backup og meta

Faraj Lembap Dan Berbau Selepas Haid? Itu Tanda Jangkitan Kulat, Kenal Pasti Puncanya!

Faraj Lembap Dan Berbau Selepas Haid? Itu Tanda Jangkitan Kulat, Kenal Pasti Puncanya!

Tahukah anda, golongan wanita cenderung untuk mendapat jangkitan kulat di faraj terutamanya ketika dan selepas haid atas beberapa faktor tertentu.

Fahami perkara ini dengan lebih lanjut dan ikuti perbincangan yang disediakan dalam artikel ini.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

Apakah itu jangkitan kulat di faraj?

Yis adalah jangkitan kulat yang biasanya hidup di dalam faraj dalam jumlah kecil dan ia sangat biasa berlaku dalam kalangan kaum Hawa. Lazimnya wanita mendapat jangkitan kulat atau yis selepas haid.

Walaupun kewujudannya boleh mengganggu keselesaan anda, namun masalah ini biasanya tidak serius dan ada rawatannya.

Jangkitan kulat di faraj, juga dikenali sebagai kandidiasis (jangkitan yis disebabkan oleh sebarang jenis candida) dan sariawan (luka akibat iritasi pada gusi, lidah, dan lapisan dalam mulut).

Perubahan hormon, seperti yang dialami ketika haid, boleh membunuh bakteria yang tinggal pada faraj dan menyebabkan masalah ini berlaku.

Sebilangan besar jangkitan ini disebabkan oleh candida albicans (yis yang paling biasa ada pada manusia).

Walau bagaimanapun, terdapat juga jenis-jenis lain yang mampu menyebabkan jangkitan. Ini termasuk:

  • Candida glabrata
  • Parapsilosis Candida
  • Candida tropicalis
  • Candida krusei
  • Cryptococcus neoformans

Walaupun jangkitan kulat pada faraj boleh menjadi sangat tidak menyelesakan, terutamanya setelah anda mengalami haid, namun ia masih boleh dirawat dengan ubat-ubatan.

Apakah simptom-simptom jangkitan kulat di faraj?

jangkitan kulat di faraj

Masalah yis ini mampu menyebabkan gatal-gatal atau sakit pada faraj. Kadangkala wanita akan rasa sakit atau sensasi seakan terbakar ketika membuang air kecil atau melakukan hubungan seks.

Sebilangan wanita juga mempunyai keputihan yang tebal, bergumpal, keputihan yang tidak berbau dan kelihatan seperti keju kotej.

Gejala-gejala ini lebih cenderung berlaku pada minggu sebelum tempoh haid anda.

Punca jangkitan kulat di faraj

Tahukah anda, faraj mengandungi bakteria yang disebut lactobacillus serta kulat candida dan mereka berfungsi untuk menjaga kesihatan faraj.

Manakala, bakteria akan menjaga dan memastikan pertumbuhan kulat dalam keadaan terkawal.

Oleh itu, sekiranya pertumbuhan bakteria tersebut terganggu, kulat candida akan mulai tumbuh di luar kawalan, sekali gus menyebabkan jangkitan yis.

Ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan jangkitan yis. Para wanita lebih cenderung mendapat kandidiasis jika mereka hamil, menggunakan alat kontrasepsi hormon, dan ketika haid.

Perkara ini berlaku kerana ia mengganggu keseimbangan progesteron dan estrogen semula jadi tubuh anda.

Tahap hormon estrogen yang tinggi menyebabkan kulat candida meningkat. Oleh sebab itu, jangkitan yis sepanjang haid boleh berlaku.

Anda mungkin juga sangat terdedah kepada jangkitan yis jika:

Jenis-jenis rawatan

Jangkitan kulat di faraj sering dapat dirawat di rumah dengan menggunakan ubat bersifat antikulat over-the-counter (OTC).

Selain itu, anda tidak akan dapat mengetahui jenis yis yang dihidapi sehingga ia diperiksa di makmal.

Oleh itu, anda mesti berjumpa doktor dan meminta ujian makmal jika mengalami jangkitan yis yang berulang.

Ujian makmal akan membantu doktor mendiagnosis masalah yis faraj yang menimpa anda.

Kemudian, doktor boleh menetapkan ubat atau memberi nasihat mengenai ubat OTC apa yang boleh anda ambil.

Anda boleh mendapatkan ubat antikulat, supositoria, salap, atau ubat oral selama 14 hari. Ubat-ubatan ini boleh merangkumi:

  • Terconazole (Terazol)
  • Butokonazol (Gynazole)
  • Mikonazol (Monistat)
  • Clotrimazole (Lotrimin)
  • Flukonazol (Diflucan)

Langkah-langkah pencegahan jangkitan kulat

Sekiranya anda cenderung untuk mengalami jangkitan yis berulang, terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang boleh anda lakukan untuk mengelakkannya.

Oleh sebab antibiotik akan membunuh bakteria di dalam faraj anda, hindari antibiotik kecuali jika diperlukan.

Sekiranya anda mesti mengambil antibiotik, ambil juga probiotik yang ada pada makanan seperti yogurt, kimchi, dan kombucha untuk meningkatkan bakteria baik.

Selain itu, pakai seluar dalam bermaterial kapas dan longgar serta, jangan memakai pakaian basah yang dicemari peluh terlalu lama.

Ini kerana, yis akan tumbuh subur di persekitaran yang hangat dan lembap. Sabun juga boleh merengsakan bakteria di dalam faraj dan menyebabkan jangkitan yis.

Anda harus beringat bahawa faraj bersifat self-cleaning (membersihkan secara tersendiri).

Oleh itu, jangan melakukan douching (memasukkan air ke dalam faraj) tanpa mendapatkan nasihat doktor, kerana douching dikaitkan dengan jangkitan yis yang rumit.

Elakkan juga mencuci bahagian dalam faraj anda. Jangan sesekali menggunakan sabun yang mengandungi pewangi untuk mencuci faraj atau vulva anda.

jangkitan kulat di faraj

Seterusnya, cuba kurangkan jumlah gula dalam diet pemakanan anda. Yis bergantung pada gula untuk tumbuh, diet tinggi gula akan mendorong yis untuk lebih membiak.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms yeast infection. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/yeast-infection/symptoms-causes/syc-20378999. Accessed 24 August 2020
  2. Yeast infection.https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/5019-yeast-infections. Accessed 24 August 2020
  3. Yeast infection. https://www.uofmhealth.org/health-library/hw61044. Accessed 24 August 2020
  4. Vaginal yeast infection. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/vaginal-yeast-infections. Accessed 24 August 2020
  5. Vaginitis. https://www.plannedparenthood.org/learn/health-and-wellness/vaginitis/what-yeast-infection. Accessed 24 August 2020

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Keputihan Berwarna Hijau Dengan Bau Menyengat? Anda Pasti Tak Sangka Ini Puncanya

Kasihan Tengok Anak Sakit Mulut Sebab Gusi Bengkak, Ibu Ketahui Punca & Rawatannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan