Risau Period Selalu Lambat? Ini Kaedah Semula Jadi Nak Cepatkan Datang Haid

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 08/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tunggu punya tunggu, tapi tidak datang-datang.. Ini mungkin menjadi antara kerisauan buat sesetengah wanita tatkala menunggu haid yang tidak kunjung tiba.

Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor mengapa seorang wanita inginkan haid mereka datang dengan lebih cepat.

Antaranya, mungkin kerana merancang untuk pergi ke Mekah, ingin melakukan aktiviti tertentu ataupun sering alami haid yang lambat dan inginkan kitaran menstruasi yang lebih teratur.

Jika kalian tergolong dalam golongan ini, ada berita baik buat anda!

Terdapat beberapa kaedah semula jadi yang boleh dicuba untuk mempercepatkan haid anda!

Sebelum itu, mari kita fahami terlebih dahulu mengapa kelewatan haid berlaku, jom baca!

Mengapa haid datang lambat?

Tempoh kitaran haid biasanya antara 21 hingga 35 hari dan ketiadaan haid dalam jangka waktu tertentu disebut sebagai amenorea.

Istilah ini digunakan bagi para gadis yang belum didatangi haid pada usia 15 tahun dan wanita yang telah terlepas haid sebanyak 3 kali atau lebih secara berturut-turut.

Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan kondisi ini, antaranya:

  • Faktor tekanan
  • Berat badan yang rendah atau tinggi
  • Sindrom ovarium polikistik (PCOS)
  • Kontraseptif hormon
  • Penyakit kronik seperti diabetes atau penyakit seliak
  • Masalah tiroid
  • Menopaus
  • Kehamilan

Ingin percepatkan haid? Ini kaedah semula jadi!

Usah risau, terdapat beberapa kaedah natural yang boleh kaum Hawa cuba bagi percepatkan haid mereka, antara caranya merangkumi:

#1 Vitamin C

vitamins

Sebilangan individu percaya vitamin C, juga disebut asid askorbik, boleh mempercepatkan menstruasi wanita.

Tetapi, masih tiada bukti saintifik yang boleh dipercayai untuk menyokong kenyataan ini.

Vitamin C juga dikatakan dapat meningkatkan tahap estrogen dan menurunkan tahap progesteron anda.

Ini menyebabkan rahim berkontraksi dan lapisannya ‘gugur’, jadi bermulanya menstruasi.

Untuk mencuba kaedah ini, anda tidak semestinya perlu mengambil suplemen, pengamalan makanan kaya sumber vitamin C juga sudah memadai.

Antaranya, buahan sitrus, beri, kismis hitam, brokoli, bayam, kubis Brussels, lada merah dan hijau, tomato dan lain-lain mampu menjadi sumber vitamin C yang baik.

#2 Kurangkan stres

Stres yang melampau berisiko mengganggu kitaran menstruasi dek sistem hormon pada otak dan darah yang terjejas.

Ketika stres, tubuh turut menghasilkan hormon kortisol (hormon stres) dalam jumlah berlebihan.

Disebabkan faktor itu, hormon ini akan menjejaskan penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang bertugas dalam menjaga kitaran haid.

Dengan kata lain, mengurangi tahap stres adalah cara mujarab untuk mempercepatkan haid anda.

Bagaimana cara untuk relaks? Terdapat beberapa kaedah yang boleh dicuba, antaranya dengan melakukan perkara digemari sama ada menonton filem, mendengar muzik, shopping atau apa saja aktiviti lain.

Idea yang lain, anda boleh ‘berpuasa’ daripada media sosial buat sementara waktu.

Ini kerana secara tidak sedar, media sosial berpotensi mengganggu kestabilan emosi kita, terutamanya tekanan rakan sebaya dari segi gaya hidup, menayangkan kegembiraan dan sebagainya.

Maka, tidak salah jika anda ingin ‘berehat’ sebentar daripada rangkaian sosial ini, mana tahu perasaan tertekan yang dialami selama ini juga berpunca daripada media sosial, bukan?

#3 Mengekalkan berat badan ideal

Berlebihan atau kekurangan berat badan tidak bagus buat anda, terutamanya untuk kesihatan peranakan anda. Kenapa?

Ini kerana, berat badan kita sebenarnya sangat mempengaruhi proses ovulasi.

Jika anda tidak mengalami ovulasi, maka haid yang ditunggu-tunggu tidak akan berlaku.

Jadi sebaiknya, berusahalah untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

#4 Rajin bersenam

bersenam ketika puasa

Tahukah anda, senaman boleh membantu mempercepatkan haid dengan menyeimbangkan kadar hormon dalam tubuh?

Hormon yang seimbang dalam tubuh akan menghasilkan kitaran menstruasi yang teratur, membuatkan jadual menstruasi anda datang tepat pada waktunya!

Jika anda tidak biasa bersenam, cubalah dengan aktiviti fizikal yang ringan dahulu selama 30 minit sehari.

Anda boleh bermula dengan senaman brisk walking, skipping, jogging dan lain-lain.

Untuk memastikan haid yang teratur setiap bulan, melakukan rutin senaman sebanyak 3 kali setiap minggu adalah cara terbaik!

Selain bermanfaat untuk kesihatan, bersenam juga melepaskan hormon dopamin yang membuat anda berasa gembira.

Ini secara tidak langsung dapat menghindarkan perasaan tertekan atau stres yang berisiko menjejaskan kitaran haid.

#5 Melakukan seks! (bagi yang sudah berkahwin)

Berita baik bagi pembaca yang sudah berkahwin, seks dikatakan boleh menjadi antara alternatif untuk percepatkan haid.

Baik seks dengan penetrasi (memasukkan zakar ke dalam faraj) atau tanpa penetrasi (aktiviti seksual lain) dapat membantu dalam menghasilkan kitaran haid yang teratur.

Di samping itu, rangsangan seks dan orgasme membuatkan serviks melebar dengan sendirinya.

Ketika serviks melebar, rahim akan berkontraksi untuk menghasilkan ruang kosong, yang dapat memberi kesempatan untuk rahim menggugurkan lapisannya.

Bukan itu sahaja, melakukan hubungan intim secara berkala membantu seimbangkan hormon badan lantas mengurangi risiko stres!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Darah Haid Berketul Sebesar Ibu Jari? Ada Yang Normal & Ada Juga Disebabkan Masalah Wanita

Darah haid berketul? Kondisi ini boleh terjadi kepada mana-mana wanita ketika datang bulan, dan kadangkala ia juga mampu menimbulkan kerisauan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Pelbagai mitos haid berlegaran dalam kalangan masyarakat yang membuat para wanita khuatir. Benar atau tidak? Ini fakta menstruasi yang perlu anda tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/11/2020 . 3 minit bacaan

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Kitaran haid adalah penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur? Adakah ubat-ubatan dapat merawatnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
berat badan naik haid

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
cirit birit semasa haid

Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid, Ini Namanya ‘Period Poop!’

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
tanda-tanda kehamilan atau PMS

Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan