pedih bersama simptom yang mungkin dialami, antaranya:
1# Kerengsaan
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sekitar faraj termasuk sabun, fabrik dan bahan pewangi.
Selain rasa sensasi terbakar, berikut gejala dan simptom lain yang boleh berlaku seperti:
- Rasa kegatalan
- Kemerahan
- Rasa menyengat
- Kesakitan
2# Vaginosis bakteria
Merupakan keadaan apabila sesetengah bakteria terdapat dalam jumlah yang tinggi di dalam faraj dan menjejaskan keseimbangan normal bahagian tersebut.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), vaginosis bakteria adalah 1 masalah jangkitan faraj yang kerap berlaku kepada wanita berusia 15 hingga 44 tahun.
1 simptomnya adalah rasa sensasi terbakar pada faraj yang berlaku, terutamanya ketika kencing. Masalah ini tidak selalu menunjukkan simptom.
Tetapi jika wujud gejala, ia akan turut melibatkan:
- Penghasilan cecair faraj berwarna putih atau kelabu
- Kesakitan
- Kegatalan
- Berbau seperti ikan, khususnya selepas hubungan seksual
3# Jangkitan yis
Ini merupakan jangkitan yang berpunca oleh yis dan boleh mengakibatkan rasa pedih pada faraj.
Istilah perubatan bagi keadaan ini dipanggil candidiasis atau turut dikenali sebagai thrush.
Antara simptom yang boleh dialami adalah:
- Kegatalan
- Rasa sakit
- Kesakitan semasa aktiviti seksual
- Ketidakselesaan semasa kencing
- Keputihan
Masalah keputihan ini sering dialami kebanyakan wanita, tetapi ada sesetengahnya lebih cenderung mendapat jangkitan ketika:
- Mengandung
- Menggunakan ubatan kontraseptif hormon
- Mengalami diabetes
- Masalah berkaitan sistem imun
- Pernah atau sedang mengambil antibiotik
#4 Jangkitan saluran kencing (UTI)
Bahagian lain pada saluran kencing boleh dijangkiti termasuk pundi kencing, uretra dan buah pinggang.
Wanita yang mengalami UTI akan cenderung berasa sensasi terbakar dan pedih pada faraj apabila kencing. Simptom lain UTI adalah:
- Keinginan untuk kencing mendadak dan lebih kerap
- Sakit ketika kencing
- Kencing berbau atau pekat
- Kencing berdarah
- Rasa sakit pada abdomen bawah
- Keletihan atau rasa tidak sihat
5# Trichomoniasis
Punca faraj pedih juga boleh disebabkan oleh masalah trichomoniasis.
Ia berlaku disebabkan oleh parasit yang disebarkan dari seorang individu kepada individu lain semasa hubungan seksual.
Hanya 30% individu yang menghidapi masalah ini menunjukkan simptom serta sensasi terbakar pada faraj.
Gejala lain yang mungkin berlaku adalah:
- Kegatalan, kemerahan dan kepedihan
- Ketidakselesaan ketika kencing
- Lendir faraj sama ada jernih, putih, kuning atau hijau dengan berbau hanyir
6# Gonorrhea
Jangkitan bakteria Neisseria gonorrheae pada selaput lendir seperti serviks, rahim dan tiub fallopio.
Biasanya tersebar melalui hubungan seksual dengan individu yang mengalami jangkitan.
Jangkitan ini kerap terjadi kepada individu berusia antara 15 hingga 24 tahun. Antara simptom yang biasa berlaku seperti:
- Rasa pedih, sensasi terbakar dan sakit ketika kencing
- Keputihan
- Pendarahan faraj antara tempoh kedatangan haid
7# Klamidia faraj
Disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis dan biasanya tersebar apabila melakukan hubungan seksual dengan individu yang dijangkiti.
70% individu dengan masalah ini tidak mengalami simptom. Jika wujud simptom, antara tanda yang mungkin dialami adalah seperti:
- Rasa sensasi pada faraj
- Peningkatan masalah keputihan
- Pendarahan ketika seks dan antara tempoh period
8# Herpes genital
Masalah herpes genital juga boleh menjadi punca faraj pedih. Ia disebabkan sentuhan dan kontak kulit ke kulit dengan individu yang mempunyai virus herpes.
Wanita adalah individu yang lebih terdedah kepada jangkitan berbanding lelaki. Virus tersebut akan kekal dalam badan seumur hidup.
Tetapi simptom hanya akan dialami apabila virus menjadi aktif. Antara simptomnya:
- Sensasi terbakar dan pedih pada faraj
- Kegatalan
- Simptom seperti flu
- Kelenjar bengkak
- Rasa sakit pada faraj, terutama ketika kencing
- Perubahan pada keputihan
Luka, bisul atau ulser yang menyakitkan juga boleh timbul selepas beberapa hari.
9# Menopaus
Perubahan tahap hormon dalam badan sebelum memasuki fasa menopaus juga boleh menjejaskan keadaan faraj.
Rasa pedih dan sensasi terbakar merupakan antara gejala yang mungkin dialami terutamanya ketika hubungan seksual.
Simptom lain yang boleh berlaku seiring peralihan menopaus adalah:
- Rasa panas pada bahagian tertentu
- Berpeluh waktu malam
- Sukar tidur
- Kehilangan keinginan seksual
- Kekeringan faraj
- Sakit kepala
- Perubahan mood dan emosi
10#Alahan genital faraj
Antara perkara yang boleh menyebabkan kerengsaan atau pedih pada faraj disebabkan alahan, melibatkan:
- Air mani
- Spermisida, cecair dalam kondom dan meningkatkan fungsi kontraseptif
- Lateks, material penghasilan kondom
- Ubat topikal dan oral
- Getah, bahan dalam diafragma getah
- Semburan kebersihan feminin
- Komponen tertentu dalam air kencing
- Sabun dengan pewangi, mandian buih
- Meruang
- Objek yang mengandungi nikel seperti zip seluar
11# Lichen sclerosis
1 keadaan kulit yang jarang berlaku. Ia menyebabkan tompok-tompok putih nipis berkembang pada kulit sekitar vagina.
Tompokan ini dikatakan biasa untuk wujud pada sekitar vulva. Ia juga boleh mengakibatkan parut kekal.
Kesimpulan
[embed-health-tool-ovulation]