Sedang Mengalami Fasa Menopaus Yang Teruk? Hati-Hati! Anda Mungkin Ada Penyakit Tiroid

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila menyentuh mengenai gejala menopaus, mereka sering merujuk kepada gejala yang berkaitan dengan perimenopause, tapi pernahkah anda terfikir kaitannya dengan penyakit tiroid?

Apabila kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang terlalu banyak atau terlalu sedikit, ia boleh menyebabkan sebilangan simptom yang hampir sama dengan yang dialami oleh seseorang wanita semasa menghampiri menopaus.

Dalam artikel ini, kita bakal mempelajari kaitan antara 2 kondisi ini, termasuk bagaimana ia mempengaruhi satu sama lain.

Estrogen dan kelenjar tiroid

Masalah tiroid lebih kerap berlaku pada wanita, terutamanya ketika mereka ‘berumur subur,’ 20-an sehingga awal 30-an.

Ini mungkin disebabkan oleh hubungan antara fungsi tiroid dan estrogen, hormon seks utama wanita.

Satu kajian 2011 yang diterbitkan dalam Journal of Thyroid Research melaporkan bahawa terdapat bukti estrogen mungkin mempunyai tindakan balas secara langsung kepada sel-sel tiroid manusia.

Pada saat menjelang menopaus, tahap estrogen bakal menurun dengan ketara, yang pasti akan mempengaruhi tahap tiroid.

Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan hubungan antara keduanya.

Bolehkah hipotiroidisme mempengaruhi gejala menopaus?

penyakit tiroid

Hipotiroidisme boleh meningkatkan atau memburukkan lagi gejala-gejala menopaus.

Satu kajian dari tahun 2007 menunjukkan bahawa wanita dengan penyakit tiroid dan menopaus yang teruk mengalami peningkatan positif terhadap gejala setelah mendapat rawatan untuk gangguan tiroid.

Ini secara langsung menunjukkan dengan merawat gangguan tiroid, ia dapat membantu menguruskan simptom-simptom putus haid.

Hipotiroidisme dan menopaus juga mempunyai banyak gejala yang bertindih dan serupa. Mempunyai kedua-dua kondisi ini boleh meningkatkan risiko dan keparahannya.

Simptom-simptom menopaus dan tiroid yang tidak aktif

Kadang-kadang, agak sukar untuk membezakan simptom tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) dan menopaus kerana gejalanya yang hampir serupa.

Ini adalah perbandingan ciri-ciri bagi gejala menopaus dan tiroid yang tidak aktif.

Menopaus

  • Badan sering berasa panas
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Kerap kencing
  • Perubahan ketika menstruasi atau libido
  • Kekeringan faraj
  • Sukar untuk tidur
  • SeringĀ moody
  • Sering lupa
  • Perubahan berat badan

Tiroid tidak aktif

  • Kekeringan kulit
  • Sembelit
  • Perubahan ketika menstruasi atau libido
  • SeringĀ moody
  • Sering lupa atau murung
  • Perubahan berat badan

Peralihan menopaus sering bermula ketika seseorang wanita berumur lingkungan 45 sehingga 55 tahun.

Namun, penyakit tiroid boleh bermula pada usia berapa pun.

Potensi risiko dan komplikasi

Penyakit tiroid dapat meningkatkan risiko berlakunya komplikasi yang berkaitan dengan putus haid.

Contohnya, semasa menopaus, wanita lebih cenderung untuk mengalami osteoporosis (kepadatan tulang berkurang).

Di samping itu, tiroid yang terlalu aktif juga dapat meningkatkan risiko kondisi kesihatan seseorang individu.

Semasa menopaus, risiko penyakit kardiovaskular boleh timbul dan risiko gangguan tiroid juga akan meningkat.

Justeru, masalah tiroid akan menyebabkan kemungkinan untuk komplikasi berkembang semasa menopaus.

Beberapa masalah kesihatan yang berkaitan dengan menopaus dan tiroid yang tidak aktif termasuk:

Osteoporosis

  • Osteoporosis

Hormon estrogen dan tiroid dapat membantu tulang untuk kekal kuat dan sihat.

Osteoporosis adalah kondisi di mana tulang seseorang lebih lemah dan mudah terdedah kepada kerosakan.

Kedua-dua isu menopaus dan tiroid yang tidak aktif mampu mengakibatkan kehilangan estrogen, yang meningkatkan risiko patah tulang.

Oleh itu, temui doktor untuk lakukan ujian saringan kepadatan tulang secara berkala dan ujian hormon akan dapat membantu dalam mengesan tanda awal osteoporosis.

Selain itu, makan makanan yang kaya dengan kalsium dan suplemen kalsium jika diperlukan agar dapat membantu meningkatkan kesihatan tulang secara menyeluruh.

  • Penambahan berat badan

Wanita yang mengalami menopaus dan mempunyai penyakit tiroid mungkin akan mengalami pertambahan berat badan.

Selain itu, peningkatan berat badan juga kerap berlaku dengan peningkatan usia.

Justeru, pastikan anda kekal aktif, mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan lebihkan makan sayur-sayuran serta buah-buahan untuk membantu mengurangkan risiko kegemukan.

Bila anda harus berjumpa doktor?

Seorang wanita yang mengalami gejala-gejala ini harus berjumpa doktor dan tidak hanya menganggap ia disebabkan oleh perimenopause.

Doktor akan melakukan ujian untuk mendiagnosis secara pasti sama ada anda mengalami simptom menopaus, atau akibat penyakit tiroid.

Kedua-dua isu menopaus dan penyakit tiroid akan diuji dengan ujian darah sederhana yang memeriksa tahap perkara-perkara berikut:

  • Hormon perangsang tiroid (TSH)

Memeriksa tahap TSH selalunya merupakan ujian pertama yang akan dilakukan oleh doktor untuk melihat bagaimana kelenjar tiroid anda berfungsi.

Apabila tiroid tidak berfungsi dengan betul, tubuh bakal menghasilkan TSH untuk merangsang tiroid menghasilkan hormon tiroid.

Tahap TSH yang tinggi dapat menunjukkan masalah tiroid yang tidak aktif.

  • T3 dan T4

Ini adalah 2 hormon utama yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid.

Tahap hormon mungkin tidak akan berubah dengan ketara dengan tiroid yang tidak aktif, tetapi doktor menjalankan ujian untuk mengesan kondisi tiroid yang lain.

  • Ujian antibodi tiroid

Kelenjar tiroid mengandungi sel protein, dan kadang-kadang tubuh menghasilkan antibodi terhadap protein ini.

Sekiranya ia berlaku, perkara ini boleh menyebabkan penyakit tiroid yang kurang aktif dan terlalu aktif.

Sekiranya antibodi ini terdapat pada seseorang yang mempunyai tiroid tidak aktif, maka doktor boleh mendiagnosisnya sebagai tiroiditis Hashimoto.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

Anda mungkin pernah mendengar istilah 'jam biologi wanita' yang dikaitkan dengan telur wanita, tetapi apakah maksudnya dan pada usia berapa ia bermula?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/09/2020 . 3 minit bacaan

Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

Menopaus boleh menjadi masa yang sukar dan membingungkan bagi para wanita. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang mengamalkan pil pencegah kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Ada Sejenis Bahan Kimia DALAM MAKANAN Punca TIDAK SUBUR? Nak Zuriat, Anda Patut Ambil Tahu!

Bahan kimia yang dimaksudkan adalah Phthalate. Mesti di antara anda yang tidak pernah mendengarnya. Tetapi benarkah ia faktor berlakunya masalah kesuburan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit tiroid ibu hamil

Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
sakit pada payudara selepas menopaus

Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
jadual kitaran haid

Wanita Jangan Pelik Jika Tiba-tiba Alami Haid Tak Tetap, Ini Faktor Peningkatan Usia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
kondisi kulit semasa menopaus

Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan